Skip to main content

Luahan Seorang Insan B;gelar GURU (Episode II)

Dipetik dari :
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/search/label/penempatan

Guru tiada 'kabel' susah mohon pertukaran

MERUJUK kepada sistem pertukaran guru antara negeri yang diwujudkan Kementerian Pelajaran bagi memudahkan guru mengisi borang pertukaran untuk memohon pertukaran. Saya berharap pihak berkenaan menilai semula kriteria pemilihan pertukaran guru antara negeri. Merujuk kepada kes sendiri, saya sudah berkhidmat di Johor kira-kira dua tahun, manakala isteri saya bertugas di Selangor sejak awal tahun ini. Sebelum ini beliau menuntut di Maktab Perguruan Kangar Perlis.

Selepas tiga kali permohonan pertukaran saya ditolak, saya tertanya-tanya kriteria sebenar yang melayakkan seseorang guru itu untuk bertukar.

Berikut saya senaraikan alasan permohonan pertukaran saya:

Saya terpaksa berulang alik dari Johor ke Selangor untuk bersama isteri. Saya menghabiskan lebih RM400 sebulan untuk kos perjalanan. Masalah lebih rumit kerana isteri saya tinggal berseorangan di Selangor dan terpaksa menguruskan diri sendiri dalam keadaan mengandung. Pernah satu ketika, beliau hampir dirompak ketika baru keluarkan wang dari bank. Nasib baik kelibat perompak itu diperhatikan seorang pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di situ.
Pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit.

Setiap minggu saya berulang alik ke Selangor yang membabitkan masa, tenaga dan wang ringgit. Ada ketika gaji saya tidak mencukupi untuk menyara hidup sehingga terpaksa meminjam.

Risiko kemalangan dalam perjalanan.

Pernah satu ketika saya hampir terbabit dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari Selangor. Kejadian berlaku di Bukit Putus, Kuala Pilah apabila tebingnya runtuh.

Kemerosotan prestasi kerja.

Dalam keadaan begini juga menyebabkan prestasi kerja merosot teruk dan sering ditegur oleh ketua jabatan.

Saya amat berharap kementerian dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap masalah ini. Saya mewakili segelintir guru yang terpaksa membazir masa, tenaga dan wang ringgit selain risiko kemalangan di jalan raya hanya kerana untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri.


Saya tidak faham apabila ada guru yang baru ditempatkan di sekolah namun tidak sampai tiga bulan sudah dapat bertukar kononnya guru berkenaan mempunyai 'kabel' di Kementerian Pelajaran.



Bagi menyahut wawasan yang dicetuskan Perdana Menteri iaitu 1Malaysia... rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan eloklah jika kementerian juga mencari alternatif baru bagi menangani masalah pertukaran guru ini kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

MAZIAH IZIFAH,
Mersing, Johor.



Berita Harian Online: 6 Jun 2009

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...