Skip to main content

Tahniah, Menteri Saravanan..



Sebelum tu, TAHNIAH kawe ucapkan... Amat2 berterima kasih di atas SportCheck yang tidak disengajakan tu... hihihi... Jika orang biasa, hampeh laaa nak di war-war kan....

ini kerana pernah terjadi kepada kawe pada Januari 2009.. semasa mendapat rawatan di HOSPITAL UMUM SARAWAK.. masa tu seingat saya jam 12.45 pagi.. saya ke Hospital Unit Kecemasan.. masa tu perut saya teramat-amat sakit... saya menunggu hampir 4 jam untuk berjumpa doktor yang bertugas semasa tu.. padahal pesakit tak ramai.. yang menunggu bersama saya masa tu pun ramai yang dah balik, lari balik.. tak tahan menunggu doktor..

tapi saya apakan daya... perut sakit sangat, tak tertahan sakit.. terpaksalah saya menunggu sampai 4 jam untuk berjumpa dengan doktor... ntah la, Tak ada guna letak signboard UNIT KECEMASAN...
Ok dah le...... :)

Berkenaan dengan Cuepacs pulak... kenapa perlu melahirkan rasa "kesal mendalam" .... ok la tu, ada pemantauan.. kenapa Cuepacs nie? aduhai, macam tu plak... Ramai lagi penjawat awam yang dok buat keja... pi check plak kat Pejabat-pejabat.. baru boleh tengok.. terutama mana-mana yang dapat ISO tu.... tak padan dengan dapat ISO...

Berita selanjutnya...

Kesatuan sekerja Cuepacs hari ini melahirkan rasa "kesal mendalam" terhadap cara timbalan menteri Wilayah Persekutuan menangani kes dua doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang "culas" bertugas.

Datuk M Saravanan sepatutnya lebih berhati-hati dan diplomasi, dan tidak menghebohkannya di akhbar, kata setiausaha agung kesatuan itu, Ahmad Shah Md Zin.

"Memang sebagai seorang ahli politik, beliau meraih beberapa poin, tapi siapa yang teraniaya?" katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kejadian semalam di unit kecemasan HKL apabila Saravanan "mengesan" seorang doktor sedang membaca akhbar dan seorang lagi membuat kerja sendiri ketika ramai pesakit menunggu di luar.

Ahmad Shah berkata walaupun Cuepacs tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.

Ahmad Shah berkata sebagai tanda beradab, Saravanan boleh membawa perkara itu kepada pengarah hospital dan menteri kesihatan daripada menghebohkannya kepada media dan seluruh dunia.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata bukan saja doktor malah seluruh kakitangan awam "amat tersinggung" dengan apa yang dilakukan Saravanan.

Tambahnya, para doktor terutama mereka di unit kecemasan hospital di seluruh negara amat tertekan dan bekerja bagi tempoh yang lama melayani bilangan pesakit yang ramai.

Purata para doktor ini mengendali kira-kira 70-100 kes sehari dan majoriti menjalankan kerja dengan baik memberikan khidmat cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kendalaan.

Ahmad berkata publisiti negatif menjejas teruk semangat bukan saja doktor malah semua kakitangan awam.

"Kami harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil perhatian tentang ini dan menasihatkan menteri- menterinya agar tidak bertindak melampaui batas," katanya seperti dilaporkan.

Beliau memberi jaminan bahawa Cuepacs sentiasa terbuka untuk menegur kakitangan awam yang gemar ponteng dan ia akan sentiasa bekerjasama dengan ketua-ketua jabatan untuk mendisplin kakitangan seperti itu.



aNGaH's

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...