Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Briefcase Saya

Doa Kemenangan Islam

اَللَّهُمَّ مَنْ أَرَادَ بِالاِسْلاَمِ وَالمُسْلِمِينَ خَيْرًا فَوَفِّقْهُ لِكُلِّ خَيْرٍ, وَمَنْ أَرَادَ بِالاِسْلامِ وَالمُسْلِمِينَ شَرًّا فَخُذْهُ أَخْذَ عَزِيزٍ مُقْتَدِرٍ يا رَبَّ العالَمين, اللهم وَلِّ أُمُورَنَا "فِي باكن فينغ" خِيَارَنَا وَلاَ تُوَلِّ أُمُورَنَا شِرَارَنَا, اللهم أَصْلِحِ الرََّاعِيَ وَالرَّعِيَّةّ يَا رَبَّ العَالَمِين Maksudnya: Ya Allah ya Tuhan kami! Sesiapa yang inginkan kebaikan kepada Islam dan kaum muslimin (memartabatkan Islam), maka berilah kekuatan baginya untuk melaksanakan setiap kebajikan. Dan sesiapa yang inginkan kejahatan kepada Islam dan kaum muslimin (meruntuhkannya) maka balaslah mereka dengan balasan (yang setimpalnya) dari Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami! Lantiklah orang yang menguruskan urusan kami "DI BAGAN PINANG" dari kalangan orang yang baik dari kalangan kami, dan janganlah Engkau lantik orang-orang yang jahat menguruskan urusan kami. Ya Allah Ya ...

Selamat Kembali Bertugas...

الســـــــــــــــلام عليكم Salam Perjuangan.. kembali bertemu, harapan semua sihat walafiat.. Kepada Warga Pendidik dari semenanjung yang bertugas di Seberang Laut.. Selamat kembali dan selamat menjalankan tugas kembali... selepas bercuti seminggu Hari Raya........

Info : Asal Usul Tulisan Arab

Terdapat pelbagai pendapat mengenai asal-usul dan perkembangan tulisan Arab. Antara pendapat tersebut ialah: 1. Pendapat Pertama: Kemunculan tulisan Arab adalah 'Tawqifi', iaitu ia datang terus daripada Allah. Justeru, ada yang menyatakan bahawa Nabi Adam a.s merupakan pelopor kepada tulisan secara keseluruhannya. Baginda mempelajari tulisan daripada Allah, lantas dapat menulisnya dalam pelbagai tulisan. Ada pula riwayat yang menamakan Nabi Idris atau Nabi Nuh sebagai pelopor kepada tulisan. Menurut Dr Ahmad Fuad ‘Alyan (2000), pandangan yang paling sahih dalam perkara ini ialah Nabi Idris a.s. Kenyataan Ini adalah bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar al-Ghiffari bahawa Nabi saw bersabda: أول من خط بالقلم إدريس – رواه أحمد Maksudnya: ‘Orang pertama menggaris / menulis dengan pena ialah Idris a.s’ Dikatakan bahawa Nabi Ismail merupakan orang pertama yang menulis dalam bahasa Arab di samping bertutur dengan bahasa tersebut. Menurut Ibnu Khallikan, orang pertama yang ...

Berita : Isu jQAF

j-QAF akan diperluas ke sekolah menengah 17/07/2009 6:10pm KUANTAN 17 Julai - Kerajaan akan menaik taraf guru-guru agama lepasan diploma ke peringkat ijazah dalam usaha memperluaskan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ke peringkat sekolah menengah tidak lama lagi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, usaha itu diambil selepas mendapati program J-QAF memberi perkembangan positif kepada pelajar dalam penguasaan tulisan jawi dan bacaan al-Quran. Menurut beliau, sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2005 hingga Jun 2008, kira-kira 95.9 peratus murid tahun tiga di seluruh negara berjaya menguasai asas jawi dengan baik. - Utusan Ulasan : Hasmadi Bin Hamdan ( http://hasmadi.blogspot.com ) said... Assalamualaikum... j-QAF ke sekolah menengah bermaksud program itu diteruskan ke sekolah menengah dengan guru khas yang lain, perjawatan baru. Manakala guru j-qaf yang sedia ada meneruskan program di sekolah kebangsaan seperti biasa. Walaupun demikian,...

Hari ini dalam sejarah (Salam Perjuangan)

Thanks / Syukran / Terima kasih kepada semua... thanks u so much... coz sudi visit my blog "Salam PerJuangan" Dicatat oleh : Hari ini/Today " Salam PerJuangan " dilawati sehingga 66 orang dari seluruh dunia... Kiranya sejarahlah hari ini utk Blog kawe.. ramai pulak yang visit my blog.. ianya tak pernah dilawati dalam satu hari tu hingga 66 orang... tambahan pulak dari serata dunia :) Apa2 pun.... Thanks / Syukran / Terima kasih kepada semua... thanks u so much ...

Bako National Park (Ver. 2)

Versi 2 Sambungan dari Bako National Park (Ver. 1) signboard di jetty yang menyambut dan mengalu2kan kedatangan ka mi... sila perhatikan .. Jetty untuk ke Bako National Park Terkejut kawe tengok signboard nih! snap photo depan signboard yg mendebarkan " DANGER ".

Tazkirah Hari Jumaat

Entah kenapa terdetik di hati kecil ini tengahari tadi.. rasa nak pi solat Jumaat kat Masjid Gita aje.. Kebiasaannya kawe selalu pi solat Jumaat kat Jamek (Masjid Negeri Sarawak) dengan Sohok (SK Stapok).. Hari ni ke Masjid Gita la plok... Alhamdulillah, tanggungjawab sebagai Muslim ditunaikan.. Untuk perkongsian bersama, kawe amat tertarik benar dengan khutbah Jumaat yang dikhutbahkan oleh khatib tengahari tadi di Masjid Gita, Kuching. Khatib bukan baca teks khutbah tapi berkhutbah!! Isunya mengenai kewajipan "Sembahyang". mudah dan simple aje tajuk isunya.. tetapi ibadah sembahyang inilah ramai menusia akhir zaman tak laksanakan.. memandang remeh perihal solat...lebih2 lagi kat Sarawak ni!! Puasa bulan Ramadhan bukan main bersemangat/ bersungguh.. tapi sembahyang nya tidak.. padahal sembahyanglah yang mula2 Allah persoalkan semasa di hari Perhitungan nanti... kalau kat surau sekolah tu boleh kira dengan jari berapa orang cikgu naik solat terutama solat zuhor.. takkan jama...

Bako National Park (Ver. 1)

Batu (icon Bako National Park) Versi 1 Baru abis mengajar bebudak mengaji.. solat zuhor berjemaah dahulu sebelum tu.. abis solat terus ajar mengaji.. sambung jap edisi/versi Bako National Park (Taman Negara Bako).. Ketika sampai di Bako.. cari tempat park kereta yang berdekatan dengan Sarawak Forestry.. jumpa parking.. kemudian ambil alatan.. kami pun menuju ke pejabat Sarawak Forestry. Terus ke kaunter Sarawak Forestry yang menyambut ketibaan kami.. daftarkan nama, kemudian kena buat bayaran : Dewasa RM10 - Pelajar Universiti ke bawah RM5 Selamat Datang (Pintu depan Sarawak Forestry & kaunter pembayaran/pendaftaran) Kami diarahkan oleh petugas - untuk melaporkan diri sesudah sampai di Taman Negara nanti. Ok faham.... dan di situ gak kami kena serahkan tiket RM10 td. kami juga dimaklumkan akan diberi map di sana nanti.. emmm, mahal gak masuk Taman Negara Bako ni. . kena bayar RM10. harganya sama dengan pelancong, rakyat Malaysia sendiri tak ada keisti mewaan ke? best price ke?... k...

Sabtu : 4 July (Bako National Park)

Sabtu : Bako National Park Semalam (Jumaat mlm sabtu) kawe ada menerima sms dari akh Lan SKPulo.. bertanya utk ke Bako National Park... menarik dan best tu.. kawe pun royak nak join gakk.. nak pi gak... dok kat bumi serawak yang tak bertuah nih dah hampir 5 tahun (semenjak 2005-2009) tapi tak pernah sampai kat situ lagi.. dulu pernah sekali kawe plan dengan kekawan satu maktab nak ke situ dan berkhemah.. tetapi asyik nak balik je... pasal semenanjung tanah airku... mesti balik.. kat sini bukan tanah air... jika tanah air Malaysia, kenapa kawe masuk sarawak ni kena guna PASSPORT!! macam indon aje... sebut aje 1Malaysia.. tapi 1Malaysia yang hampeh... ada la... pagi sabtu tu, kawe bersiap2 jam 7.30pg.. kawe pun ke rumah Lan & Sabri... kami bertolak jam 8pg dari rumah.. singgah kedai jap utk sarapan... sarapan pagi di Questary (kedai Makan).. masa order tu tengok anak murid yang bekerja kat kedai tu.. skrg dia dah Ting. 4... cepatnya masa berlalu.. dulu budak tu kecil aje..... beli ai...

Sematan

27 & 28 June 2009 Sabtu dan Ahad bebaru kawe berkesempatan pi jejalan ke Sematan, Sarawak .. ikut kawan "dato" dari Telok Melano.. pi rehat dan tukar angin, lagipun nak memecah kesunyian diri tinggal seorang diri di Kuching... tanpa anak dan isteri... beginilah nasib diri, mengadu dan merayu kepada Pembesar tapi apakan daya.. siapa laaa kawe nie.... jikalah anak Pembesar.. Menteri KERAjaan.. Pengampu dsb.... anak Dato' ke... anak Ketua SekTor di Kementerian Pelajaran Ke? anak Ketua Sektor Pendidikan Islam JOHOR ke??? barulah dapat tukar ke Semenanjung... betul tak kekawan... hihiihihiiiiii Lari dari kesibukan tugas... cadangnya nak ke Telok Melano, tengok keindahan pantai.. menaiki bot tetapi disebabkan kawe bertolak hari sabtu tu dah lewat, dah hari petang. maka tak dapat gak ke Telok Melano.. nak ke Telok Melano ada dua cara : ikut darat pun boleh dan ikut laut pun dapat gak.. ikut laut cepat sikit berbanding ikut darat kerana kedudukannya di teluk.. sila rujuk peta...

Abah, Terima kasih atas segalanya...

Selamat Hari Bapa abah........ Abah, semoga abah sentiasa sihat.. Serta mudah-mudahan Allah cepat sembuhkan penyakit jantung yang abah alami sekarang.... Abah jangan lupa makan ubat yea dan jaga diri.. 2 Julai nanti jangan lupa pergi hospital.. Tabahkan diri.. Anakanda doakan semoga pembedahan yang dirancangkan oleh pihak Hospital pada tarikh tersebur berjalan dengan lancar dan selamat, Insya Allah..

Kenduri Kahwin 26 June 2007 (Jertih)

Kenduri Kahwin " Saya la tu " :) Mengimbas kembali kenangan lama... utk tatapan sahabat kekawan yang tak berkesempatan ke rumah kawe bebaru nieh.. Semasa Kenduri kat rumah kawe di Jertih. Abah, Yie (Adik) & Abg Long (S'pore) sedang menyiapkan apa yang patut.. Pengantin Perempuan disambut ketibaannya.. Tetamu dan para jemputan sedang menjamu selera. Keluarga Pengantin Perempuan sedang menjamu selera. (Abah - yang pakai baju biru)

Trg - KL (8 June 2009)

Kejap aje masa berlalu... pejam celik-pejam celik dah seminggu bercuti.. Cuma tinggal seminggu lagi kemudian sessi Semester 2 Persekolahan akan bermula.. Maka macam biasalah, kena tinggalkan anak & zaujah plok.... lagipun ni dah bulan 6 (June).. baki persekolahan untuk thn 2009 pun tinggal beberapa bulan sahaja lagi.. tolak-tambah, tinggal sekitar 4 bulan lagi lebih kurang gitu;laaaa... Kepala ni asyik ingat cuti aje... Insya allah bulan Julai nanti kelik plok... tak ado orang boleh sekat kawe nak balik.. kawe ada tanggungjawab untuk kelik deeeehhh..... ( 9 June 2009 ) Hari selasa, Zaujah dah mula bertugas semula setelah seminggu bercuti. itupun dia dapat bercuti lama kerana sebelum tu dia bertugas Syiff Malam kat Pantai Hospital Kuala Lumpur.. faktor itulah kawe & Zaujah terpaksa letak adawiyah (anak) di rumah tok abah & tok mak di Terengganu.. bila zaujah kena bertugas syiff malam... dah tanya jiran-jiran sekitar abdullah Hukum, tempat isteri sewa bilik... tak ada orang ...

Selamat Bercuti

الســــــــلام عليكم SELAMAT BERCUTI ... kepada semua Warga Pendidik dan anak didik.... 29 mei 2009 Jam 4.30 petang.. Kawe bertolak dari rumah di Tmn Sri Wangi.. (bukan flat Sri Wangi-Pi Mai Pi Mai Tang tu!!) bersama Ust Asyraf.. Sebelum tu lepas jumaat... Berkemas barang-barang yang patut utk dibawa pulang, serta beberapa barang yang dibawa pulang dan tak akan dibawa ke Kuching lagi... kerana Kuching bukan tempat kawe.. Kuching bumi sementara sahaja.. Hati kawe bukan di Kuching lagi... berdirinya diri ini di Kuching hanya tunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan...... Fikirkan amanah tersebutlah kawe masih gagahkan diri berada dibumi Sarawak yang bukan tanah airku .. Sebab tu kekadang masa nyanyi lagi Negeri sarawak kat sekolah, kawe dok pernah ikut menyanyi.. kawe diamkan diri aje.. tapi masih ingat senikata lagu negeri sarawak tu kerana masa kat maktab (kini Institut Pendidikan Batu Lintang) kena paksa dek Cikgu Azhar (Jahar : bebudak guru pelatih panggil) hafal dan ingat lagu ...

Makluman Terkini (Sahabat d Kuching, S'wak)

الســــــــــــــــــلام عليكم ......... Makluman terkini 25hb Mei 2009, sahabat2 seperjuangan le katakan.... Sila rujuk website : bukannya website e-GTukar tau.. pasal 25hb Mei ni gak tarikh keramat le.... hihiihi :) semua dah maklum... yang ana nak khabaq kat kekawan, sila rujuk website Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Pendidikan Kuching untuk makluman terkini dan mutakhir abad ini :) ... dah tahu semuakan website tu.. jika tak tahu @ tak ingat, kat tepi blog ana ada sebelah kiri, kat bahagian "Surf it......" atau boleh click dengan taip http://www.upimppgk.com kat info semasa ada makluman tersebut dan sahabat boleh download apa yang patut.. ini makluman mengenai e-Pelaporan Jun 2009, soalan2 dan juga bila ianya dikumpulkan.... sekian untuk makluman dan kebaikan bersama.............

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah 1) Hi-Tea 16 Mei 2009 (Sabtu) Venue : Merdeka Palace, Kuching , Sarawak Jam : 2.30 petang Cikgu-cikgu SKMB sedang menjamu selera setelah mendengar kata aluan GB PK 1 (Pentadbiran) menyampaikan hadiah utk PK KK 2) Sambutan Peringkat Sekolah@Sukaneka 19 Mei 2009 (Selasa) Venue : SKMB Murid 5 Amanah menyediakan juadah khas untuk guru sempena Hari Guru.. Syukran Persembahan dari Murid Tahun 6 Amanah (Special utk Cikgu) Sukaneka khas utk cikgu (Permainan Kena Tutup Mata)