Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Selamat Bercuti

الســــــــلام عليكم SELAMAT BERCUTI ... kepada semua Warga Pendidik dan anak didik.... 29 mei 2009 Jam 4.30 petang.. Kawe bertolak dari rumah di Tmn Sri Wangi.. (bukan flat Sri Wangi-Pi Mai Pi Mai Tang tu!!) bersama Ust Asyraf.. Sebelum tu lepas jumaat... Berkemas barang-barang yang patut utk dibawa pulang, serta beberapa barang yang dibawa pulang dan tak akan dibawa ke Kuching lagi... kerana Kuching bukan tempat kawe.. Kuching bumi sementara sahaja.. Hati kawe bukan di Kuching lagi... berdirinya diri ini di Kuching hanya tunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan...... Fikirkan amanah tersebutlah kawe masih gagahkan diri berada dibumi Sarawak yang bukan tanah airku .. Sebab tu kekadang masa nyanyi lagi Negeri sarawak kat sekolah, kawe dok pernah ikut menyanyi.. kawe diamkan diri aje.. tapi masih ingat senikata lagu negeri sarawak tu kerana masa kat maktab (kini Institut Pendidikan Batu Lintang) kena paksa dek Cikgu Azhar (Jahar : bebudak guru pelatih panggil) hafal dan ingat lagu

Makluman Terkini (Sahabat d Kuching, S'wak)

الســــــــــــــــــلام عليكم ......... Makluman terkini 25hb Mei 2009, sahabat2 seperjuangan le katakan.... Sila rujuk website : bukannya website e-GTukar tau.. pasal 25hb Mei ni gak tarikh keramat le.... hihiihi :) semua dah maklum... yang ana nak khabaq kat kekawan, sila rujuk website Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Pendidikan Kuching untuk makluman terkini dan mutakhir abad ini :) ... dah tahu semuakan website tu.. jika tak tahu @ tak ingat, kat tepi blog ana ada sebelah kiri, kat bahagian "Surf it......" atau boleh click dengan taip http://www.upimppgk.com kat info semasa ada makluman tersebut dan sahabat boleh download apa yang patut.. ini makluman mengenai e-Pelaporan Jun 2009, soalan2 dan juga bila ianya dikumpulkan.... sekian untuk makluman dan kebaikan bersama.............

CANCERous Foods / Products

INSTANT NOODLES Dear instant noodle lovers, Make sure you break for at least 3 days after one session of instant noodles before you eat your next packet! Please read the info shared to me by a doctor. My family stopped eating instant noodles more than 5 years ago after hearing about the wax coating the noodles - the wax is not just in the Styrofoam containers but it coats the noodles. This is why the instant noodles do not stick to each other when cooking. If one were to examine the ordinary Chinese yellow noodles in the market, one will notice that, in their uncooked state the noodles are oily. This layer of oil prevents the noodles from sticking together. Wanton noodles in their uncooked state have been dusted with flour to prevent them sticking together. When the hawker cooks the noodles, notice he cooks them in hot water and then rinses them in cold water before cooking them in hot water again. This process is repeated several times before the noodles are ready to be served. The co

Neck Care

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah 1) Hi-Tea 16 Mei 2009 (Sabtu) Venue : Merdeka Palace, Kuching , Sarawak Jam : 2.30 petang Cikgu-cikgu SKMB sedang menjamu selera setelah mendengar kata aluan GB PK 1 (Pentadbiran) menyampaikan hadiah utk PK KK 2) Sambutan Peringkat Sekolah@Sukaneka 19 Mei 2009 (Selasa) Venue : SKMB Murid 5 Amanah menyediakan juadah khas untuk guru sempena Hari Guru.. Syukran Persembahan dari Murid Tahun 6 Amanah (Special utk Cikgu) Sukaneka khas utk cikgu (Permainan Kena Tutup Mata)

Adawiyah Melawat Tok Wan

Salam... Gambar ini diambil semasa Abah dimasukkan ke hospital. Abah dimasukkan ke wad di Hospital Besut, setelah rebah di rumah dan tidak sedarkan diri, alhamdulillah masa tu kebetulan adeq ada kat rumah. Terus dibawa ke hospital. Setelah diperiksa oleh Dr. di Hospital Besut (lupa plak apa nama dr. tu-ada Dr. tersebut kepilkan surat rawatan abah)... Dr. telah sahkan abah mengalami sakit jantung. Semasa adik tel. yang abah rebah dan dimasukkan ke wad tu terkejut sakan kakloh.. Rasa nak rebah jugak masa tu... Keesokan harinya, setelah di check darah dsb.... Dr. sahkan abah sakit jantung peringkat awal. Abah ditahan di wad selama 4 hari utk rawatan. Itu adalah kali pertama abah dimasukkan ke wad.. Manakala kali kedua pula abah dimasukkan ke wad pada pertengahan bulan Mei bebaru ni.. Masa tu Abah di tahan 3 hari kat wad.. Kemudian abah diminta berjumpa dengan Dr. Pakar Jantung pada 7 Jun 2009 di Hospital Kota Bharu Kelantan.. Harapan dan doa, semoga abah cepat sembuh dan gak ana pohon dar

e-Pelaporan JUN 2009

الســــــــلام عليكم iNFO TerKini ... Sahabat-sahabat dah boleh download e-Pelaporan utk JUN 2009. dah bleh awal isi data tersebut. mengikut info dari blog j-qafMelaka... cd utk kali ini tidak dibekalkan oleh KPM... So sahabat-sahabat bleh ke blog jqafMelaka utk memulakan proses awal... pakat-pakat download deh... kena download dulu, baru bleh isi... so kawe minta izin dari jqafMelaka utk link dari blog ambo... bleh deh... http://jqafmelaka.blogspot.com/2009_05_20_archive.html#4228391099300562958 click @ copy alamat url tu deh.. mulakan..... jeng, jeng, jeng...... jangan sampai demam plok.... kesihatan mesti dijaga... ok, selamat Berjuang...

Do not turn on AirCond immediately!!!

Please note and circulate... Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car! Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard, sofa, air freshener emits Benzene , a Cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage. Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxins. It is recommended that you open the windows and door to give time

Apa dah jadi!!

info ini saya sedut dari blog... terkejut gak dengan info tu.. kita sama-sama kongsi.. info ini khas untuk para ibu yang selalu bekerja @ tak der masa dengan anak ..... dan khasnya yang mempunyai pembantu rumah, lihatlah jawapan murid di bawah mengenai gambar perempuan sedang membelai anaknya. So fikir-fikir sendirik ya... ingat tak bila kali terakhir anda membelai anak anda. Tapi kawe lama dah tak jumpo anak... masih kenal ke dok anok kawe ke kawe... Memang benar Wang ringgit dan kemewahan adalah tidak cukup untuk membuktikan kasih sayang kita kepada anak.. eeemm, nanti jangan plok dijadikan satu lagi hari "Hari Bibik". :)

2011 : j-QAF di Sek. Men.

Makluman terkini... Kawe petiknya dari blog " kalammurabbi " Ini apa yang kalammurabbi catat di blognya : " Semalam (18 Mei 2009), saya mengikuti Mesyuarat Pembinaan Instrumen Pertandingan Bilik j-QAF Negeri Selangor anjuran JPS. Dalam mesyuarat tersebut, dimaklumkan juga bahawa pada tahun 2011, pelaksanaan j-QAF akan diperluaskan ke SMK. Justeru, semua kohort 2005 dan 2006 berkemungkinan sama ada diWAJIBKAN atau PILIHAN, akan ditempatkan semula ke SMK bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Pendidikan Islam j-QAF di sana. Kepada sahabat-sahabat kohort 2005 dan 2006, bersedia lah untuk ke alam menengah pada tahun 2011 nanti. Selain itu, kami dimaklumkan juga bahawa proses pengambilan j-QAF dan KPLI pada bulan Jun (Khas) telah pun selesai. Kemasukan ke sekolah dan maktab terpilih adalah pada pertengahan Jun nanti, atau awal Julai. Manakala pengambilan KPLI dan j-QAF untuk Ambilan Januari 2010 pula, permohonan akan dibuka pada September 2009 nanti. Jangan terlepas peluang pu

PEPSI & COCA COLA contains Pork extracts, Ye ke?

PEPSI & COCA COLA contains Pork extracts? Utk detail sila rujuk website ini : http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/2008/11/pepsi-and-coca-cola-contains-pork.html

Makluman : Awas! Kicap ELIZA

Salam.... Pe khabar sahabat semua.. ana dapat satu maklumat dari blog..samada kekawan dah tahu blum.... utk info sesama kita... Pernah dengar, tengok dan makan kicap jenisnya ELIZA? x silap ana laaa, kulitnya warna hijau kan? info tentang kicap eliza yang ana sedut dari blog isuhangat..... tolong war-war kan pada kekawan seakidah.. jangan tertipu.. _____________________________________________ Berhati-hatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pada semua org.... Dibotol kicap ELIZA ini tertulis alamat kilangnya ialah di batu 3, Jalan Jelapang, Ipoh . Setahu saya dibatu 3, jalan jelapang cuma ada kilang kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah di persimpangan jalan jelapang dengan highway ke lumut (ditraffic light). Kepada yang biasa dengan bandar jelapang, kilang tersebut berada disebelah sungai sebelum memasuki ke taman meru 1A. Terdapat kilang kicap tanpa pagar ... Dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan itulah letaknya batu 3, jalan jel

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m

Aqiqah dan Qurban?

Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan dengan Aqiqah dan Qurban :- 1. Bolehkah digabungkan 7 bahagian lembu untuk ibadat aqiqah dan qurban pada hari raya aidiladha? Apa hukumnya? 2. Antara Qurban dan aqiqah, yang mana patut didahulukan? Jawapan : بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد Berkenaan dengan soalan pertama , secara ringkasnya perkara ini diperselisihkan oleh para fuqaha.Untuk lebih jelas dan terperinci , bolehlah dirujuk link dibawah ini : http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=275&Itemid=2 Untuk persoalan yang mana lebih didahulukan antara akikah dan korban , maka jawapannya adalah seperti berikut : Hukum melaksanakan ibadah Akikah adalah sunat Muakkad bagi setiap keluarga yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt sebagai tanda kesyukuran.Ini dapat digambarkan dengan hadis-hadis Rasulullah saw yang mensyariatkan ibadah tersebut seperti : مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى " Bersama bayi yan

Flu H1N1 (Selsema Babi) di Malaysia

Flu H1N1:86 lagi gagal dikesan kemaskini 4.27pm : Kementerian Kesihatan masih mencari 86 penumpang dua penerbangan yang turut membawa dua pelajar yang disahkan dijangkiti wabak influenza A (H1N1) minggu lalu. Daripada jumlah tersebut, 17 penumpang MAS MH091 dari Newark, Amerika Syarikat yang tiba pagi 13 Mei - turut membawa pesakit pertama - belum melaporkan diri kepada kementerian. Selebihnya 69 penumpang AirAsia AK5358 dari Sepang ke Pulau Pinang pada hari yang sama - turut membawa pesakit kedua, yang pulang dalam penerbangan bersama pesakit pertama. Bagi pesawat MH091, tujuh daripada 24 penumpang sudah dapat dikesan dan kini dikuarantin di rumah masing-masing dan "buat masa ini mereka adalah sihat", kata satu kenyataan kementerian tersebut petang ini. Bagi pesawat yang berlepas dari terminal tambang murah LCCT, seramai 33 orang penumpang dan empat anak kapal telah dikuarantin di rumah dan berada dalam keadaan sihat. "Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan para pe

Photo BBQ "Usrah" - Sungai Rayu, Kuching, S'wak

PTK Oh PTK

Selamat Hari Guru... Hari ini 18 Mei 2009, semua warga pendidik yang ambil PTK pada Mac 2009 bebaru nieh boleh mula check PTK mereka melalui SMS... Undian SMS la plak... hehehheehee Caranya : macam biasa, guna hp. mesti ada kredit jika yang "Prepaid"-manakala yang postpaid (bil) pastikan bil tu dibayar. :-) - New Msg - 39003 - PTK 12345678910 (taip i/c kat sini) Tahniah kepada yang berjaya... Yang kurang berjaya, cuba lagi.. Insya Allah, nanti akan berjaya. aNGaH's

Terkini! Dibebaskan...

12 pelajar Malaysia yang di tahan di Penjara Aboud Shoubra, Mesir dibebaskan Alhamdulillah, syukur.. Saya baru menerima satu panggilan dari sahabat pimpinan yang menguruskan pelajar yang di tahan di Aboud Shoubra Egypt yang memberitahu kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Pihak Safarah, en Zainuddin dan Pimpinan PMRAM termasuk mantan Presiden Us Hairul Nizam bin Mat Hussain. Mungkin perkembangan terbaru kita boleh ketahui selepas ini bila mereka telah mengupdate Blog memasing tentang pengalaman mereka di dalam lokap polis mesir dan beberapa pengalaman lain. Pihak Pimpinan DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk doa doa kalian yang membantu dan memudahkan segala urusan. Kini diingatkan kepada semua pelajar agar lebih berhati hati setiap masa dan ketika. Pastikan semua pelajar memiliki visa pelajar yang sah untuk tidak menimbulkan sebarang masalah selepas ini. Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan alham

Pelajar Malaysia Ditahan

12 pelajar Malaysia di tahan di Aboud Shoubra, Mesir. Berita mengejutkan ini saya dapat dari rakan yang dapat tahu dari Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra,Us Anuar roseli. Berkenaan tangkapan Pelajar Malaysia di kawasan perumahan meraka di Aboud Shoubra lewat petang semalam. Mereka semua berada di satu imarah(bangunan) yang sama yang menempatkan tiga buah rumah dan kesemua mereka berjumlah 12 orang. Kesemua mereka di tahan atas alasan yang tidak pasti. Hanya diberitahu untuk mengambil keterangan dan siasatan. Termasuk juga dalam tahanan itu ialah pelajar wafidin (luar negara) yang lain. Ketika berita ini ditulis, Presiden PMRAM US Abdul Muiz dan Pengerusi DPM Shoubra masih di balai polis di kawasan Abuod untuk proses mengeluarkan mereka yang ditahan. Ada bersama beberapa pimpinan dari PMRAM dan DPM Shoubra sendiri untuk membantu proses pembebasan. Jangan risau.InsyaAllah tiada apa yang merisaukan. Cuma kita doakan mereka yang ditahan dibebaskan secepat mungkin kerana mereka ditahan bukan s

Sejarah 16 Mei

Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 , Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Itulah sejarah sebab apa Hari Guru ditetapkan pada 16 Mei.... Tema Hari Guru Berikut disenaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2009 ; 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti

Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru Happy Teachers Day Kesilapan seorang Doktor akan membunuh 1 Nyawa; Kesilapan seorang Juruterbang akan menjatuhkan 1 Kapalterbang; Kesilapan seorang Arkitek merobohkan 1 Bangunan; Kesilapan seorang Hakim mencacatkan 1 Perbicaraan; Kesilapan seorang Pemimpin memusnahkan 1 Negara; TETAPI ................... KESILAPAN SEORANG GURU MENGHANCURKAN 1 DUNIA.. Berbanggalah, Bersyukurlah, Beringatlah, Beramallah, Bertaqwalah.... Selamat Hari Guru aNGaH's

Minyak Oh Minyak

Makluman yang saya sedut di website : http://www.tra***gk***.com/ PENDEDAHAN 1 Sekarang ni di 1Malaysia..kita rakyat menggunakan minyak: Ron 92---- rm 1.70---- biasanye moto pakai/kete lama (senang kata minyak MERAH) Ron 97---- rm 1.80---- biasanye kete baru pakai (minyak HIJAU) berita YANG dicakapkan oleh menteri di ambik dari paper...baca bebaik... "KUALA LUMPUR 12 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarkan minyak pelincir ron 95 hari ini dengan harga RM1.75 seliter bagi menggantikan petrol ron 92 yang digunakan sekarang. Ia akan dilancarkan oleh Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob." so meaning that pengganti minyak merah NAIK sebanyak 0.05 sen ..BETUL akk ? and then "Sementara itu, harga bagi minyak petrol ron 97 akan dinaikkan kepada RM2.00 apabila penjualan minyak petrol ron 95 akan mula dikuatkuasakan September ini. - Utusan" dan LAGI ron 97 jadi RM2.00 , naik 0.30sen ... so keajaan DAH tipu kiter RAKYAT

Tazkirah

Mauizah: Mohon Ampun, Tutup Keaiban Dosa Daripada Terdedah Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135). Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan. Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum. Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi, apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya. Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT. Menderhaka dengan mata kerana meman

Terkini (Info sekarang yang Ter'Hot')

Tahniah kepada Rakyat Malaysia.... Terima kasih Kerajaan 1Malaysia Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang. Langkah itu berkuat kuasa 1 September ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara. Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan. Rakyat telah tertipu... Rakyat disenyapkan.. Rakyat disibukkan dengan berita di Perak.. Pandai betul kerajaan " Diamkan " berita macam ni dengan " Membisingkan " isu krisis perlembagaan Perak... Berita tentang kenaikan tu kejap aje kat TV dan Paper... aNGaH's

Mei - Selamat Hari Ibu

-aNGaH's

إزدياد المخلوف من إنتشار فيروس إتش 1 إن 1 حول العالم

aNGaH's

Luahan Hati Sempena 16 Mei

Luahan Hati Seorang Guru di website : http://www.t**nu**ki**.net/ "Isu pendidikan yang melibatkan guru sekolah tidak pernah selesai. Masalah guru memang kerapkali diluahkan dalam akhbar dan di dalam internet. Tetapi pihak atasan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah guru malah mengambil tindakan yang lebih mengusutkan lagi keadaan. Walaupun Kerajaan atau Kementerian ialah majikan guru yang sebenar, guru biasanya menerima arahan yang tidak wajar dari Pengetua/Guru Besar. Arahan tidak bertulis ini sering bersifat kontroversi dan ’disputable’. Dalam banyak keadaan, arahan Pengetua/Guru Besar tidak diketahui oleh pihak atasan. Pengetua/Guru Besar pula memang selesa dan gemar memaksa, memang mereka gemar memaksa dan guna kuasanya sebagai "Pengetua/Guru Besar" yang sementara tu memaksa guru melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika, moral dan Perintah Am. Tetapi oleh kerana kuasa memberi markah prestasi ada pada Pengetua, dan sifat ramai g

Sejarah Tercipta Di Tanahairku 1malaysia 7MEI

Hari ini dalam sejarah di tanahairku... malaysia bumi tumpah darahku... adakah kezaliman telah berada di kemuncaknya... semuanya di belakangkan?? Apa telah terjadi??? Huru hara apa ke***** ni... Tengok berita NTV7 kelmarin. terkejut jugak... Kenapa terkejut?? Sibuknya Polis tu..... Tangkap Perompak ke? Pencuri ke? Perogol ke? Penjenayah ke? Yelah, polis tu.. Alamak polis ada kerja baru lah rupanya... Kerja/Tugas angkat orang dari kerusi.. Selepas ni boleh la, saper yang nak angkat orang boleh panggil Polis kat Perak... Manusia oh manusia... Kerja/Tugas baru Polis Perak nie... Tugas pertama: angkat Speker, Tugas kedua: heret Speker Selepas ni semua speaker kecut perut, takut kena angkat dan heret. dEwaN UndaNGan NeGeri PeRAK Undang-undang yang Allah nyatakan dalam Al-Quran pun mereka tolak... apatah lagi Undang-Undang ciptaan manusia yang penuh dengan kekurangan.. lebih lagi la mereka tolak.... Kamek sedut kata2 dari Prof Dr Aziz Bari (greenboc.blogspot.com) Pensyarah Fakulti Undan

Bala' dari Allah?

Hari ini kita kecoh lagi dengan penyakit.... dulu kita gempak dengan "Selsema Burung" - "JE"... kini gempak plok dengan "SELSEMA BABI"... Selepas itu ekoran dari Selsema Babi ... Kita kecoh plok dengan kenaikan Harga ayam yang mendadak,"Harga Ayam Dah Naik La" kata makcik kat pasar semalam...terutama kat Serawak ler.. alahai, serawak mana ada yang murah, semua mahal la... Mahal lah plok ayam ni... Habis semua makhluk Allah yang bernama Manusia yang dulu yang engkar perintah Allah..Allah Maha Mengetahui. mengetahui yang mana baik dan buruk untuk makhluknya..Nanti selepas ini tidak mustahil keluar plok penyakit yang baru boleh membunuh manusia, kesan dari meminum ARAK..... Barulah ketika itu semua tinggalkan tidak minum... Allah larang makan BABI.. HARAM.. tapi manusia yang degil, engkar ni tetap cari yang HARAM... kini pandai plok takut nak makan... Iskh! Iskh!.... Info apa itu SELSEMA BABI ... Jom kita selidiki... Selsema Babi merujuk kepada infl