Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Berita : Tuntutan CUEPACS

CUEPACS mohon bonus kakitangan JOHOR BAHRU - Mohon pertimbang beri bonus kepada kakitangan kerajaan. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membuat permohonan kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pemberian bonus pada pembentangan bajet Oktober depan. Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak menetapkan jumlah pemberian bonus berkenaan kerana ia bergantung kepada kemampuan kerajaan. "Kita memahami keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu turut menjejaskan prestasi kewangan kerajaan. Sebab itu kita tidak tetapkan jumlahnya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini semalam. Mesyuarat tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil. Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/c

Berita : Malaysia Dalam Bahaya!!

Selsema Babi "H1N1": Kematian ketiga di Malaysia KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian akibat influenza A(H1N1) dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan tiga kematian dilaporkan akibat penyakit itu setakat ini. Mangsa terbaru, seorang lelaki rakyat tempatan yang berusia 42 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang semalam. BERNAMA Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/28/mstar_berita/20090728121547&sec=mstar_berita

Berita : UPSR???

UPSR tidak relevan? Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my APABILA ada pihak mahu memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ia seperti sesuatu yang tidak kena kepada sistem peperiksaan itu. Jika sebelum ini, UPSR menjadi kayu pengukur kepada pemilihan murid ke sekolah asrama penuh, apakah ia masih relevan untuk murid sekolah rendah?Ada mendakwa UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan murid lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh. Bagaimanapun, ini dikatakan tidak membantu menentukan tahap sebenar akademik murid. Ujian penilaian itu tidak menggalakkan murid mengambil berat mendalami subjek lain seperti Sejarah dan Pendidikan Islam kerana subjek itu tidak menjadi syarat lulus dalam ujian berkenaan. Walaupun kerajaan belum bercadang memansuhkan peperiksaan itu, tetapi ia memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi mengelak ia dianggap tidak relevan. Tokoh Guru Negeri Perlis 2009, Kamarudin Che Kassi

MJ : Adakah kematiannya satu Konspirasi

Konspirasi Kematian Michael Jackson Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gem

Berita : Selsema Babi di Sarawak

Pelajar 5 sekolah di Sarawak dikhuatiri terlibat KUCHING 25 Julai - Pelajar dari lima buah sekolah di negeri ini dikhuatiri dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1), kata Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Dr. Julaihi Bujang. Beliau berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kuching, Matang; SMK Bako, Kuching; SMK Medamit, Limbang;SMK Bakong, Miri dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Traoh, Samarahan. "Mereka dipercayai mempunyai simptom jangkitan selesema babi dan Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil sampel mereka untuk ujian makmal,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini. Men urut beliau, pihaknya masih menunggu keputusan ujian itu dan sekiranya berlaku kes positif H1N1, pelajar terbabit akan diarahkan menjalani pengawasan rumah. Julaihi memberitahu, setakat ini, empat buah sekolah telah ditutup tetapi dua daripadanya telah dibuka seperti biasa. Sekolah yang telah dibuka semula ialah SMK Agama Limbang dan SMK Sains Kuching manaka

Berita : Bumbung Sekolah Runtuh!!

Oleh UMAVATHI RAMAYAH uma.ramayah@utusan.com.my Beberapa pekerja kontraktor giat melakukan kerja-kerja pembersihan apabila bumbung anjung Sekolah Menengah Putra Perdana, Puchong dekat Kuala Lumpur runtuh awal pagi semalam. KUALA LUMPUR 18 Julai - Runtuh atau dirobohkan? Persoalan itu timbul selepas bumbung anjung bangunan Sekolah Menengah Putra Perdana di Puchong dekat sini, runtuh awal pagi ini. Runtuhan kira-kira pukul 1.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kekuda yang menyokong bumbung anjung bangunan itu tidak seimbang menyebabkan sebahagian daripadanya runtuh. Bagaimanapun, struktur bangunan pejabat yang bersambung dengan anjung sekolah termasuk dinding dan lantai tidak mengalami sebarang kerosakan. Kejadian berlaku di luar waktu persekolahan menyebabkan tiada yang tercedera. Sekolah itu baru dibuka pada 15 Jun lalu pada peringkat permulaannya hanya menempatkan pelajar tingkatan satu dan dua. Salah seorang pengawal keselamatan, N. Vasudevan, 60, berkata, ketika kejad

Berita : PPSMI satu kesilapan

Petikan akhbar dari UTUSAN MALAYSIA Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini. Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu. Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum. “PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melay

AWAS barangan berikut!!

SENARAI NON HALAL FOODS BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. Sumber : CAP SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) 3. Ajinomoto ( Thailand ) 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas 5. Semua tauhu buatan Orang Cina 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand 7. Sabun FAB berbuku 8. Lobak Jeruk 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) 10. Krim Muka Hazeline Snow SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina 3. Daging Burger Import 4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buata

Pendedahan Khas!!

Saksikan gambar yang tidak pernah dan mustahil kalian dapat melihatnya.... Khas dibawakan untuk anda... Dimana kilang nieee??? Weapon Factory Siap untuk dijual!! Nak buat penempahan ke?? Sila ambil lesen senjata api dahulu dan wajib jadi POLIS atau Tentera..

Berita : Tahniah untuk Guru BI

Selasa Julai 21, 2009 Insentif khas untuk guru BI berkhidmat di luar bandar - Muhyiddin SEREMBAN: Kerajaan sedang mengkaji insentif khas untuk guru Bahasa Inggeris (BI) daripada kategori cemerlang yang bersetuju berpindah untuk berkhidmat di kawasan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata sekarang ini memang terdapat elaun khas dibayar kepada guru Bahasa Inggeris tetapi insentif itu akan diberikan kepada guru cemerlang BI yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar. "Kita nak bagi insentif seperti tempat tinggal...memang ada guru-guru yang berminat, inilah guru yang sedia berkorban," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Malaysia di sini Selasa. Beliau berkata kerajaan mahu menghantar guru-guru terbaik ke kawasan pedalaman dengan mencontohi program

Berita : Malaysia Hari Ini

Ahad Julai 19, 2009 Kelab gay diserbu 32 termasuk empat wanita ditahan KUALA LUMPUR: Sebuah kelab gay yang menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis terutama di hujung minggu diserbu polis dalam satu operasi di Jalan Yap Kwan Seng di sini awal hari ini. Serbuan pada pukul 1.30 pagi mendapati terdapat lebih 500 pengunjung majoritinya lelaki yang sedang asyik menari, malah ada yang bercumbu dan membuat aksi mengghairahkan. Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) ASP Mohd Ashril Md Johar yang mengetuai operasi itu berkata 28 lelaki dan empat wanita, berumur antara 20 dan 50 tahun, ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin. Kesemua yang ditahan disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000. Polis turut menemui dadah jenis Eramin 5 di lantai kelab itu yang dipercayai dibuan

Soal Jawab Agama : Jarak yang diharuskan...

JARAK UNTUK HARUS SOLAT QASAR DAN JAMAK Soalan; saya ingin bertanya; setiap bulan saya terpaksa ke Bandar M, bandar yg berhampiran yg jaraknya kira-kira 60 - 70 km sehala utk membuat pembayaran bil, bank dan sebagainya. Dan perjalanan pergi dan blk memakan masa lebih kurang 120 km ke atas. Soalannya ustaz, bolehkah saya melakukan solat jamak dan qasar? Jawapan; Masalah jarak perjalanan yang mengharuskan jamak dan qasar (begitu juga berbuka puasa), para ulamak berbeza pandangan; a) Jumhur ulamak – termasuk Imam-Imam mazhab empat- telah menetapkan jarak tertentu bagi perjalanan (musafir) yang membolehkan seseorang menghimpun dan memendekkan solat. Menurut mazhab Malik, Syafi’ie dan Ahmad; jaraknya hendaklah tidak kurang dari dua marhalah, iaitu kira-kira 85-90KM mengikut ukuran hari ini. Jarak yang dimaksudkan ialah sehala, bukan dua hala. Menurut Imam Abu Hanifah pula; perjalanan yang mengharuskan solat jamak dan qasar ialah jarak yang ditempoh selama tiga hari tiga malam (mengikut

Soal Jawab Agama : Berkongsi Mas Kahwin?

Soalan: saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan mas kahwin...dibeberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin. sekiranya duit untuk dijadikan mas kahwin tersebut dikongsi antara bakal pasangan suami isteri tersebut untuk mencukupkan jumlahnya, apakah hukumnya?..adakah sah pernikahan tersebut? Jawapan : Perkahwinan itu sah . Mas kahwin adalah hak isteri apabila sempurna akad. Jika mas kahwin itu dikongsi bersama, maka yang datang dari bakal isteri itu boleh dianggap sebagai hibah dari beliau atau boleh juga dianggap sebagai hutangnya kepada bakal suaminya. Jadi, ia bergantung kepada niat dan persetujuan bersama. Apa-apa pun yang membabitkan maskahwin ia tidak akan menjejaskan perkahwinan jika akad perkahwinan dilaksanakan dengan memenuhi rukun dan syarat-syaratnya. Maskahwin bukanlah menjadi rukun dan syarat sahnya suatu perkahwinan, akan tetapi ia adalah kesan d

Tazkirah : Doa Perlindungan yang diajar Jibril

Isra dan Mikraj Bersempena dengan peristiwa Isra & Mikraj.. peristiwa yang mesti kita sama2 hayati.. bukan sekadar menyambutnya sahaja..... Ini adalah diantaranya : Di bawah ialah bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjunga Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalamkitab al- Muwattaa. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra". Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua.... Maksudnya : Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat

Soal Jawab Agama : Halalkah?

Halalkah Gaji Kakitangan Awam ? namun ingin saya tegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai terbabit (pelaksana) dan p emimpin yang membuat dasar . Adapun, kakitangan awam yang bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai kementerian, pensyarah di IPTA, Jabatan Agama, Mufti, Qadhi, Jurutera, Akauntan dan ramai lagi, gaji mereka adalah halal. selagi mana KERJA YANG DILAKUKAN HALAL. Walaupun gaji mereka keluar dari kantung Negara yang bercampur dari hasil halal dan haram, duit dari sumber haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada gaji mereka. Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Ia tidak berpindah kepada orang yang tidak berkaitan secara fizikal (iaitu apabila wang kertas itu berpindah ke tangan orang lain). Selain itu, jika wujud orang yang ingin bersikap terlalu keras dan 'strict' tidak

Teksi

Al kisah ceritanya, mulai 1 Ogos ini iaitu 2009. kita dilanda kenaikan tambang pengangkutan awam... ada pro dan kontranya dengan kenaikan tambang tersebut.. ada yang gembira dan ada yang GERAAM...... terutama mereka yang menggunakan pengangkutan awam.. macam kawe lah, yang selalu guna pengangkutan awam.. terutama bila balik kampung rumah mertua di Padang Midin dan juga rumah di kg di Jertih, ketika menjenguk anak... aduhai!! mesti mahal laaa tambang bas ekspress selepas nii.. pening gak... dahlah bila balik kena beli tiket kapal terbang lagii... balik kg pun kena beli tiket bas ekspress yang naaiiikkk... balik jenguk anak.. emm,kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama , manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan. cuba kira... kira2 boleh tahan gak nanti tambang teksii... aduhai... tidak mustahil nanti barang akan naik pulaaaakkkk.... jika naik teksi macam nihh. walaupun mahal berbaloi gak... nie tak, naik teksi kekada

Akhbar : Guru Berpolitik???

Tokoh pendidik, PIBGN sokong guru berpolitik KUALA LUMPUR 15 Julai - Pelbagai pihak hari ini menyambut baik keputusan kerajaan untuk menimbang kemungkinan membenarkan semula guru-guru aktif berpolitik. Persetujuan itu bagaimanapun disertakan syarat iaitu para guru perlu tahu membezakan antara tugasan politik dengan tanggungjawab mendidik anak-anak di sekolah. Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berpendapat, tiada salahnya para guru dibenarkan aktif berpolitik kerana profesion perguruan sememangnya sinonim dengan gerakan nasionalisme sejak dahulu lagi. Menurutnya, kebolehan guru selaku golongan terpelajar untuk membezakan perkara baik dan buruk seharusnya memberi kelebihan untuk mereka terbabit di dalam kancah politik negara. "Tiada salahnya guru aktif dalam politik. Cuma mereka perlu berusaha menjadi profesional tulen yang tahu memisahkan antara tugas politik dengan perguruan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Beliau mengulas kenyataan Timbal

Berita : Murid ditampar Ustaz!!

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian.com.my Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu. Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya. Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah. "Kejadian itu turut disak

Kelantan Hari Ini

Pengaruh BN makin pulih Walaupun tewas, Umno sudah pastinya akan melaungkan bahawa pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008. Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis. Apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai. Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Nampaknya, harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebagai petanda berakhirnya kekalahan BN dalam siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008, begitu hampir menjadi kenyataan. Namun, kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dia

1Malaysia: Hari Ini...

Thaksin: Saya dijaga SB M'sia Bekas Perdana Menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya, Thaksin Shinawatra, mengesahkan beliau menginap semalaman di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini dan mendakwa mendapat perlindungan daripada anggota polis Cawangan Khas. "Jet pe ribadi saya singgah untuk mengisi minyak di Malaysia dan mereka menghantar 20 anggota polis untuk mengawal saya " "Mereka sayang dan mengambil berat tentang saya," katanya seperti laporan akhbar The Nation yang memetik perbualan telefon beliau dengan stesen FM 97. 5 di negara itu pagi semalam. Awal bulan ini adalah kali pertama Thaksin dikesan berada begitu hampir dengan Thailand sejak beliau melarikan diri tahun lalu. Pihak berkuasa Thailand sebelum ini dilaporkan berkata Thaksin berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan berlepas ke Fiji pada hari berikutnya sebelum sempat pihak polis bertindak. Thaksin pulang ke Dubai, Jumaat lalu. Aw

Hari ini dalam sejarah (Salam Perjuangan)

Thanks / Syukran / Terima kasih kepada semua... thanks u so much... coz sudi visit my blog "Salam PerJuangan" Dicatat oleh : Hari ini/Today " Salam PerJuangan " dilawati sehingga 66 orang dari seluruh dunia... Kiranya sejarahlah hari ini utk Blog kawe.. ramai pulak yang visit my blog.. ianya tak pernah dilawati dalam satu hari tu hingga 66 orang... tambahan pulak dari serata dunia :) Apa2 pun.... Thanks / Syukran / Terima kasih kepada semua... thanks u so much ...