Skip to main content

makluman.......


Sabtu, 2009 April 11



Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my

Masalah langgar tatatertib perlu ditangani elak jadi barah

KUCHING: Tindakan turun pangkat atau buang kerja boleh diambil terhadap Guru Besar dan Pengetua yang didapati sengaja menyembunyikan perbuatan guru mereka yang sentiasa gagal menyedia dan melengkapkan buku rancangan mengajar atau buku rekod mengajar setiap hari.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Dr Julaihi Bujang, mengarah semua Guru Besar dan Pengetua di negeri ini agar menangani masalah itu segera dengan bijak, sebelum menjadi barah.

Beliau berkata, menurut satu laporan Jemaah Nazir Sekolah negeri ini, baru-baru ini, ada beberapa guru didapati tidak melengkapkan buku rancangan mengajar ketika diperiksa, bagaimana pun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Katanya, perbuatan guru terbabit sebenarnya melanggar Akta Pendidikan Negara berikutan setiap guru mesti mempunyai buku rekod persediaan mengajar kerana ia adalah dokumen rasmi.

"Sekiranya ada Guru Besar dan Pengetua yang didapati sengaja menyembunyikan perbuatan guru mereka yang sentiasa gagal menyedia dan melengkapkan buku rancangan mengajar, tindakan turun pangkat atau buang kerja boleh diambil".
"Setakat ini, belum ada Guru Besar dan Pengetua di negeri ini yang diambil tindakan sedemikian dan saya sendiri akan memantau masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN Sarawak, 2008, di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Batu Lintang, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah IPGM Kampus Batu Lintang, Abdillah Adam dan Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti Abdul Rahman Bolhassan.

Julaihi berkata beliau sendiri juga boleh diambil tindakan turun pangkat atau buang kerja oleh Ketua Setiausaha Negara sekiranya tidak mengambil tindakan tatatertib Guru Besar dan Pengetua terbabit.
Beliau berkata Guru Besar dan Pengetua mempunyai kuasa mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana guru di bawah seliaan mereka yang sentiasa gagal menyedia dan melengkapkan buku rancangan mengajar mereka setiap hari.
Katanya, guru terbabit boleh diambil tindakan tatatertib bermula dengan amaran dan sekiranya guru berkenaan terus gagal setelah beberapa nasihat dan amaran diberikan, Guru Besar dan Pengetua boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin JPN untuk tindakan tataterib.

"Sekiranya guru terbukti bersalah, tindakan turun pangkat atau buang kerja boleh diambil terhadapnya," kata beliau.

Terdahulu Julaihi berkata pengiktirafan kepada 69 penerima itu diberikan berasaskan kepada kualiti dan kelebihan tertentu berbanding dengan pegawai lain.

Beliau berkata harapan kerajaan dan jabatannya semua penerima yang terpilih menghargai kepercayaan yang diberikan untuk terus berkhidmatan dengan cemerlang serta boleh membawa perubahan positif dalam perkhidmatan awam.

Katanya, kecemerlangan itu tidak hanya ada pada pegawai-pegawai yang terpilih sahaja, tetapi juga pegawai-pegawai lain yang menyumbang kepada kecemerlangan mereka.

"Ini kerana kita bekerja sebagai satu pasukan dan tiada kecemerlangan sekiranya kita bekerja bersendirian.

"Falsafah di sebalik penganugerah ini ialah penerima diakui sebagai model dan kecemerlangan ini perlu dikekalkan dan diteruskan bagi membuktikan pemilihan mereka adalah tepat," katanya.
Dipetik dari Berita Harian Online: 11 April 2009



aNGaH's

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...