Skip to main content

Berita : laporan j-QAF II (Berita Harian)

Jawatankuasa khas kaji kelemahan program j-QAF

KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan usaha penambahbaikan program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pihaknya prihatin terhadap keperluan menilai dan menyemak pengisian dan kurikulum program itu selari dengan tuntutan masa dan perkembangan bidang pendidikan Islam masa kini.Katanya, mesyuarat pertama jawatankuasa khas yang dipengerusikan beliau sendiri akan menyusul dalam tempoh terdekat bagi merungkai segala isu dan permasalahan sepanjang lima tahun pelaksanaan program j-QAF di sekolah rendah.

“Kita tidak menafikan wujud kekangan dan masalah dalam pelaksanaan j-QAF dan ia diakui perlu diatasi dengan pendekatan bijak dan itulah peranan Jawatankuasa Khas ini.

“Maklum balas, pandangan atau cadangan ahli jawatankuasa khas akan diambil kira, bukan hanya berkaitan program j-QAF, malah merangkumi Kelas Agama dan Fardu Aini (Kafa) yang dikendalikan Jakim.

“Kita melihat pengisian Kafa mempunyai persamaan dengan j-QAF dan usaha penyelarasan dilihat wajar dilakukan bagi mengelak sebarang pertindihan selain memantapkan kurikulum kedua-dua program,” katanya kepada Berita Harian.

Alimuddin menjelaskan, jawatankuasa terbabit juga akan mencari kaedah bagaimana j-Qaf yang pada masa ini membabitkan murid sekolah rendah dapat dimantapkan selain dilanjutkan sehingga kepada pelajar tingkatan lima.

Katanya, pelaksanaan program j-QAF di peringkat sekolah menengah disifatkan wajar bagi memastikan kesinambungan berterusan dan pengetahuan mantap setiap pelajar dalam pendidikan Islam.

Selain itu, katanya, isu berkaitan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dijangka turut dibincangkan jawatankuasa khas terbabit sejajar dengan perancangan Kementerian Pelajaran untuk memperbanyakkan lagi SABK yang ketika ini berjumlah 155 buah selain memastikan kualiti pendidikan di sekolah itu dapat ditingkatkan.

“Kita yakin penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah usaha terbaik memperkasakan bidang pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara.

“Biarpun ramai mengakui sistem pendidikan Islam negara kita teratur dan sistematik, namun usaha penambahanbaikan dari masa ke semasa wajar dilakukan bagi memastikan ia terus menepati wawasan dan kehendak negara,” katanya.

Berita Harian Online: 5 Oktober 2009
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20091005091736/Article/

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Program 360 di TV3.. Buat laa jugak Laporan di S'wak nie

Jap tadi selepas tengok Berita Putar Belit TV3 suku... kawe tengok rancangan 360 yang di hoskan oleh Mazidul.... yang peliknya kenapa la berita dikupas kat semenanjung aje... terutama kat Selangor.... Jangan la berat sebelah... acu cuba mari tengok kat Sarawak... Kat kuching ni... nama aje bandaraya tapi masih ramai dan ada lagi tinggal rumah kotak kat sekitar tanah perkuburan... itu orang ISLAM... bunyi BAITULMAL Sarawak banyak duit.. dan duit setiap dari gaji orang islam yang bekerja diambil dan dipotong untk dimasukkan ke dalam BAITULMAL... tapi tengok2 asyik2 beli pajero dan kenderaan baru untuk BAITULMAL aje..... Orang Islam kat Sarawak melarat....... jangan pandai dok kempen dan bercakap supaya gaji dipotong dan bayar zakat kat BAITULMAL!!! cuba la dedah hal ini.... ini tidak, sembunyi aje... berat sebelah.... TV3 suku... mailah kat Kuching ni... buat siasatan dan dedahlah kesusahan orang islam dibumi yang bunyi aje kaya.. tapi miskin.... nak marah nie.... nasib la orang semanjun...