Skip to main content

Posts

Selamat Kembali

Recent posts

Lepasan SPM bakal ikuti kursus ijazah

PUTRAJAYA 24 Nov. - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara. Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah. ''Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai. ''Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengamb

ASTRO Lintah Darat!!

Warna merah bawah tulisan astro tu lintah Sedarkah kita?? Benar atau tidak kenyataan dari pihak Astro tentang kenaikan bayaran ASTRO... Kenyataan ASTRO : "Menurut Astro, peningkatan caj tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus. Bermula 1 Ogos lalu, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro telah terpaksa membayar lebih lapor akhbar Kosmo. Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay. " Komen : Hek eleh.. Puiitt.. yealah tu masih rendah berbanding tesen televisyen berbayar di negara lain.. tapi kualiti perkhidmatan, hampeh... Kenapa perlu dinaikan kos sedangkan bila aje hari hujan.. langsu

Berita : Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam. Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang. "Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," kata

Berita : Belum Diserang dah Terbakar (Meletup)

KD Seri Inderapura , kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut. Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. "Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.

Maha Kuasa Allah

Gempa di Indonesia Signifikan dari ayat al-Quran Email : Zainal Ku sumber: eramuslim MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-QurĂ¢an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut: 17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan