- Get link
- X
- Other Apps
PUTRAJAYA 24 Nov. - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara. Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah. ''Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai. ''Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengamb...