Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

America's Most Dangerous Cities

Beginilah Keadaan Negara Yang Membelakangkan Islam In March 2008, Kwame Kilpatrick was charged with eight felonies, including perjury and obstruction of justice. In August, he violated his bail agreement and was thrown in jail. His actions were deplorable for anybody, but Kilpatrick was no Average Joe--he was the mayor of Detroit . Unfortunately for the Motor City, Kilpatrick, 38, is just one ripple in the area's sea of crime. Detroit is the worst offender on our list of America's most dangerous cities, thanks to a staggering rate of 1,220 violent crimes committed per 100,000 people. "Detroit has, historically, been one of the more violent cities in the U.S.," says Megan Wolfram, an analyst at iJet Intelligent Risk Systems, a Maryland-based risk-assessment firm. "They have a number of local crime syndicates there--a number of small gangs who tend to compete over territory." Detroit was followed closely on the list by the greater Memphis, Tenn ., and Miami,

Piala FA

Jangan Lupa saksikan Malam ni Perlawanan Bolasepak Terhebat Tahun Ini 2009...Kelantan Vs Selangor. Kelantan mesti menang... Selangor mesti menang.. So yang mana menang... Bagi penyokong Kelate, Kelate mesti menang/manakala bagi penyokong Selangor plak, Selangor mesti menang... Bagi kawe, kawe pilih KELATE ... aNGaH's

Salah kah?

الســــــــلام عليكم... Macamana pendapat anda semua... Adakah ianya salah apabila seorang Tionghua ........ ?? Apa perasaan anda sebagai seorang yang bergelar MUSLIM... “ Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, cuba dihalang,” kata Nga. — Petikan Bernama aNGaH's

Tahniah...

ألســـــــلام عليكم Tidak terlewat rasanya saya nak ucapkan Tahniah kepada sahabat kito... akh Mahat Afifi dengan kelahiran Puteri yang bernama Syifa' Nurhani ... Tahniah Mahat... semoga dicurahkan rezki yang melimpah ruah lagi diberkati, Insya Allah.... amien ya Rabb... aNGaH's

Bengkel Penyediaan Soalan MTAQ Peringkat Negeri S'wak 09

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak akan mengadakan Bengkel Penyediaan Soalan Kuiz Agama, Syarahan Spontan dan Hafazan MTAQ KPM Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2009 bertempat di : Bilik Mesyuarat, Tingkat 9, JPNS 16 April 2009 (Khamis) Saya bersama beberapa sahabat Team Kuiz Agama seperti : 1) Ustaz Mohd Zainuri 2) Ustaz Abdul Rahman Abidin 3) Ustaz Zulkifli 4) Ustaz Asri 5) Ustaz Badie Zakri 6) Saya sendiri :) Penyediaan yang dibuat untuk MTAQ Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Sibu. aNGaH's

makluman.......

Sabtu, 2009 April 11 Pengetua tutup kesalahan guru boleh turun pangkat Oleh Matzidi Dris mzidi@bharian.com.my Masalah langgar tatatertib perlu ditangani elak jadi barah KUCHING: Tindakan turun pangkat atau buang kerja boleh diambil terhadap Guru Besar dan Pengetua yang didapati sengaja menyembunyikan perbuatan guru mereka yang sentiasa gagal menyedia dan melengkapkan buku rancangan mengajar atau buku rekod mengajar setiap hari . Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Dr Julaihi Bujang, mengarah semua Guru Besar dan Pengetua di negeri ini agar menangani masalah itu segera dengan bijak, sebelum menjadi barah. Beliau berkata, menurut satu laporan Jemaah Nazir Sekolah negeri ini, baru-baru ini, ada beberapa guru didapati tidak melengkapkan buku rancangan mengajar ketika diperiksa , bagaimana pun enggan mengulas lanjut perkara itu. Katanya, perbuatan guru terbabit sebenarnya melanggar Akta Pendidikan Negara berikutan setiap guru mesti mempunyai buku rekod perse

Bermulalah Penghapusan Idea Mantan PM "PL"

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 11 April 2009 (Jumaat) Pelaksanaan dasar Islam termasuk Islam Hadhari akan dikaji semula - Jamil Khir KOTA BAHARU 11 April — Kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini adalah di antara beberapa aspek yang akan dilihat beliau secara mendalam sebaik memulakan tugas dalam portfolio agama sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. “ Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) sendiri sudah memberi mandat kepada saya untuk melihat perkara-perkara berkaitan dengan agama sebaik dipertanggungjawabkan memegang portfolio ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa (Pertemuan) Guru-Guru dan Penyelia Kelas Fardu Ain (Kafa) Kelantan 2009 di Pusat Teknologi Pen

Kenapa Jadi Begini....

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hussin Ismail hari ini mengakui polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong sebuah parti yang bertanding di Air Kuning Bukit Gantang. Tapi Menteri menafikan... Mana satu yang betul nie?? Berputar alam sungguh... Banyak pihak mempertikai tindakan ke biadab an polis berkenaan kerana tindakan sedemikian tidak perlu di saat orang ramai sedang menunaikan kewajipan untuk mengundi. Tindakan polis berkenaan telah menyebabkan ketakutan di kalangan pengundi-pengundi dari kalangan warga emas dan wanita apabila mendapat tahu polis sudah melepaskan gas pemedih mata di situ dan kerana itu terdapat mereka yang membatalkan hasrat untuk keluar mengundi pada hari berkenaan. "Pertembungan diantara parti-parti yang bertanding adalah perkara biasa di dalam suasana hari mengundi. Tiba-tiba akibat kebebalan polis yang ingin menunjukkan kuasa berlebihan di hari tersebut telah melepaskan gas pemedih mata sedangkan ianya

Tahniah....

Salam Perjuangan ..... Diucapkan Tahniah kepada Warga Pendidik terutamanya........ Kita dah dapat Menteri yang baru la.. Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Nantikan sesuatu yang ................ aNGaH's

Kabinet Malaysia 2009

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI : Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) 2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) 3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) Timbalan-timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong 2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T.Murugiah MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak MENTERI KEWANGAN II: DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr Awang Adek Hussin MENTERI PELAJARAN : Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr Mohd Puad Zarkashi MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: 1. Datu

MTAQ Bahagian/Daerah Kuching 2009

الســــــلام عليكم 9 April 2009 Bertempat di SMKA Matang, Kuching ... Berlangsung Majlis Tadarus al-Quran Bahagian (nanti akan disebut "Daerah") Kuching. Tahniah di atas penganjuran tersebut oleh tuan rumah SMKA Matang... Mantap... Saya dan akh Badie (SK Santubong) terlibat sebagai Urusetia dari PPD Kuching... berserta dengan ajk yang lain (kena sebut gak ke?)... emmm, Tak payah laa..... ;-) Pengumuman rasmi akan diumumkan siapa yang mewakili Bahagian Kuching untuk bertanding di Peringkat Negeri di Sibu akhir bulan April nanti... Tahniah kepada yang berjaya.. Semua yang dipilih pada hari ini yang mewakili Zon A, Zon B, Padawan, Bau dan Lundu adalah yang berjaya... cuma yang paling berjaya sahaja akan mewakili Bahagian (Daerah Kuching).. Name Tag MTAQ *Saya dan akh Badie yang design name tag tu... Hehehe ok ke? ada komentar tentang design tu... aNGaH's

Berpolitik...... ?

Soal jawab kolum Tuan Guru Prof Dato’ Dr Haron Din SOALAN: Ada pandangan mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia habis di dunia, itulah realitinya. Oleh kerana itu tidak timbul soal parti politik mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama, apa pandangan Dato? - MOHD MUNIR, menerusi e-mel JAWAPAN: Tidak. Sama sekali tidak begitu. Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. Islam yang sebenar adalah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat. Kedua-duanya berjalan serentak. Ianya bergandingan antara satu sama lain. Dunia adalah jambatan ke akhirat, apa yang anda lakukan di dunia ini, akan diambil kira di akhirat. Itulah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya): "Maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarrah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarrah, akan

Info Election III & ......

Keputusan Election N29 Batang Ai, S e rawak Yang ini plok cubat tengok... Boleh buat banding beza tak? Ishk! Ishk!..................... Cuba fikirkan... siapa yang untung? Disedut dari Malaysiakini.com

Info Pilihanraya II

Info Keputusan Pilihanraya N25 Bukit Selambau, Kedah aNGaH's

Info Pilihanraya

Info Keputusan Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang, Perak aNGaH's

Selamat Mengundi....

Salam Perjuangan... Hari ini 7 April 2009 (Selasa) beberapa tempat di Malaysia akan jadi tumpuan.... jam 8 pagi dah semakin hampir... semua org berpusu-pusu menunaikan tanggungjawab sebagi Rakyat Malaysia... Yang penting gunakan hak kita tersebut ke arah kebaikan.. Jangan disebabkan jari jemari kita merosakkan agama, bangsa dan negara... Kita juga akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat... Buat pengundi P.59 Bukit Gantang (Perak) buktikan bahawa kita menolak kemungkaran dan buangkan orang yang berpaling tadah.. Selamat Mengundi juga buat pengundi N.25 Bukit Selambau (Kedah) & N. 29 Batang Ai (S e rawak).. perjuangkan hak anda.. kata org : " Masa pilihanraya inilah kita (pengundi) jadi org cerdik dan buli orang-orang "besar" yang ada kuasa tu.. masa ini juga kita jadi raja kepada mereka " Dulu tempat-tempat tersebut tidak dikenali dan mungkin tak pernah keluaq kat TV (media arus perdana) tapi kini ianya dah jadi "glamour"... semua orang mengenali temp

Mesyuarat ....

Mesyuarat Persediaan Akhir Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sek Rendah & Menengah Bahagian Kuching Tahun 2009/1430H Tarikh : 3 April (Jumaat) Venue : Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang Jam : 2.45 - 5.00 ptg Pagi Jumaat, sesudah Majlis Bacaan Yaasin bersama murid-murid... Guru Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) Cikgu Dayang bagitahu ptg nanti ada mesyuarat MTAQ Bahagian (Daerah) Kuching. Surat nanti akan di beri... Mesyuarat persiapan akhir untuk menjayakan MTAQ Bahagian Kuching. Tahun 2009 SMKA Matang jadi tuan rumah penganjuran... aNGaH's