Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Makluman

Berita : Belum Diserang dah Terbakar (Meletup)

KD Seri Inderapura , kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut. Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. "Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.

Maha Kuasa Allah

Gempa di Indonesia Signifikan dari ayat al-Quran Email : Zainal Ku sumber: eramuslim MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut: 17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52

Ya Allah, Sembuhkanlah Penyakit Guruku.

Salah seorang guruku di MDQ, Al Fadhil Ustaz Mohd Rusli bin Ahmad telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pagi ini (5.10.09). Menurut sumber yang kawe perolehi dari Ustaz Khairul Azmi Pahang... Beliau dimasukkan ke HSNZ dengan Ambulan sejurus dua hari mengalami komplikasi kesihatan yang tidak setabil. Menurut sumber, beliau sendiri sudah dua hari tidak ada selera makan dan mengalami serangan bengkak pada sendi lutut dan kakinya. Bagi sesiapa yang mengenalinya bolehlah datang menziarahinya, beliau sekarang ditempatkan di Wad Lelaki 7C (HSNZ). Bersama-sama kita doakan semoga beliau kembali sembuh dan sihat sediakala, amin.

Mana Pergi Bahagian Penguatkuasa HALAL?

HALAL Kah Makanan Di TESCO Barangan yang dijual di Tesco TIDAK HALAL dan Tidak Selamat Untuk makluman semua 1. Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati * TIDAK HALAL * dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian. 2. Terdapat benda asing dalam coca cola yg belum dibuka. 3. Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut. 4. Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent P/S: SUMBER DARI, Ms Junaidah SHEIKH MOHD NAZRI BIN SHEIK ABU Unit Pengurusan Pengairan Bahagian Pembangunan Taman Jabatan Landskap & Taman PERBADANAN PUTRAJAYA. Tel : 03-88877530 / 012-3387640 --> Sejauhmana kebenarannya..sama-samalah kita tunggu dan lihat, apa reaksi Pasaraya tersebut, selepas berita ini tersebar..wallahua'lam sumber : http://evshare.blogspot.com/

Kem 1 Malaysia PPD Kuching

Berikut Jadual Perkhemahan Kem 1 Malaysia Sekolah Rendah Anjuran PPD Kuching Sarawak

Bahaya Banyak Goreng Pisang Plastik Skrg!!

R amai yang tidak tahu malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang nikmati bersama kopi panas setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin membahayakan kesihatan. Meskipun rasa nikmat pisang manis bersalut tepung rangup itu tidak dapat dinafikan kesedapannya, orang ramai seharusnya lebih berhati-hati memilih gerai yang menjualnya makanan popular itu. Seboleh-bolehnya periksa cara penyediaan khususnya campuran ramuan tepung pisang goreng terbabit memandangkan ramuan aslinya kini tercemar dengan bahan berbahaya selepas peniaga ghairah meraih keuntungan segera tanpa memikirkan kesan sampingan tindakan mereka. Bukan prejudis atau mahu mengganggu periuk nasi sesiapa, namun sudah tiba masanya penggemar makanan ringan ini lebih berwaspada dan tidak cepat teruja menikmati pisang goreng yang dijual peniaga tanpa usul periksa, apatah lagi pisang goreng yang dijual itu menjadi kegilaan dan tumpuan masyarakat setempat. Semua orang sanggup melakukan apa saja untuk

Guru GPI j-QAF Meninggal - "al Fatihah"

الســــــلام عليـــكم..... Makluman untuk sahabat semua... Sahabat kita dari Tumpat, Kelantan meninggal dunia lemas di Sungai Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak tengahari semalam 9 Ogos 2009. Kawe menerima berita tersebut pada hari semalam 9 ogos jam 2.40 ptg dari Ust Saifuddin yg mengajar di Sri Aman. Arwah : MOHD SABRI BIN YUSOFF bernombor k/p : 820724-03-**** Guru BAHASA ARAB Kohort 2006 mengajar di SK LUBOK ANTU (YBB2302), Bahagian SRI AMAN. Kawe difahamkan oleh Ust Awang PPD Kuching, jenazah beliau dijangka bawa balik ke Tumpat , Kelantan malam ini 10 ogos 2009 jam 8.00 mlm dengan penerbangan MAS dari Airport Kuching, Sarawak... Al-Fatihah... Sama-samalah kita berdoa moga-moga rohnya mendapat Redha Allah sebagai Syahid...

Selsema Babi (H1N1) Di S'wak

Menurut sumber dari seorang guru yang mengajar di SK G**a 2, Kuching, Sarawak... terdapat beberapa orang muridnya disyaki positif Selsema Babi.. Tetapi sekolah tersebut masih bersekolah seperti biasa. belajar macam biasa laa... pelik jugak kan... takkan pihak hospital atau klinil swasta yang merawat murid tersebut tak dimaklumkan!! Ke sengaja disembunyikan ekoran banyak sangat selsema babi tu merebak di S'wak... tak mustahil la jika merebak kerana BABI banyak sangat kat Sarawak ni... Jika sesiapa pernah menggunakan jalan atau lebuhraya Kuching - Serian.. ditepi jalan tu bersepah Tempat Ternak BABI.. baunya, fuuuhh!!! memang mengancam busuknya... kat pasar pun banyak dijual.. tetapi tak ada pulak bising kat TV!! so jika sesiapa ada info bleh tolong maklumkan... minta pengesahan tentang makluman tersebut, adakah ianya benar atau sengaja diSEMBUNYIkan.....

MJ : Adakah kematiannya satu Konspirasi

Konspirasi Kematian Michael Jackson Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gem

PPSMI : Apa keputusan Kerajaan Rabu 8 July

Dalam semua orang sibuk berkempen untuk PRK manik urai... kita mungkin dah terlupa dengan isu PPSMI yang akan "tutup buku" tak lama lagi. sebentar tadi motorcabok dapat tahu esok akan diadakan sidang akhbar pelaksanaan PPSMI oleh menteri pelajaran. ada diwar2lan oleh TV3. motorcabok memang dah agak... pengumuman PPSMI akan dibuat sekitar kempen PRK manik urai. hampa tengok posting yang motorcabok buat dulu. betoi rupanya... al kisahnya... esok (Rabu:8 July 2009) PPSMI akan tutup buku. maka... mungkinkah juga perjuangan kita menuntut pemansuhan PPSMI sudah tamat. atau... akan ada lagi putar belit kerajaan biru karat terhadap pelaksanaannya yang perlu kita tuntut sekali lagi?. ramai orang berpendapat kenyataan yang akan dibuat esok akan melegakan banyak pihak. antaranya... penggunaan bahasa inggeris untuk sains dan matematik yang akan menggunakan semula bahasa ibuanda masing-masing. emmmm... yang menjadi tanda tanya... adakah melibatkan semua peringkat? atau... hanya untuk sek

Laporan Data Pelaksanaan j-QAF 2009/Bukan J-QAF

1) Mesyuarat (Taklimat) Laporan Data PPD Kuching - 23 Jun 2009 2) Mesyuarat (Taklimat) Laporan Data PPD Padawan & Bau - 24 Jun 2009 3) Mesyuarat (Taklimat) Laporan Data PPD Lundu - 25 Jun 2009 * Rumusan / Kemaskini Data Bahagian Kuching / Padawan - 30 Jun 2009 - Kuching : PPD Kuching - Padawan : PPD Padawan Untuk sahabat-sahabat di Kuching, Padawan, Bau... ( Lundu - Cemerlang, SK yang j-QAF Lundu dah siap hantar pada 25 Jun 2009 lagi, tahniah) sila rujuk http://www.upimppgk.com untuk maklumat terkini. atau emailkan di email yang berikut : - wanrushdi@upimppgk.com - mohdzahar@upimppgk.com - amir@upimppgk.com - badie@upimppgk.com - ishak@upimppgk.com

Panduan Eksport-Import e-Pelaporan 2009 Ver. 9

Panduan untuk sahabat-sahabat di Kuching khasnya, mahupun Malaysia amnya... sedikit panduan yang akh badie buat.. semoga dapat membantu semasa proses eksport-import utk e-Pelaporan j-QAF 2009 V. 9... ada masalah sila hubungi email yang ada kat panduan tersebut... Selamat mencuba... :)

Karnival Prasekolah Peringkat ZON 1 (Sarawak)

23 - 25 JUN 2009 Hotel Santubong Resort, Kuching Kawe dan beberapa orang sahabat dari sekolah terlibat dengan karnival ini. Sekolah kawe di minta oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching mengendalikan Pertandingan Hafazan untuk murid Prasekolah. Suasana di dewan (Venue Pertandingan) Maka setelah mesyuarat diadakan beberapa kali di peringkat sekolah mahupun di peringkat PPD.. kawe ditugaskan oleh Guru Besar menyiapkan soalan hafazan tersebut... Muka depan Soalan Hafazan yang kawe buat.. (tp tidak digunakan semasa pertandingan krn pihak pejabat telah menyediakan plok.) nie name tag kami Mengikut tentatif yang diedarkan kepada AJK..Hafazan untuk murid Prasekolah akan dijalankan pada 24 Jun 2009... jam 8pg. Pada pagi tersebut kawe kena jadi Hakim gak... tapi kawe hakim yang tak beri markah! jadi Hakim Fatih Munabbih... bersama dgn kawe masa tu yang jadi Hakim antaranya : Ustaz Abdul Rahman SMK DPAH Abd. Gapor, Stampin Ustaz Hassan Basri SMK Teknik Sejingkat Ustaz Hisyam Shukri SK Gita Baris

Tak Ke BOHONG / TIPU namanya tu!!

Satu Pembohongan!!!! Cuba tengok bahagian e : apa yang diaorang tulis & yang bawwah sekali.. Jika diaorang yang tidak cukup syarat tu boleh pindah boleh report kat SPRM tak??? Rabu, 2009 Jun 17 Penjelasan dasar pertukaran guru antara negeri KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Maziah Izifah, Mersing, Johor bertajuk 'Guru tiada kabel susah mohon pertukaran' disiarkan ruangan ini, 6 Jun lalu. Berikut ialah Dasar Pengurusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran: Berdasarkan keperluan ABM perjawatan diluluskan bagi tahun berkenaan Keperluan perkhidmatan Kekosongan jawatan semasa di negeri dan sekolah dipohon. Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon. Asas Pertimbangan lain: a. Keperluan perkhidmatan berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen. b. Ancaman keselamatan (mesti sertakan bersama dengan laporan polis). � Ugutan atau ancaman bunuh ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak

Ramadhan Dijangka 22 Ogos 2009

Ramadhan Yang Dinanti Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September . Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak. ''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 p

Vaksin ACYW135 mengandungi enzim babi?

Berita Terkini KKM sahkan ACYW135 halal KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, pelalian itu adalah untuk mencegah jangkitan meningococcal meningitis. "Ia diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa haji dan umrah,'' katanya. Mohd. Ismail seterusnya menambah, suntikan vaksin itu boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan secara percuma untuk jemaah haji melalui temu janji dan ia hanya perlu diberikan sekali dalam setiap tiga tahun. Kenyataannya itu dikeluarkan ekoran laporan akhbar Batam Pos baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara tersebut kerana mengandungi enzim babi. Ia k

Daulat Tuanku

6 Jun 2009 Daulat Tuanku

Selamat Pengantin Baru 2009

الســـــــلام عليكم Buat Sahabat Seperjuangan Ustaz Shafrizan Pahang (Keratong) mengajar di SK Semenggok, Sarawak ... Kendurei yang di adakan di Kg Hujung Galok, Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Rumah Pengantin Perempuan... Begitu juga tidak lupa pada kekawan yang lain yang mendirikan "Rumahtangga"... Selamat Pengantin Baru

Makluman Terkini (Sahabat d Kuching, S'wak)

الســــــــــــــــــلام عليكم ......... Makluman terkini 25hb Mei 2009, sahabat2 seperjuangan le katakan.... Sila rujuk website : bukannya website e-GTukar tau.. pasal 25hb Mei ni gak tarikh keramat le.... hihiihi :) semua dah maklum... yang ana nak khabaq kat kekawan, sila rujuk website Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Pendidikan Kuching untuk makluman terkini dan mutakhir abad ini :) ... dah tahu semuakan website tu.. jika tak tahu @ tak ingat, kat tepi blog ana ada sebelah kiri, kat bahagian "Surf it......" atau boleh click dengan taip http://www.upimppgk.com kat info semasa ada makluman tersebut dan sahabat boleh download apa yang patut.. ini makluman mengenai e-Pelaporan Jun 2009, soalan2 dan juga bila ianya dikumpulkan.... sekian untuk makluman dan kebaikan bersama.............

2011 : j-QAF di Sek. Men.

Makluman terkini... Kawe petiknya dari blog " kalammurabbi " Ini apa yang kalammurabbi catat di blognya : " Semalam (18 Mei 2009), saya mengikuti Mesyuarat Pembinaan Instrumen Pertandingan Bilik j-QAF Negeri Selangor anjuran JPS. Dalam mesyuarat tersebut, dimaklumkan juga bahawa pada tahun 2011, pelaksanaan j-QAF akan diperluaskan ke SMK. Justeru, semua kohort 2005 dan 2006 berkemungkinan sama ada diWAJIBKAN atau PILIHAN, akan ditempatkan semula ke SMK bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Pendidikan Islam j-QAF di sana. Kepada sahabat-sahabat kohort 2005 dan 2006, bersedia lah untuk ke alam menengah pada tahun 2011 nanti. Selain itu, kami dimaklumkan juga bahawa proses pengambilan j-QAF dan KPLI pada bulan Jun (Khas) telah pun selesai. Kemasukan ke sekolah dan maktab terpilih adalah pada pertengahan Jun nanti, atau awal Julai. Manakala pengambilan KPLI dan j-QAF untuk Ambilan Januari 2010 pula, permohonan akan dibuka pada September 2009 nanti. Jangan terlepas peluang pu