Skip to main content

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan..
nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu.
sape2 yang lalu kena bayar tol.
biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen..
patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!!

Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu?

Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu..
PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka..

Benarkah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat..

Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan buat bantahan... kalau kereta tu munasabah laah nak baham duit.. ni tidak motorsikal pun kena TOL!! jika ada sesaper nak buat bantahan.. kawe sanggup.. dok depan lagii... dah 5 tahun bersabar kena bayar tol kat ZECON.. padahal naik motorsikal je....

Berbalik pada kenyataan akbar tu..padahal sekolah dalam bandar yang terkenal dengan Bandaraya Kuching pun entah kemana... bila lagi la kerajaan hendak mempertingkatkan... infrastruktur bangunan sekolah tu sudah jauh ketinggalam zaman.. langsung tidak mencerminkan negara kita sudah 52 tahun merdeka... sebab apa tidak dibangunkan??? kenapa tidak dibangunkan?? apakah pembangunan sekolah tersebut tidak menguntungkan kerajaan?? atau sebaliknya....


keratan akhbar

INFRASTRUKTUR SEKOLAH LUAR BANDAR SARAWAK DIPERTINGKAT

KUCHING: Kerajaan Pusat akan terus komited untuk meningkatkan tahap infrastruktur sekolah luar bandar di Sarawak bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan telah membelanjakan RM1.4 bilion untuk membiayai projek pembangunan pendidikan Sarawak.

Ini katanya, menjadikan Sarawak antara negeri tertinggi mendapat pembiayaan projek pembangunan pendidikan di negara ini.

"Kerajaan Pusat telah berusaha memastikan semua sekolah luar bandar di Sarawak mendapat bekalan elektrik dalam RMK-9 apabila 37 sekolah dibekalkan dengan janakuasa elektrik 24 jam dan 62 sekolah mendapat bekalan elektrik melalui sambungan awam iaitu dari pihak yang menyediakan bekalan elektrik," katanya sambil menambah pada hari ini seluruh sekolah di Sarawak mendapat kemudahan bekalan elektrik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah pembinaan blok bangunan baru SMK Kuching High bernilai RM6.4 juta di sini, semalam.

Mengenai SMK Kuching High, Muhyiddin berkata, sekolah berkenaan membuktikan kejayaan sistem pendidikan kebangsaan walaupun sejarah sekolah itu bermula sebagai sekolah persendirian Cina.

Beliau berkata, SMK Kuching High adalah sekolah yang pada asalnya sekolah persendirian Cina yang bersetuju mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan mengguna pakai kurikulum kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

"Dengan menyertai sistem pendidikan kebangsaan, sekolah ini mendapat banyak manfaat dari segi bantuan yang diberikan kerajaan untuk pembangunan akademik dan kurikulum," katanya.

Selain peruntukan RM1.5 juta yang diberikan semalam, Kementerian Pelajaran juga memberi jaminan akan membantu menambah peruntukan pembinaan blok berkenaan berdasarkan kaedah geran sepadan bagi membantu pihak pengurusan sekolah yang kini kekurangan RM2.1 juta.

Berita Harian Online: 7 Oktober 2009


Comments

  1. ye ke tu masih ada lagi bangunan sekolah macam tu kat bandaraya kuching... teruk gak pemerintah negeri swak... tak tahu keperluan rakyat ke? mana pergi istilah rakyat didahulukan... pendidikan kondusif utk rakyat pun terabai, jika kat semenanjung.. mana laa nak cari bangunan macam tu.. sekali tengok macam kandang kambing aje....

    ReplyDelete
  2. begitulah hakikat apabila pemerintah mementing setiap sesuatu tu masuk poketnya... nak buat, tengok dulu dapat masuk poket ke tidak? padahal cikgu sekolah tu selalu kena keluarkan dari poket buat bayar tol nak pi ngajar anak bangsa Sarawak, bagi ilmu yang berguna utk bangsa sarawak.. yng naik motorsikal pun kena bayar tol.. dalam dunia ni, sarawak aje yang kenakan tol untuk pengguna motorsikal.. Nang hebat!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN, COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL.. dan jika tak ada logo HALAL.. tidak disahkan HALAL.. bacalah artikel di bawah......Gambaran Spirulina yang diternak

INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA!

Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR.

Pelbagai Kajian oleh ramai saintis …

Berita : Ramai minta taraf warganegara Malaysia!!

32,397 permohonan taraf warganegara akan selesai sebelum Disember - Hishammuddin
PUTRAJAYA: Sebanyak 32,927 permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak dari Januari 2009 akan diproses sebelum penghujung tahun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut termasuk dalam agenda Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementeriannya bagi memastikan kes-kes tertunggak tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Tidak mudah untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak dengan cepat kerana setiap permohonan perlu diteliti dan disemak terlebih dahulu.
“Dengan kakitangan yang ramai diharapkan permohonan yang baru juga akan diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Ucapan Tahniah dan Surat Kelulusan Taraf Kewarganegaraan kepada 92 penerima di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.
Menurut Hishammuddin, terdapat dua lagi agenda yang terdapat dalam KPI kementeriannya iaitu menyelesaikan kes pendaftaran lewat sijil kelahiran yang b…