Skip to main content

Soal Jawab Agama : Qunut Nazilah

Soalan;

Saya nak bertanya, seperti yang kita sedia maklum wabak H1N1 ni dah semakin teruk.sebagai umat Islam di malaysia apakah qunut nazilah sesuai atau solat hajat dilakukan? kerana qunut nazilah seperti yang saya tahu iailah kita memohon untuk kesejahteraan serta kemenangan keatas kaum muslimin yg di timpa bencana oleh org kafir dari segi peperangan,penindasan dn sbgnya.kerana sejarah qunut nazilah itu berlaku kerana mohon kemenangan keatas kaum muslimin atas org kafir. jadi saya mohon jawapan dan pendapat bagi soalan saya.

Jawapan;

Nazilah bermaksud peristiwa atau kejadian yang menyedihkan, mengecewakan atau berupa musibah yang menimpa manusia. Qunut Nazilah disunatkan jika berlaku bencana atau kesengsaraan yang menimpa kaum muslimin. Ia tidak khusus kepada peperangan sahaja, tetapi merangkumi juga kemarau, penularan penyakit, kebuluran atau kemudaratan-kemudaratan lain yang menimpa kaum muslimin. Terdapat hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan;

أن النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم كان لا يقنت إلا إذا دعا لقوم أو دعا على قوم
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak membaca qunut melainkan untuk mendoakan (keselamatan) kepada suatu kaum atau untuk mendoakan (kehancuran) ke atas suatu kaum”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah. Bulughul-Maram, Kitab as-Solah, bab Sifatu as-Solah)

Qunut baginda untuk keselamatan suatu kaum ialah sebagaimana qunut baginda untuk mendoakan (keselamatan) kaum muslimin yang lemah (mustadhafin) di Mekah. Qunut baginda untuk kehancuran ke atas suatu kaum pula ialah seperti qunut baginda mendoakan balasan Allah ke atas puak Ra’lin dan Zakwan yang membunuh 70 sahahat dari kalagan para qurra’ (huffaz al-Quran) dalam peristiwa yang berlaku di Bi’ru Ma’unah.

2. Qunut nazilah sunat dibaca dalam semua solat fardhu. Masa qunut ialah selepas bangun ruku’ (yakni semasa i’tidal) ketika rakaat paling akhir. Semasa membaca qunut sunat menguatkan suara bagi solat fardhu malam (iaitu maghrib, isyak dan subuh) dan dibaca perlahan bagi solat siang (zohor dan asar). Bagi yang solat berimam, disunatkan mengaminkan sahaja bacaan doa imamnya jika dapat mendengarnya. Jika tidak, hendaklah ia membacanya sendirian sebagaimana juga dalam solat siang (yakni zohor dan asar). Qunut nazilah terhasil dengan sebarang bentuk doa yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku (yakni ia tidak tertentu kepada satu doa khusus sahaja). Semasa membaca qunut sunat mengangkat tangan, kemudian menurunkannya sebaik selesai membaca qunut tanpa disunatkan menyapu tangan ke muka atau ke dada (malah dimakruhkan).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Subulus-Salam, Kitab as-Solah, bab Sifatu as-Solah. Lihat kisah ini dalam Soheh al-Bukhari, kitab al-Witr, bab al-Qunut Qabl al-Ruku’ Wa Ba’dahu.

2. Syarah Soheh Muslim (Imam an-Nawawi), juz. 5, kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Solah, bab Istihbah al-Qunut Fi Jami’ as-Solah Iza Nazalat Bil-Muslimin Nazilatan

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...