Skip to main content

Apa nak jadi dgn Sarawak (*$&**@^#*!@#)

Sila Baca Kenyataan Berita di bawah yang kawe petik di http://siasahdaily.com/v2/?p=619

Cuba
Warga Pendidik fikir... Terutama Orang-orang kat Pejabat Pelajaran ikutlah yang Bahagian Akademik biasa ke? Bahagian Pendidikan Islam ke atau mana2 Bahagian, Jangan Pi Sekolah Dok Hentam Cikgu mahupun Ustaz/Ustazah disebabkan bebudak Gagal Dlm Pelajaran.. Tak Pandai Baca al-Quran ke/ Tak pandai Solat ke? / Tak minat mengaji ke/ Murid Tak Tertarik Apa yang cikgu/Ustaz/Ustazah mengajar ke? / Tak Mahu Pakai Tudung ke... atau apa2 sekalipun..............

Macamnana nak itu semua jika
ORANG JUARA MENYANYI DIUTAMAKAN OLEH PEMERINTAH.... DIPUJI OLEH PEMBESAR... DIANGKAT DIJUNJUNG DIJULANG ATAU DI..... DI........... DI..................... & Nak buat pusat pelancongan SEPERTI HAWAII.... tidak ke ngok namanya................ dah lah makanan tu, beli je kat mana2 terutama ayam, tak check dah ambil tahu sape yang sembelih... kedai Cina yang bukan Berugama Islam pun dok makan dan minum... siap puji lagi best masakan... aduhaiii... apatah lagi bab sembahyang.. dok kat sekolah... tengok2 dah perhatikan mana ada dan jarang benar yang naik solat.....

Hatta Ustaz yang Orang
SARAWAKIAN tak pernah nangga (tengok) solat Zuhor.. Ajar budak solat tapi dia tak solat.... pasal masuk sekolah waktu petang jam 12.30tgh... Biar satu MALAYSIA tahu... kan kita sekarang 1 Malaysia... (ambil perkataan ini " SARAWAKIAN" dari IMIGRESEN bertugas kat airport Kuching.. Orang semenanjung yang masuk Sarawak kena beratur panjang,.. tapi puak2 nieh yang dok rettttttiii bassssssoooo ni, dipanggil2 SARAWAKIAN lalu sitok "sik mboh beratur")

Ok nieh berita nya....


Nih lah perosak masyarakat bila dah dijadikan IDOLA!!!!
Makin lalai & hanyut la bebudak Sarawakian..

Apa nak jadi dengan KM Sarawak dan Timbalannya

Apa nak jadi dengan pemimpin Sarawak minggu ini. Selepas kenyataan Ketua Menteri Sarawak beberapa hari lalu yang bangga dengan kejayaan penyanyi realiti TV (realiti atau fantasi?), kini Timbalannya pula Abang Johari Abang Openg yang juga Menteri Perumahan mahu mengHAWAIIkan Miri atas alasan untuk pelancongan. alahai…. mungkinkah ini berkaitan dengan kemerosotan ekonomi Sarawak? Kalau ya pun, janganlah mengagung2kan negara lain apalagi Hawai yang terkenal dengan syurga maksiat di dunia. Apa, tak de ke pantai di Malaysia ini yang boleh diungkapkan sehingga terpacul dimulut beliau berkenaan Pantai Maksiat itu?

KM Sarawak Bangga dengan Penyanyi Pentas Sia2

Juara Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz yang baru pulang ke Bumi Kenyalang semalam menerima perutusan amanat daripada Ketua Menteri Taib Mahmud.

INSPIRASI SARAWAK: Hafiz menyampaikan sepatah dua kata kepada peminatnya selepas bergelar juara AF7.

Amanat yang dibacakan oleh Hafiz itu sendiri berbunyi, Taib dan semua warga seluruh Sarawak berasa bangga dengan pencapaian dan kecemerlangan Hafiz dan berharap ia akan menjadi satu inspirasi kepada mereka yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita murni.

Tambah beliau, kejayaan Hafiz itu menggambarkan hasrat murni anak-anak generasi muda Sarawak yang ingin berjaya.

“Dengan kesempatan ini, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd, Pengetua AF, tenaga pengajar dan semua krew penerbitan yang terlibat dalam menghasilkan dan membimbing Hafiz selama dalam akademi,” ujar Taib.

Beliau dengan itu juga berharap semoga Hafiz akan terus melangkah maju pada masa hadapan. (alahai…. yang untung hanyalah Astro, yang rugi rakyat Malaysia termasuk Sarawak yang membazir wang untuk mengundi. alangkah baiknya jika pengundi SMS itu menghulurkannya kepada yang lebih memerlukan. bermanfaat jugak. Ingat, Sarawak adalah antara negeri termiskin di Malaysia dengan miskin tegar adalah Kaum Dayak) - the borneo post 25 Mei 2009 ...

*Tambahan : memang miskin pun negara sarawak nie... apa taknya, ada ke Motosikal pun kena TOL... Tak ada dalam dunia nie, Motosikal kena TOL.. bab ini nanti kawe ceritakan lain Episode..


Abang Johari Abang Openg Mahu Meng’Hawaii’kan Miri

“Kawasan pantai Miri bukan sahaja boleh dijadikan destinasi pelawat seperti Pantai Honolulu di Hawaii tetapi Miri dengan kesesuaian persekitarannya yang cantik boleh dijadikan pusat pelancongan pantai. Paling penting ialah promosi yang giat dan berterusan supaya negara luar mengenali Miri,” kata Abang Johari Abang Openg Menteri Perumahan Sarawak.

Beliau mengingatkan mereka agar terus menjaga kecantikan dan kebersihan bandar raya ini, selain mengekalkan keindahan alam semulajadinya yang menjadi aset utama Miri sebagai destinasi percutian dan tumpuan pelawat.

Di majlis yang sama Abang Johari turut menyaksikan beberapa pertandingan akhir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang tarik tali, Ratu Pesta Pantai, bola sepak pantai dan sepak takraw.

“Pada tahun depan, kemungkinan kita akan mengundang Astro serta artis realiti televisyen, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz AF untuk memeriahkan Pesta Pantai secara besar-besaran. Ia usaha kita untuk mempromosikan acara pantai kepada semua,” katanya. - the borneo post 26 Mei 2009

masdarwahid: Pernahkah kita terfikir mengapa Penyanyi yang terpilih dalam AF kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak? Tidak lain kerana strategi Astro menarik pelanggannya di kedua2 negeri itu. Untuk rekod, Astro harus bersaing dengan parabola dari Indonesia di wilayah borneo.


Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...