Skip to main content

Berita : Kuasa Pengetua Tutup Sekolah

PUTRAJAYA 12 Ogos - Semua sekolah hanya akan ditutup akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pengetua mengikut nasihat Kementerian Kesihatan dan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan pengetua bergantung kepada situasi dalam sekolah terbabit sekiranya kehadiran murid atau guru terlalu sedikit akibat pandemik tersebut.

''Pandemik H1N1 ini telah memasuki fasa mitigasi, oleh itu tindakan penutupan sekolah dan institusi hanya diambil sebagai pilihan terakhir.

''Tindakan penutupan itu hanya boleh dilakukan oleh pihak sekolah atau institusi apabila kehadiran pelajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, garis panduan penutupan sekolah itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza kali ke-11 hari ini.

''Mesyuarat itu juga mengeluarkan arahan kepada ibu bapa atau penjaga untuk memastikan anak mereka yang mempunyai gejala virus terbabit tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.

''Pihak sekolah juga diminta membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap pelajar setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut," katanya.Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, rawatan antiviral juga perlu diberi keutamaan kepada tiga kumpulan pesakit iaitu yang mempunyai tanda-tanda influenza dan berisiko tinggi.

''Individu yang mempunyai tanda influenza tetapi tidak berisiko dan mempunyai tanda demam tinggi serta berpanjangan turut diberi keutamaan selain mereka yang telah menjalani ujian rapid dan didapati positif serta mengalami tanda jangkitan teruk selama 48 jam.''Tanda jangkitan yang dimaksudkan ialah sesak nafas, sakit dada berterusan, kahak berdarah, cirit-birit, muntah berterusan, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif atau pening," katanya.

Sehubungan itu, Tiong Lai berkata, semua doktor sama ada di hospital kerajaan atau swasta perlu memahami cara rawatan dan segera menjalankan rawatan kepada pesakit.''Kita tidak mahu pesakit yang datang di hospital swasta dihantar ke hospital kerajaan. Ini melambatkan rawatan kerana hospital swasta juga berkemampuan dan mempunyai antiviral ini," katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memantau stok penutup mulut dan pembasmi kuman serta memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya ke atas dua barang itu.

''Saya minta pihak pengeluar, pembekal dan penjual penutup mulut dan pembasmi kuman tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana didapati ada yang menjual sehingga RM5 untuk setiap penutup mulut yang berharga 25 sen," katanya
.

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...