Skip to main content

Wabak Selesema Babi atau Influenza A (H1N1)

Alamak!! Terkejut gak kawe bila baca paper pg nih... cuba rujuk utusan online..
Sarawak dah semakin bertambah laa Pembawa SELSEMA BABI nie.... Kenapa la KERAjaan tak tembak aje BABI.. kat Sarawak niee, banyak betul BABI... kalau tengok tempat ternak BABI tu.. semua air kotor dari BABI disalurkan ke sungai... cuba tanya Karam Singh Walliya (TV3)

Sumber : Utusan Malaysia
29 Jun 2009 / 6 Rejab 1430

KUALA LUMPUR 28 Jun - Johor dan Sarawak hari ini mencatatkan satu kes baru jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), membuatkan kedua-dua negeri itu kini masing-masing mempunyai tiga kes positif H1N1.

*********************************************************
Sementara itu, di KUCHING, seorang pelajar berusia 17 tahun di Bintulu disahkan positif H1N1 pada pagi ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, kes terbaru itu menjadikan jumlah positif H1N1 setakat ini di Sarawak adalah tiga orang. Beliau memberitahu, pelajar terbabit baru kembali ke Sarawak dari Melbourne, Australia pada 25 Jun lalu sebelum mengalami demam dan selesema.

"Pelajar tersebut menaiki pesawat MH128 dari Melbourne dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.25 pagi sebelum berlepas ke Bintulu menaiki pesawat MH2742 yang tiba pukul 1 petang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Lepasan SPM bakal ikuti kursus ijazah

PUTRAJAYA 24 Nov. - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara. Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah. ''Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai. ''Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengamb...