Skip to main content

OH Baitulmal Sarawak!!

Berikut adalah keratan akhbar yang saya petik dari Berita Harian Online..

Sama-samalah kita bantu sesama Islam... lebih-lebih lagi kepada agensi BAITULMAL SARAWAK.. yang mana setiap dari gaji penjawat awam yang berugama Islam di potong bebrapa RM mengikut kelayakan samada SPM, Diploma mahupun Ijazah. Kawe tidak terkecuali dikenakan potongan tersebut...

maka diharap agensi yang kerjanya potong memotong ini iaitu BAITULMAL SARAWAK dapat menghulurkan bantuan dengan segera.... jange dok beli pajero land cruise baru aje!!!

Nok kato kerajaan negeri sarawak miskin dok munasaboh... sebab apo? cuba tengok kereta kerajaan negeri yang plat QSG.... acu cuba try tengok.. semua kereta besar2 import, BMW... HONDA, Mers... dll... lebih2 lagi exco kerajaan negeri... pagar rumah exco pun besar, penuh dengan lampu.. disetiap pagar ada lampu.. beddoooh sungguh, takkan yang miskin macam ni dok leh bantu bg sammah seriyal ko.................

-----------------------------------------------------------------------------

Hidup daif selepas suami terlantar sakit

KUCHING: Aidilfitri tahun ini menjadi lebaran paling menyedihkan bagi suri rumah, Salmi Dami, 35, selepas suaminya, Bahtiar Amir, 30, hanya mampu terbaring kaku tanpa dapat bersalam-salaman dan saling memohon kemaafan serta memeluk empat anak mereka.
Bahtiar yang selama ini menjadi sumber rezeki keluarga terlantar kaku di katil tanpa mampu bercakap atau bergerak selepas terbabit kemalangan pada 22 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kimpalan di Gita.

"Saya sedih kerana ketika jiran sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, kami tidak mampu berbuat apa-apa," kata Salmi kepada wakil Berita Harian yang mengunjungi rumahnya di Kampung Matang, di sini semalam.

Lebih menyedihkan, gaji terakhir Bahtiar, kira-kira RM1,000 juga sudah habis dibelanjakan bulan lalu membayar kos rawatannya yang mencecah RM700 sebulan, meninggalkan suri rumah berkenaan terkontang kanting tanpa dana untuk membuat persiapan menyambut hari raya.

"Saya tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga suami dan bergantung kepada belas kasihan dan ihsan saudara berdekatan selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan bagi menyara empat anak lelaki kami.

"Doktor mengesahkan peluang suami untuk sembuh amat tipis dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk meneruskan hidup. Jika tidak jadi begini, mungkin ketika ini sibuk mempersiapkan rumah baru untuk menyambut tetamu pada hari raya nanti," katanya.

Sambil menunjukkan rumah barunya yang kini terbengkalai, Salmi berkata, dia terpaksa menahan malu untuk berhutang dengan jiran bagi membeli susu anaknya, Mohd Adheef, 8, serta perbelanjaan persekolahan Mohd Fairuz, 11, dan Mohd Hafiz, 8. Seorang lagi anaknya, Mohd Afrieezan, 5, sudah berhenti tadika dan mungkin tidak dapat memasuki prasekolah tahun depan kerana kekangan kewangan yang dihadapi.

"Saya tak tahu bagaimana lagi hendak mencari wang menyara keluarga. Permohonan untuk mendapatkan bantuan rakyat miskin juga belum menerima jawapan sehingga kini," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090919220249/Article/index_html)

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...