Skip to main content

PPSMI : Agenda seterusnya....

Kaedah memantapkan Bahasa Inggeris

1. Tambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933 termasuk 1,000 guru luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Ketika ini ada 31,893 orang di sekolah seluruh negara.

Kementerian juga akan menyediakan guru penolong BI gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di tahun satu dan dua untuk meningkatkan waktu hubungan antara guru dan murid.

2. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Sekolah Kebangsaan tahap satu ditambah 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu, manakala bagi tahap dua ditambah 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

3. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi tahap satu ditambah 100 peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu, manakala bagi tahap dua ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

4. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi tingkatan satu hingga enam ditambah 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

5. Peruntukan waktu bagi Malaysian University English Test (MUET) untuk tingkatan enam ditambah 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

6. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.

7. Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid tahap dua untuk mengukuhkan minat membca di samping memperkenalkan unsur sastera.

8. Makmal Bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

9. Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

10. Untuk memudahkan murid dengan istilah sains dan teknologi dalam Bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa itu.

HMO

***** : Tahniah... Untung jugak nanti kontraktor pembekal perisian... dapat buat $$$

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...