Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Selamat Kembali Bertugas...

الســـــــــــــــلام عليكم Salam Perjuangan.. kembali bertemu, harapan semua sihat walafiat.. Kepada Warga Pendidik dari semenanjung yang bertugas di Seberang Laut.. Selamat kembali dan selamat menjalankan tugas kembali... selepas bercuti seminggu Hari Raya........

Mana Pergi Bahagian Penguatkuasa HALAL?

HALAL Kah Makanan Di TESCO Barangan yang dijual di Tesco TIDAK HALAL dan Tidak Selamat Untuk makluman semua 1. Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati * TIDAK HALAL * dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian. 2. Terdapat benda asing dalam coca cola yg belum dibuka. 3. Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut. 4. Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent P/S: SUMBER DARI, Ms Junaidah SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU Unit Pengurusan Pengairan Bahagian Pembangunan Taman Jabatan Landskap & Taman PERBADANAN PUTRAJAYA. Tel : 03-88877530 / 012-3387640 --> Sejauhmana kebenarannya..sama-samalah kita tunggu dan lihat, apa reaksi Pasaraya tersebut, selepas berita ini tersebar..wallahua'lam sumber : http://evshare.blogspot.com/

OH Baitulmal Sarawak!!

Berikut adalah keratan akhbar yang saya petik dari Berita Harian Online .. Sama-samalah kita bantu sesama Islam... lebih-lebih lagi kepada agensi BAITULMAL SARAWAK .. yang mana setiap dari gaji penjawat awam yang berugama Islam di potong bebrapa RM mengikut kelayakan samada SPM, Diploma mahupun Ijazah. Kawe tidak terkecuali dikenakan potongan tersebut... maka diharap agensi yang kerjanya potong memotong ini iaitu BAITULMAL SARAWAK dapat menghulurkan bantuan dengan segera.... jange dok beli pajero land cruise baru aje!!! Nok kato kerajaan negeri sarawak miskin dok munasaboh... sebab apo? cuba tengok kereta kerajaan negeri yang plat QSG.... acu cuba try tengok.. semua kereta besar2 import, BMW... HONDA, Mers... dll... lebih2 lagi exco kerajaan negeri... pagar rumah exco pun besar, penuh dengan lampu.. disetiap pagar ada lampu.. beddoooh sungguh, takkan yang miskin macam ni dok leh bantu bg sammah seriyal ko................. ----------------------------------------------------------------

Best nya dapat balik Kampung..

Salam Aidilfitri kepada semua......... & Selamat Beraya di Kampung Halaman.. Esok hari raya.. riuh suara bebudak bersorak.. mana taknya, esok dapat pakai baju baru dan semuanya baru termasuklad dapat duit baru.. (RM50). hhihihiiiii :) Kepada semua rakyat Malaysia, selamat balik kampung ... selamat berhari raya .. Tahun ni 2009, kawe beraya bersama seorang insan baru (Wan Rabiatul Adawiyah) puteri.. begitu juga tahun ni kawe bersama isteri dan anak beraya kat KL... Tapi raya pertama, kedua dan ketiga aje.. Raya ke empat barulah bali kg kat Trg... tapi sedih jugak :( Ini kerana isteri terpaksa bertugas di Hospital kerana tahun lepas 2008 isteri dah dapat cuti beraya kat kg.. maka tahun ni kena kerja laaa... Beraya lah kami 3 beranak kat KL... emm, saper ye sanak saudara warih waroh yang ada kat KL ni... tanda tanya? jika ada boleh pi beraya.. maka esok hari berayalah kami sekitar rumah jiran dan juga jiran sebilik sebelah yang sama tak balik kampung kena kerja jugak... nak buat persi

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan ini kawe menyusun Sepuluh Jari pohon Ampun & Maaf... diatas segalanya.. Selamat Hari Raya .... Maaf Zahir & Batin Dari : Kawe, Sabrina (wife) & Rabiatul Adawiyah (Anak)

Berita : Ganjaran Khas Utk Pendidik

Kita nantikan khabar gembira dari kerajaan untuk warga pendidik.... Ganjaran Khas Utk Pendidik Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini. ''Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3). ''Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau. Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi. Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di selur

Berita : Ramai minta taraf warganegara Malaysia!!

32,397 permohonan taraf warganegara akan selesai sebelum Disember - Hishammuddin PUTRAJAYA: Sebanyak 32,927 permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak dari Januari 2009 akan diproses sebelum penghujung tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut termasuk dalam agenda Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementeriannya bagi memastikan kes-kes tertunggak tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin. “Tidak mudah untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak dengan cepat kerana setiap permohonan perlu diteliti dan disemak terlebih dahulu. “Dengan kakitangan yang ramai diharapkan permohonan yang baru juga akan diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Ucapan Tahniah dan Surat Kelulusan Taraf Kewarganegaraan kepada 92 penerima di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini. Menurut Hishammuddin, terdapat dua lagi agenda yang terdapat dalam KPI kementeriannya iaitu menyelesaikan kes pendaftaran lewat sijil kelahiran y

Berita : Dua lagi maut angkara H1N1

Dua kematian baru didaftarkan hari ini akibat influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 76 orang . Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa merupakan seorang wanita berumur 45 tahun dari Sabah yang juga menghidap darah tinggi dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dari Bentong, Pahang . Beliau berkata wanita itu dimasukkan ke Hospital Tambunan pada 17 Ogos kerana demam, batuk dan selesema selama tiga hari dan pada hari yang sama, kesnya dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan rapi di unit penjagaan rapi (ICU) dan rawatan antivirus telah dimulakan. "Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 26 Ogos iaitu 10 hari selepas dimasukkan ke ICU kerana komplikasi pneumonia dan kematian direkodkan sebagai 'severe bronchopneumonia with Acute Respiratory Distress Syndrome' dan kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 19 Ogos," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. Beliau berkata mangsa kedua pula dimasukkan

Berita : Jumaat (18 Sept. 09) Cuti Sekolah!

Makluman utk semua warga pendidik terutamanya.... bahkan untuk semua Rakyat Malaysia, Terima kasih Menteri Pelajaran... Berita Terkini Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran. Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media. Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. Sumber : BERNAMA

Berita : Sekolah Dibenar Ambil Cuti Berganti (Hari Jumaat)

PUTRAJAYA 14 Sept. - Kementerian Pelajaran membenarkan mana-mana sekolah memohon cuti peristiwa atau cuti berganti pada 17 dan 18 September ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga masing-masing untuk bercuti di kampung halaman selain mengelak kesesakan jalan raya. ''Bagi negeri-negeri yang hari hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, sekolah-sekolah boleh bercuti pada hari Khamis, 17 September ini dan negeri-negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, sekolah-sekolah boleh bercuti pada 18 September ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Alimuddin, sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada Sabtu 31 Oktober ini. ''Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri diarah supaya meluluskan cuti tambaha

Jawatankuasa khas selaras kurikulum j-QAF & Kafa

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyelaras kurikulum pengajian Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) bagi mengelak pertindihan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jawatankuasa yang dibentuk diberi tanggungjawab untuk meneliti antara lain (soal) mengelak pertindihan termasuk berkaitan kurikulum pembelajaran pengajian Islam yang sedang dilaksanakan sekarang dan apa yang terkandung di bawah Kafa. "Ini termasuk soal tenaga pengajar dan kelayakan guru yang mengajar, soal pensijilan dan akreditasi, selain meneliti soal infrastruktur, kelengkapan pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam sama ada di sekolah kebangsaan atau di Kafa sendiri. "Di samping itu, (jawatankuasa akan mencari kaedah) bagaimana kita dapat membantu dalam soal meningkatkan mutu pembelajaran pendidikan Islam di sekolah-sekolah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan J

Malaysia TanahairKu

Aku tertarik dengan laporan berita ini... PUTRAJAYA 28 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan kesemua 32,900 permohonan rakyat asing untuk menjadi warganegara Malaysia yang tertangguh sebelum hujung tahun ini. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, sehingga kini lebih 50 peratus daripada jumlah tersebut sudah pun siap. - Utusan Malaysia, 29 Ogos 2009. Dan aku tertanya-tanya, dari mana saja mereka ini? Begitu ramai sekali yang memohon menjadi warganegara kita. Bayangkan jika permohonan hampir 33,000 orang ini diluluskan sudah pasti jumlah rakyat negara kita akan bertambah. Tertanya-tanya juga aku, apakah fenomena ini baik untuk negara atau sebaliknya? Bayangkan kebanyakan negara maju begitu liat untuk memberikan taraf warganegara kepada orang asing melainkan mereka benar-benar boleh memberi keuntungan kepada negara terbabit. Sebaliknya Malaysia begitu bangga sebab telah meluluskan berpuluh-puluh ribu permohonan untuk menjadi raky

Salam Ramadhan...

Salam... apa khabar kawan2 blogger semua... maaf, lama dah kawe tak write entry pada blog... tidak lewat lagi rasanya kawe nak ucapkan salam ramadhan.. sekaligus salam Syawal... ramadhan yang mulia ini masih berbaki.. ayuh, marilah kita sama2 berlumba mengambil keberkatan yang telah dijanjikan oleh Allah.. Janji Allah itu pasti.. juga rebutlah peluang mencari Lailatul Qadar..... insya allah. Ya Allah.. kuatkanlah iman ku..... amien ya rabbal alamiinn....