Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Guru

Kem 1 Malaysia PPD Kuching

Berikut Jadual Perkhemahan Kem 1 Malaysia Sekolah Rendah Anjuran PPD Kuching Sarawak

Berita : UPSR???

UPSR tidak relevan? Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my APABILA ada pihak mahu memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ia seperti sesuatu yang tidak kena kepada sistem peperiksaan itu. Jika sebelum ini, UPSR menjadi kayu pengukur kepada pemilihan murid ke sekolah asrama penuh, apakah ia masih relevan untuk murid sekolah rendah?Ada mendakwa UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan murid lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh. Bagaimanapun, ini dikatakan tidak membantu menentukan tahap sebenar akademik murid. Ujian penilaian itu tidak menggalakkan murid mengambil berat mendalami subjek lain seperti Sejarah dan Pendidikan Islam kerana subjek itu tidak menjadi syarat lulus dalam ujian berkenaan. Walaupun kerajaan belum bercadang memansuhkan peperiksaan itu, tetapi ia memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan bagi mengelak ia dianggap tidak relevan. Tokoh Guru Negeri Perlis 2009, Kamarudin Che Kassi...

Berita : Bumbung Sekolah Runtuh!!

Oleh UMAVATHI RAMAYAH uma.ramayah@utusan.com.my Beberapa pekerja kontraktor giat melakukan kerja-kerja pembersihan apabila bumbung anjung Sekolah Menengah Putra Perdana, Puchong dekat Kuala Lumpur runtuh awal pagi semalam. KUALA LUMPUR 18 Julai - Runtuh atau dirobohkan? Persoalan itu timbul selepas bumbung anjung bangunan Sekolah Menengah Putra Perdana di Puchong dekat sini, runtuh awal pagi ini. Runtuhan kira-kira pukul 1.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kekuda yang menyokong bumbung anjung bangunan itu tidak seimbang menyebabkan sebahagian daripadanya runtuh. Bagaimanapun, struktur bangunan pejabat yang bersambung dengan anjung sekolah termasuk dinding dan lantai tidak mengalami sebarang kerosakan. Kejadian berlaku di luar waktu persekolahan menyebabkan tiada yang tercedera. Sekolah itu baru dibuka pada 15 Jun lalu pada peringkat permulaannya hanya menempatkan pelajar tingkatan satu dan dua. Salah seorang pengawal keselamatan, N. Vasudevan, 60, berkata, ketika kejad...

Berita : PPSMI satu kesilapan

Petikan akhbar dari UTUSAN MALAYSIA Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini. Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu. Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum. “PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melay...

Akhbar : Guru Berpolitik???

Tokoh pendidik, PIBGN sokong guru berpolitik KUALA LUMPUR 15 Julai - Pelbagai pihak hari ini menyambut baik keputusan kerajaan untuk menimbang kemungkinan membenarkan semula guru-guru aktif berpolitik. Persetujuan itu bagaimanapun disertakan syarat iaitu para guru perlu tahu membezakan antara tugasan politik dengan tanggungjawab mendidik anak-anak di sekolah. Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berpendapat, tiada salahnya para guru dibenarkan aktif berpolitik kerana profesion perguruan sememangnya sinonim dengan gerakan nasionalisme sejak dahulu lagi. Menurutnya, kebolehan guru selaku golongan terpelajar untuk membezakan perkara baik dan buruk seharusnya memberi kelebihan untuk mereka terbabit di dalam kancah politik negara. "Tiada salahnya guru aktif dalam politik. Cuma mereka perlu berusaha menjadi profesional tulen yang tahu memisahkan antara tugas politik dengan perguruan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Beliau mengulas kenyataan Timbal...

Berita : Murid ditampar Ustaz!!

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bharian.com.my Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu. Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya. Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah. "Kejadian itu turut disak...

PPSMI : Agenda seterusnya....

Kaedah memantapkan Bahasa Inggeris 1. Tambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933 termasuk 1,000 guru luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Ketika ini ada 31,893 orang di sekolah seluruh negara. Kementerian juga akan menyediakan guru penolong BI gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di tahun satu dan dua untuk meningkatkan waktu hubungan antara guru dan murid. 2. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Sekolah Kebangsaan tahap satu ditambah 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu, manakala bagi tahap dua ditambah 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu. 3. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi tahap satu ditambah 100 peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu, manakala bagi tahap dua ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit semin...

Sabah & Sarawak: 1,300 murid dipindah siling sekolah runtuh

KOTA KINABALU: Seramai 1,300 murid Sekolah Kebangsaan Sembulan di sini, terpaksa dipindahkan selepas siling tingkat satu dua blok utama sekolah berkenaan runtuh manakala lantainya terkopak, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, guru dan murid Tahun Empat, Lima dan Enam terkejut apabila siling di kebanyakan tingkat satu dua blok bangunan tiga tingkat itu jatuh, manakala lantainya pula terkopak, menyebabkan guru dan murid bergegas keluar dari bilik darjah. Dua blok berkenaan menempatkan 17 kelas murid Tahun Empat, Lima dan Enam yang bersekolah sesi pagi manakala murid Tahun Satu, Dua dan Tiga ditempatkan di 15 kelas sesi petang. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Usaha wakil Berita Harian meninjau keadaan berkenaan bagaimanapun dihalang pengawal keselamatan yang mendakwa menerima arahan pihak pengurusan sekolah supaya tidak membenarkan wakil media memasuki premis terbabit. Tinjauan dari luar sekolah itu mendapati, murid ditempatkan di dewan terbuk...

Pegawai Kem. Pelajaran M'sia Hari Ini!!

Realiti hari ini, apabila orang pejabat samada dari PPD (pej pelajaran daerah) ke, JPN (jab. pelajaran negeri) ke, KPM (kem. pelajaran malaysia) ke.... sama aje ;) Kerap kali apabila mereka pemantau ini datang ke sekolah, apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan keselamatan. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail itu akan dilabel dengan panggilan biasa, 'tak buat kerja'. Soalnya, adakah itu tugas guru? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka? Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terabai? Bukan apa, semua fail itu sulit dan tidak pernah dilihat murid. Jadi, bagaimanakah fail itu akan membantu murid ...

PPSMI : Prestasi murd merosot!!!

Sumber : KOSMO

PPSMI : Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing. Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012. "Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012. "Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran hari ini. Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan ...

PPSMI : Rentetan Pelaksanaan

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad. Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda ke...

PPSMI : Adakah dikafankan??

Di seluruh pelusuk negara, rakyat membantah pelaksanaan PPSMI kerana dikatakan meng'anaktiri'kan bahasa ibunda kita. Setelah hampir 7 tahun pelaksanaan nyer..... segala penentangan dan bantahan terhadap nyer..... kerajaan UBN hanya mengambil sikap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... dan terus mempertahan dasar ini. PPSMI juga merupakan salah satu faktor yang dimanipulasikan oleh pihak pembangkang untuk meraih sokongan rakyat supaya menolak UBN. Dan.... tercatat ler sejarah baru di negara kita, apabila UBN lingkup di 5 buah negeri dalam PRU12 dan kalah berturut-turut kali dalam setiap PRK yang diadakan...... Ternyata isu PPSMI menjadi salah satu senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menewaskan UBN. Tapi kali ini.... setelah sekian lama UBN mempertahankan tind akan mereka memperkenalkan PPSMI, apakah mereka akan mengalah dan melepaskan nyer??? Ya.... apakah mereka sudah bersedia untuk membuat U-turn dan memansuhkan PPSMI??? Najib mungkin sudah amat terdesak sekarang ini. S...

PPSMI : Apa keputusan Kerajaan Rabu 8 July

Dalam semua orang sibuk berkempen untuk PRK manik urai... kita mungkin dah terlupa dengan isu PPSMI yang akan "tutup buku" tak lama lagi. sebentar tadi motorcabok dapat tahu esok akan diadakan sidang akhbar pelaksanaan PPSMI oleh menteri pelajaran. ada diwar2lan oleh TV3. motorcabok memang dah agak... pengumuman PPSMI akan dibuat sekitar kempen PRK manik urai. hampa tengok posting yang motorcabok buat dulu. betoi rupanya... al kisahnya... esok (Rabu:8 July 2009) PPSMI akan tutup buku. maka... mungkinkah juga perjuangan kita menuntut pemansuhan PPSMI sudah tamat. atau... akan ada lagi putar belit kerajaan biru karat terhadap pelaksanaannya yang perlu kita tuntut sekali lagi?. ramai orang berpendapat kenyataan yang akan dibuat esok akan melegakan banyak pihak. antaranya... penggunaan bahasa inggeris untuk sains dan matematik yang akan menggunakan semula bahasa ibuanda masing-masing. emmmm... yang menjadi tanda tanya... adakah melibatkan semua peringkat? atau... hanya untuk sek...

Laporan Data Pelaksanaan j-QAF 2009/Bukan J-QAF

1) Mesyuarat (Taklimat) Laporan Data PPD Kuching - 23 Jun 2009 2) Mesyuarat (Taklimat) Laporan Data PPD Padawan & Bau - 24 Jun 2009 3) Mesyuarat (Taklimat) Laporan Data PPD Lundu - 25 Jun 2009 * Rumusan / Kemaskini Data Bahagian Kuching / Padawan - 30 Jun 2009 - Kuching : PPD Kuching - Padawan : PPD Padawan Untuk sahabat-sahabat di Kuching, Padawan, Bau... ( Lundu - Cemerlang, SK yang j-QAF Lundu dah siap hantar pada 25 Jun 2009 lagi, tahniah) sila rujuk http://www.upimppgk.com untuk maklumat terkini. atau emailkan di email yang berikut : - wanrushdi@upimppgk.com - mohdzahar@upimppgk.com - amir@upimppgk.com - badie@upimppgk.com - ishak@upimppgk.com

Panduan Eksport-Import e-Pelaporan 2009 Ver. 9

Panduan untuk sahabat-sahabat di Kuching khasnya, mahupun Malaysia amnya... sedikit panduan yang akh badie buat.. semoga dapat membantu semasa proses eksport-import utk e-Pelaporan j-QAF 2009 V. 9... ada masalah sila hubungi email yang ada kat panduan tersebut... Selamat mencuba... :)

Negara Kekurangan GURU!!

BAGI memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk. Namun, persoalannya, adakah benar kita masih mengalami kekurangan guru walaupun setiap tahun, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG) melakukan pengambilan baru. Apatah lagi, kerjaya sebagai pendidik memang popular di negara ini. Justeru, ke mana hilangnya bakal guru yang ditawarkan mengikuti program pendidikan IPTA dan IPG itu? Adakah mereka berkemungkinan 'kecundang' sebelum layak untuk menjadi pendidik? Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa, berkata sememangnya negara masih mengalami...

Karnival Prasekolah Peringkat ZON 1 (Sarawak)

23 - 25 JUN 2009 Hotel Santubong Resort, Kuching Kawe dan beberapa orang sahabat dari sekolah terlibat dengan karnival ini. Sekolah kawe di minta oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching mengendalikan Pertandingan Hafazan untuk murid Prasekolah. Suasana di dewan (Venue Pertandingan) Maka setelah mesyuarat diadakan beberapa kali di peringkat sekolah mahupun di peringkat PPD.. kawe ditugaskan oleh Guru Besar menyiapkan soalan hafazan tersebut... Muka depan Soalan Hafazan yang kawe buat.. (tp tidak digunakan semasa pertandingan krn pihak pejabat telah menyediakan plok.) nie name tag kami Mengikut tentatif yang diedarkan kepada AJK..Hafazan untuk murid Prasekolah akan dijalankan pada 24 Jun 2009... jam 8pg. Pada pagi tersebut kawe kena jadi Hakim gak... tapi kawe hakim yang tak beri markah! jadi Hakim Fatih Munabbih... bersama dgn kawe masa tu yang jadi Hakim antaranya : Ustaz Abdul Rahman SMK DPAH Abd. Gapor, Stampin Ustaz Hassan Basri SMK Teknik Sejingkat Ustaz Hisyam Shukri SK Gita Baris...

Artikel : Wajib lulus BI sekat potensi pelajar

CADANGAN Kementerian Pelajaran untuk menjadikan syarat lulus Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewajarnya difikirkan dengan mendalam. Perkara ini penting kerana kesan daripada pelaksanaan itu akan menyebabkan kesulitan yang teramat sangat kepada anak-anak bagi menyambung pelajaran pada peringkat lebih tinggi. Penulis berpendapat proses memperoleh ilmu dan menguasai ilmu tidak perlu terlalu rigid, disukarkan atau disusahkan. Walaupun polisi kementerian atau kerajaan bertujuan untuk memastikan warga Malaysia menjadi insan yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan serba boleh, ia perlu dibuat dengan penuh berhemah dan bijak sana. Dalam dunia pendidikan moden, cara manusia membina maklumat adalah pelbagai. Apabila syarat lulus Bahasa Inggeris ditetapkan, akan menyebabkan peluang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat sijil lanjutan, diploma dan ijazah akan terhalang. Saya berpendapat bahasa Inggeris tidak wajar dijadikan 'autoriti' yang...

Tak Ke BOHONG / TIPU namanya tu!!

Satu Pembohongan!!!! Cuba tengok bahagian e : apa yang diaorang tulis & yang bawwah sekali.. Jika diaorang yang tidak cukup syarat tu boleh pindah boleh report kat SPRM tak??? Rabu, 2009 Jun 17 Penjelasan dasar pertukaran guru antara negeri KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Maziah Izifah, Mersing, Johor bertajuk 'Guru tiada kabel susah mohon pertukaran' disiarkan ruangan ini, 6 Jun lalu. Berikut ialah Dasar Pengurusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran: Berdasarkan keperluan ABM perjawatan diluluskan bagi tahun berkenaan Keperluan perkhidmatan Kekosongan jawatan semasa di negeri dan sekolah dipohon. Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon. Asas Pertimbangan lain: a. Keperluan perkhidmatan berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen. b. Ancaman keselamatan (mesti sertakan bersama dengan laporan polis). � Ugutan atau ancaman bunuh ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak...