Skip to main content

Pegawai Kem. Pelajaran M'sia Hari Ini!!

Realiti hari ini, apabila orang pejabat samada dari PPD (pej pelajaran daerah) ke, JPN (jab. pelajaran negeri) ke, KPM (kem. pelajaran malaysia) ke.... sama aje ;)

Kerap kali apabila mereka pemantau ini datang ke sekolah, apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan keselamatan. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail itu akan dilabel dengan panggilan biasa, 'tak buat kerja'.

Soalnya, adakah itu tugas guru? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka?

Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terabai?

Bukan apa, semua fail itu sulit dan tidak pernah dilihat murid. Jadi, bagaimanakah fail itu akan membantu murid meningkatkan prestasi?

Dalam pentadbiran pendidikan di negara kita, pihak atasan cuma melihat dokumentasi dalam bidang pentadbiran dan pemantau boleh datang lebih empat kali setahun (panitia daerah, negeri, JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah), sedangkan pemantauan untuk P&P dibuat hanya dua kali setahun, itupun mereka hanya duduk 10 minit dalam kelas. Sempatlah melihat guru dan murid mengucap salam dan guru memberitahu murid apa yang akan dipelajari hari itu, kemudian mereka akan keluar. Tetapi kalau memantau hal pentadbiran, mereka boleh duduk di sekolah sepanjang hari.

Guru yang tidak melengkapkan fail juga akan menerima akibat yang keterlaluan iaitu dipanggil dan disoal oleh penolong kanan dan pengetua. Jika guru terbabit orang kanan ketua panitia, dia akan disoal oleh ketua panitia juga. Malah, jika guru yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas fail itu tidak hadir pada hari pemantauan, ahli jawatankuasa di bawahnya pula yang kena tempias.

Sampai begitu sekali penekanan kepada hal pentadbiran. Jika kita kata kerja guru ialah mengajar, apa yang sepatutnya dilihat dan ditekankan ialah P&P, buku latihan murid, alat bantu mengajar dan laporan peningkatan prestasi (markah) dan sahsiah murid berdasarkan pemerhatian tiga pihak, ibu bapa, guru dan pemantau.

Jika perlu, mungkin boleh melihat program kelas tambahan. Jadi, pihak pentadbir dan pemantau sepatutnya perlu berada lama sedikit di sekolah (beberapa bulan sekurang-kurangnya) untuk melihat perkembangan murid hasil didikan guru di sekolah itu. Jika setakat hendak melihat fail, tidak perlu datang dan saya percaya fail boleh dihantar ke pejabat mereka dan dikembalikan semula ke sekolah. Saya percaya, jika mekanisme pemantauan ke atas tugasan harian guru difokuskan kepada pentadbiran, seperti kakitangan kerajaan lain, guru pun bimbang jika ada rekod buruk dalam buku rekod perkhidmatan mereka.

Saya meminta pentadbiran pendidikan kita kembali kepada perkara asas dan berhentilah membuat program dan projek besar-besar yang hanya menguntungkan murid tertentu di sekolah bandar dan beri ruang untuk guru menumpukan kepada P&P.

Tidak perlu lagi kepada ISO jika ia sudah melarikan perhatian kita kepada apa yang sepatutnya menjadi fokus kita.

Jangan taksub kepada ISO, ia bukan garis panduan terbaik untuk semua perkara kerana ISO menekankan kepada dokumentasi semata-mata, padahal proses dokumentasi mengambil masa yang sebenarnya boleh digunakan untuk membuat perkara yang selaras dengan matlamat pendidikan.

Berhentilah melihat minit mesyuarat, catatan kehadiran, laporan itu dan ini, dokumen itu dan ini dan pandanglah kepada guru kita ketika mereka mengajar dalam kelas.

AKMAL FAIRUZ,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA),
Jalan Pantai Baru.
Berita Harian Online: 19 Mei 2009


Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...