Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mesir

Terkini! Dibebaskan...

12 pelajar Malaysia yang di tahan di Penjara Aboud Shoubra, Mesir dibebaskan Alhamdulillah, syukur.. Saya baru menerima satu panggilan dari sahabat pimpinan yang menguruskan pelajar yang di tahan di Aboud Shoubra Egypt yang memberitahu kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Pihak Safarah, en Zainuddin dan Pimpinan PMRAM termasuk mantan Presiden Us Hairul Nizam bin Mat Hussain. Mungkin perkembangan terbaru kita boleh ketahui selepas ini bila mereka telah mengupdate Blog memasing tentang pengalaman mereka di dalam lokap polis mesir dan beberapa pengalaman lain. Pihak Pimpinan DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk doa doa kalian yang membantu dan memudahkan segala urusan. Kini diingatkan kepada semua pelajar agar lebih berhati hati setiap masa dan ketika. Pastikan semua pelajar memiliki visa pelajar yang sah untuk tidak menimbulkan sebarang masalah selepas ini. Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan alham...

Pelajar Malaysia Ditahan

12 pelajar Malaysia di tahan di Aboud Shoubra, Mesir. Berita mengejutkan ini saya dapat dari rakan yang dapat tahu dari Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra,Us Anuar roseli. Berkenaan tangkapan Pelajar Malaysia di kawasan perumahan meraka di Aboud Shoubra lewat petang semalam. Mereka semua berada di satu imarah(bangunan) yang sama yang menempatkan tiga buah rumah dan kesemua mereka berjumlah 12 orang. Kesemua mereka di tahan atas alasan yang tidak pasti. Hanya diberitahu untuk mengambil keterangan dan siasatan. Termasuk juga dalam tahanan itu ialah pelajar wafidin (luar negara) yang lain. Ketika berita ini ditulis, Presiden PMRAM US Abdul Muiz dan Pengerusi DPM Shoubra masih di balai polis di kawasan Abuod untuk proses mengeluarkan mereka yang ditahan. Ada bersama beberapa pimpinan dari PMRAM dan DPM Shoubra sendiri untuk membantu proses pembebasan. Jangan risau.InsyaAllah tiada apa yang merisaukan. Cuma kita doakan mereka yang ditahan dibebaskan secepat mungkin kerana mereka ditahan bukan s...