Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Kembali ke Bumi .........

الســـــــلام عليكم Bertemu kembali.... Hari ni hari terakhir saya berada di sisi anak tersayang... Hati mana yang tak sayu di saat nak meninggalkan insan tersayang.. Tambahan pulak hari ni dia asyik tergelak dan sepanjang hari asyik tersenyum aje... Sedih Plak.... Nak berangkat kaki pun terasa berat aje... kalu boleh nak putar jam.. biar lambat sikit ke Sarawak... tapi apakan daya... Tanggungjawab di sana mendidik anak bangsa juga perlu dilaksanakan juga.... esok bermulalah sesi persekolah setelah seminggu bercuti.... Kalau ada topi terbang tu... boleh laaa tiap2 hari balik KL jumpa anak..... emm, insya allah, abah akan balik lagi adawiyyah... catatan sebelum berangkat ke LCCT... flight jam 7.40mlm.... aNGaH's

Rintihan Seorang Insan Bergelar GURU

Rintihan seorang guru.. Mon Mar 16, 09 12:57:13 am MYT Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk "Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI". Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai. Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan "bacul" menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan. Mengapa "bacul" lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami. Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah "super power" yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masya

PTK :) Ok Tak?

الســـــــــــــلام عليكم Apa Khabar? How about PTK? Bertanya khabar? kawan-kawan semua ok tak jawab? Yang ini Mac 2009, saya duduki PTK kali ke 2. Saya mendudukinya di Semenanjung, kat kg... Susah gak jadi calon menumpang nie.... Mula-mula PPD maklumkan kena duduki PTK di SMKSN TG101... Sampai aje kat sekolah tersebut, Ketua Pengawas Peperiksaan bagitahu saya tak boleh duduki kerana saya tidak maklumkan pada dia... Pening kejap, padahal saya dah fax dan hantar slip PTK pada PPD tu 3 minggu sebelum exam... Saya pun call PPD, kemudian diizinkan menduduki PTK di SMKSN... itu utk Ujian Kertas UMUM jam 9pg... Kemudia cerita keduanya.. jeng... jeng... Jam 10.45pg, saya pun masuk dewan untuk kertas KHUSUS bermula jam 11pg.. Duduk aje, pengawas pun datang utk ambil kehadiran.. lalu saya maklumkan saya ambil paper kod 27... terkejut plak pengawas tu, katanya kertas ni tak ada kat sini.... terkejut sakan la saya... alamak! macammana nie... Lalu Ketua Pengawas minta saya pi ke sekolah lain pulak

Bandar Baru Bangi

الســـــــــلام عليكم ........ Pagi jam 10 hari sabtu, saya ke Kajang.. Jalan dari Bangsar (Pantai) ke Kajang, saya ingat-ingat lupa aje...Tawakkal, Insya Allah jumpa kot.. tapi walaupun tawakkal, peta ada dalam kereta :) .. Alhamdulillah, sampai gak saya ke Kajang... Saya ambil laluan Lebuhraya Persekutuan > Lebuhraya KL-Seremban > Tol Sungai Besi.. (Kena bayar Tol plak) Jika menteri kene bayar Tol tak?? ohh paduhal "kata Org Serawak"... dari Tol Sungai Besi > Tgk Signboard ke Kajang > Tol Kajang (alamak! Tol lagi.. kena POW plak duit odeng dek penyangak berlesen..) dari Tol Kajang tu > susur kiri ke Sungai Ramal (jika tak silap ejaan laaaa...) > sampai Bandar Kajang.. pi settle mana yang patut.. Sesudah tu, saya ke Bandar Baru Bangi.. Sysn 7... (Taman Kajang Impian) Kemudian teringatkan Kawan yang sama2 mengajar kat kuching, skrg dia ada kat Bandar baru Bangi Sysn 4.. Terus saya tel la ke dia, alhamdulillah dia ada kt rumah...terus ke rumahnya kat S

Selamat Bercuti

Salam Perjuangan Bermula 14 Mac hingga 22 Mac ; Hari-hari keriangan kanak-kanak yang masih Bersekolah... Boleh laa dikatakan hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka... Bermulanya Cuti Sekolah.. Begitu juga dengan ehem, ehem... saye laa.. Hari yang saya tunggu gak.. Biasalah orang yang berjauhan, tambahan plak ada insan yang baru... Saya plak.... biasalah, macam biasa.. terus ke المطار ... "KIA" ... Kata orang Sitok.. Naik BELON ... buat apa, untuk terbang.. melintasi Laut Cina Selatan, yang memisahkan dataran semenanjung dengan Borneo... . Inilah adat orang berjuang ..... Oklah... Insya Allah, panjang umur... Jumpa lagi di Bumi Bertuah pada 22 Mac Hari Ahad.. aNGaH's

Hari Pelaporan

Makluman الســــــــلام عليكم ورحمة الله Hari : Jumaat Tarikh : 12 Mac 2009 Venue : Setiap Kelas aNGaH's

Cubit2 skit....

Salam Perjuangan... dah lama rasanya tak tulis dalam blog nie... emmm, sekadar nak cubit-cubit je.. cuba perhatikan gambar di bawah tu... Ada perbezaan tak gambar yang saya uploadkan... ke sama jer?? Jangan mare ... Realiti kehidupan kini.......... kembalilah ke Pangkal Jalan.... aNGaH's

Minggu Exam Progresif

Salam Perjuangan Untuk Semua... Minggu ini kat sekolah, bebudak menghadapi Ujian Progresif 1 sebelum cuti bulan 3 nanti... Sibuk skit.... Kewajipan Pendidik... Ya Allah, Istiqomahkan diriku diatas landasan Jalan Mu yang benar.... Amien.. aNGaH's