Skip to main content

Sabah & Sarawak: 1,300 murid dipindah siling sekolah runtuh

KOTA KINABALU: Seramai 1,300 murid Sekolah Kebangsaan Sembulan di sini, terpaksa dipindahkan selepas siling tingkat satu dua blok utama sekolah berkenaan runtuh manakala lantainya terkopak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, guru dan murid Tahun Empat, Lima dan Enam terkejut apabila siling di kebanyakan tingkat satu dua blok bangunan tiga tingkat itu jatuh, manakala lantainya pula terkopak, menyebabkan guru dan murid bergegas keluar dari bilik darjah.

Dua blok berkenaan menempatkan 17 kelas murid Tahun Empat, Lima dan Enam yang bersekolah sesi pagi manakala murid Tahun Satu, Dua dan Tiga ditempatkan di 15 kelas sesi petang. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Usaha wakil Berita Harian meninjau keadaan berkenaan bagaimanapun dihalang pengawal keselamatan yang mendakwa menerima arahan pihak pengurusan sekolah supaya tidak membenarkan wakil media memasuki premis terbabit.

Tinjauan dari luar sekolah itu mendapati, murid ditempatkan di dewan terbuka, selain makmal komputer dan beberapa blok bangunan diperbuat daripada papan yang menempatkan bilik muzik, Kelas Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (J-QAF) serta kemahiran hidup. Sumber berkata, ketika kejadian, guru dan murid sesi pagi terkejut apabila kebanyakan bahagian siling di tingkat satu kedua-dua blok berkenaan runtuh manakala lantainya terkopak, menyebabkan guru dan murid terpaksa menyelamatkan diri.

"Pihak pengurusan sekolah mengarahkan semua guru dan murid mengosongkan bilik darjah masing-masing dan berkumpul di dewan terbuka. Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut itu, tiada sesiapa yang cedera," katanya.

Sumber itu berkata, runtuhan siling yang runtuh dan lantai yang terkopak berukuran antara 0.3 hingga 0.6 meter itu menyebabkan ada murid perempuan menangis ketakutan.

Katanya, ada beberapa tiang di tingkat satu kedua-dua blok itu retak dan hanya menunggu waktu menyembah bumi. Sumber lain mendakwa, kejadian dipercayai berpunca daripada kerja menanam cerucuk bangunan komersial yang dilaksanakan kira-kira 1,000 meter dari sekolah berkenaan.

Sekolah itu mula beroperasi pada 1984. Ia adalah antara sekolah di kawasan pinggir bandar raya ini yang dikelilingi pembangunan pesat, terutama pembinaan bangunan komersial seperti kompleks beli-belah dan pejabat.

Sementara itu, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Kinabalu dan Jabatan Pelajaran Sabah yang dihubungi, enggan mengulas.

Berita Harian Online: 3 Julai 2009



Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...