Salam...
Gambar ini diambil semasa Abah dimasukkan ke hospital. Abah dimasukkan ke wad di Hospital Besut, setelah rebah di rumah dan tidak sedarkan diri, alhamdulillah masa tu kebetulan adeq ada kat rumah. Terus dibawa ke hospital. Setelah diperiksa oleh Dr. di Hospital Besut (lupa plak apa nama dr. tu-ada Dr. tersebut kepilkan surat rawatan abah)... Dr. telah sahkan abah mengalami sakit jantung. Semasa adik tel. yang abah rebah dan dimasukkan ke wad tu terkejut sakan kakloh.. Rasa nak rebah jugak masa tu...
Keesokan harinya, setelah di check darah dsb.... Dr. sahkan abah sakit jantung peringkat awal. Abah ditahan di wad selama 4 hari utk rawatan. Itu adalah kali pertama abah dimasukkan ke wad.. Manakala kali kedua pula abah dimasukkan ke wad pada pertengahan bulan Mei bebaru ni.. Masa tu Abah di tahan 3 hari kat wad.. Kemudian abah diminta berjumpa dengan Dr. Pakar Jantung pada 7 Jun 2009 di Hospital Kota Bharu Kelantan..
Harapan dan doa, semoga abah cepat sembuh dan gak ana pohon dari sahabat semua doakan semoga kesihatan ayah ana bertambah baik..
Nie photo Adawiyah bersama dengan Tok Wan nya semasa kat hospital...
Adawiah bersama tok wan
Apa yang Adawiyah bgtahu Tok Wan tu?
Comments
Post a Comment