Skip to main content

PTK :) Ok Tak?






الســـــــــــــلام عليكم

Apa Khabar? How about PTK? Bertanya khabar? kawan-kawan semua ok tak jawab? Yang ini Mac 2009, saya duduki PTK kali ke 2. Saya mendudukinya di Semenanjung, kat kg... Susah gak jadi calon menumpang nie.... Mula-mula PPD maklumkan kena duduki PTK di SMKSN TG101...

Sampai aje kat sekolah tersebut, Ketua Pengawas Peperiksaan bagitahu saya tak boleh duduki kerana saya tidak maklumkan pada dia... Pening kejap, padahal saya dah fax dan hantar slip PTK pada PPD tu 3 minggu sebelum exam... Saya pun call PPD, kemudian diizinkan menduduki PTK di SMKSN... itu utk Ujian Kertas UMUM jam 9pg...

Kemudia cerita keduanya.. jeng... jeng... Jam 10.45pg, saya pun masuk dewan untuk kertas KHUSUS bermula jam 11pg.. Duduk aje, pengawas pun datang utk ambil kehadiran.. lalu saya maklumkan saya ambil paper kod 27... terkejut plak pengawas tu, katanya kertas ni tak ada kat sini.... terkejut sakan la saya... alamak! macammana nie... Lalu Ketua Pengawas minta saya pi ke sekolah lain pulak... iaitu SMKTM.... nasib baik saya ambil kat Kg.. jika ambil kat KL.. jawapannya jenuh la mencari kedudukan sekolah... nih kat kg, tahu la mana kedudukan sekolah tu.. saya pun buatlah pecutan ke sekolah SMKTM... Jam dah 10.55pg... terus saya ke Dewan SMKTM.... jumpa dengan Ketua Pengawas.. Calon lain dah duduk di tempat masing2 dan dok tengok ke saya plak... jawapannya sama kepada saya.... Kertas tu tak ada jugak kat SMKTM... tidak ada calon yang ambil paper khusus kod 27 tu....

Kemudian saya tanya la Ketua Pengawas tu, kat mana saya boleh duduki PTK yang sekolah ada kertas Khusus kod 27? dia bgtahu cuba (ayat "cuba" belum pasti la ada ke tidak?) pergi ke SMKNS plok.... sekali lg satu buat pecutan la... lampu MERAH pun saya langgar.. kerana jam dah 11.05pg..

Sampai kat dewan SMKNS TG202, saya pun pi jumpa Pengawas Peperiksaan yang sedang mengawasi... Lalu saya dibagitahu olehnya, kertas kod 27 tu ada.... الحمدلله lega saya rasa... Akan tetapi dia bgtahu plak yang kertas Objektif Jawapan tidak cukup... Tak lega gak saya selepas tu, saya pun tanya macamana cikgu? boleh tak saya duduki exam kertas ni? pengawas tu pun kata pergi jawab dulu kat kertas soalan tu, dia akan usahakan kertas jawapan... الحمدلله , syukurlah ada yang sudi membantu.. Allah permudahkan urusan saya hari ini... syukur.... Saya pun jawablah dalam kertas soalan dahulu... masa saya mudah jawab kertas tu, jam dah 11.25pg... kemudian jam 11.35pg, cikgu yang jaga exam tu pun datang bg kertas jawapan pada saya... Barulah saya betul2 lega... saya jawab aje sampai habis soalan tu.. tepat jam 12tgh, exam tamat... saya ucapkan terima kasih pada Pengawas yang banyak membantu td.. tak sempat nak pi ucap terima kasih pada Ketua Pengawas kerana masa tu dia nampak sibuk aje...

Akhir Kalam, saya ingin rakamkan Jutaan TERIMA KASIH pada semua pengawas peperiksaan di SMKSN, SMKTM & SMKNS terutama CN Adli (Ketua Pengawas di SMKSN) dan juga Cikgu X (Pengawas di SMK Nasaruddin Shah TG202)... tak lupa gak Terima Kasih pada Kak Pah dan Kak Ani (jk x silap) di PPD Besut.. banyak membantu saya.... semoga Allah membalas jasa kalian semua...

TERIMA KASIH.....

aMieyR's

Comments

  1. Banyak dugaan demo tu...mana tahu keputusan demo nanti demo dpt 8...berdoa aja...bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. sabar aja la...

    ReplyDelete
  2. Insya Allah... mudah-mudahan, berkat doa sahabat-sahabat semua. ana pun doakan semoga kita semua berjaya... di Dunia mahupun di Akhirat... Syukran.... betul tu bersusah2 dahulu, bersenang3 kemudian....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...