Skip to main content

Tak Ke BOHONG / TIPU namanya tu!!

Satu Pembohongan!!!!
Cuba tengok bahagian e : apa yang diaorang tulis & yang bawwah sekali..
Jika diaorang yang tidak cukup syarat tu boleh pindah boleh report kat SPRM tak???


Rabu, 2009 Jun 17
Penjelasan dasar pertukaran guru antara negeri

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Maziah Izifah, Mersing, Johor bertajuk 'Guru tiada kabel susah mohon pertukaran' disiarkan ruangan ini, 6 Jun lalu.

Berikut ialah Dasar Pengurusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran:

Berdasarkan keperluan ABM perjawatan diluluskan bagi tahun berkenaan

  • Keperluan perkhidmatan

  • Kekosongan jawatan semasa di negeri dan sekolah dipohon.

  • Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon.

    Asas Pertimbangan lain:

    a. Keperluan perkhidmatan berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen.

    b. Ancaman keselamatan (mesti sertakan bersama dengan laporan polis).

    � Ugutan atau ancaman bunuh ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak.

    � Ugutan atau ancaman cedera ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak.

    c. Kes kesihatan kronik (mesti mempunyai laporan kesihatan yang disahkan oleh doktor pakar kerajaan).

    � Kes kesihatan kronik diri

    � Kes kesihatan kronik keluarga (suami/isteri/anak)

    d. Ikut suami/isteri

    � Kenaikan pangkat suami/isteri

    � Arahan bertukar suami/isteri

    � Keadaan biasa (suami/isteri berada di negeri yang dipohon)

    � Permohonan bersama hanya dipertimbangkan untuk pertukaran bulan Januari

    e. Memenuhi tempoh perkhidmatan

    � Tempoh kelayakan bagi permohonan pertukaran ialah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun di negeri terakhir.

    � Bagaimanapun, kelulusan permohonan itu adalah tertakluk kepada keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.


  • Guru dilarang menggunakan pengaruh luar untuk mendapatkan kelulusan pertukaran dan ia selari dengan Perintah-Perintah Am Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Awam.


    >>>> Jawapan : Tipu/Bohong.. cuba tanya Cikgu SK Ger*** yang dapat pindah ke TERENGGANU di DUNGUN khabarnya @ SK St Pat*** , Igan (Kohort 2007) yang dapat pindah ke TERENGGANU jugak, YANG SK St Pat***, Igan Sarawak tu baru je habis maktab tahun lepas 2008 - Kohort 2007 (masuk maktab 2007), Belum disahkan lagi jawatan tu.. dapat pindah... Cuba kira cukup tak 3 tahun?? Apa alasan orang atas / Pembesar yang lepaskannya..... bagi green light PINDAH. Ke ada suami kat semenanjung alasannya?? orang lain pun ada Suami dan Isteri jugak!! ada anak lagi!!! ke kerja Petronas!! kat Sarawak ada PETRONAS!! ke ada masalah dengan suami!! Orang lain lebih lagi!!!!

    Nantikan pendedahan ke mana sekolah mereka tu bertukar? Siap deh....................



    EMILY CLARICE JOANNES,


    Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran.
    Berita Harian Online: 17 Jun 2009

    Comments

    Popular posts from this blog

    Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

    Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

    Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

    Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...