Skip to main content

Luahan Hati Sempena 16 Mei


Luahan Hati Seorang Guru di website : http://www.t**nu**ki**.net/

"Isu pendidikan yang melibatkan guru sekolah tidak pernah selesai. Masalah guru memang kerapkali diluahkan dalam akhbar dan di dalam internet. Tetapi pihak atasan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah guru malah mengambil tindakan yang lebih mengusutkan lagi keadaan. Walaupun Kerajaan atau Kementerian ialah majikan guru yang sebenar, guru biasanya menerima arahan yang tidak wajar dari Pengetua/Guru Besar.

Arahan tidak bertulis ini sering bersifat kontroversi dan ’disputable’. Dalam banyak keadaan, arahan Pengetua/Guru Besar tidak diketahui oleh pihak atasan. Pengetua/Guru Besar pula memang selesa dan gemar memaksa, memang mereka gemar memaksa dan guna kuasanya sebagai "Pengetua/Guru Besar" yang sementara tu memaksa guru melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika, moral dan Perintah Am. Tetapi oleh kerana kuasa memberi markah prestasi ada pada Pengetua, dan sifat ramai guru yang bersikap ’yes man’ maka amat sukar untuk guru menolak atau mengingkari arahan mereka.

Dalam usaha untuk mencipta nama, mendapat kepujian dan mengekalkan reputasi sekolah, Pengetua/Guru Besar tanpa ragu-ragu memaksa guru melakukan kerja yang tidak wajar, tidak kena pada tempat dan masanya. Mengadakan kelas tambahan tiga atau empat kali setiap minggu adalah perkara biasa. Selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berakhir pada jam 2.40pm, sekolah ’memaksa’ guru untuk mengadakan kelas tambahan terutama untuk kelas-kelas PMR dan SPM selama 1 hingga 2 jam. Pada musim cuti sekolah, hampir semua guru terlibat dalam mengendalikan kelas tambahan. Terdapat sekolah yang mengadakan kelas tambahan untuk semua tingkatan tidak kira kelas SPM atau PMR agar semua guru terlibat (bukan sebahagian guru sahaja) supaya tidak timbul isu ’tidak adil’.

Selain masa selepas P&P dan musim cuti sekolah, terdapat sekolah yang mengadakan aktiviti semasa cuti umum seperti pada Hari Wesak, Hari Maulidur Rasul, Hari Cuti Umum bagi Negeri-negeri, Hari Nuzul Quran dan sebagainya. Pengetua/Guru Besar ini tidak menghormati cuti umum ini dalam keghairahan mereka untuk mengharumkan nama sekolah dan seterusnya menaikkan nama mereka dalam senarai Guru Besar cemerlang, pada nama sahaja "Cemerlang" tetapi tidak pada tugas. Yang menjadi mangsanya ialah guru-guru. Mereka telah dinafikan cuti umum yang boleh digunakan untuk bersama keluarga. Pernah satu kali itu, sekolah di Pekan Pahang tanpa segan silu mengadakan Hari Sukan sekolah pada hari cuti Maulidur Rasul.

Di sini kami ingin ’mencelikkan semula’ pihak yang berkenaan bahawa masing-masing pada 7 dan 9hb Mei adalah hari Hol (bagi Negeri Pahang) dan Hari Wesak. Malangnya pada kedua-dua hari tersebut terdapat sekolah-sekolah di Kuantan (dan mungkin di lain-lain negeri juga) mengadakan aktiviti rasmi. Kami mendapat maklumat ada sekolah mengadakan mesyuarat guru panitia, mesyaurat MUET, kursus-kursus untuk pelajar atau guru, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan.

Kami yakin pihak PPD dan Jabatan Pelajaran Pahang maklum tentang perkara ini atau mereka sengaja mendiamkan diri. Kita tidak pasti adakah pihak Kementerian merestui kerja-kerja ’tidak wajar’ pemimpin sekolah yang mereka lantik ini. Barangkali ini adalah antara ciri-ciri tersirat perlantikan Guru Besar/Pengetua oleh Kementerian iaitu mereka mesti sanggup buat sesuatu yang bertentangan dengan peraturan yang mereka sendiri buat. Amalan memaksa guru bekerja lebih masa dan semasa cuti umum adalah perkara biasa sejak dahulu lagi. Itulah tugas guru.. tetapi mereka yang kerja dengan Jabatan Kerajaan lain dah tentu mereka dapat Overtime... Guru dinafikan, satu sen pun tak dapat dah.. Isu ini sudah beberapa kali diketengahkan oleh guru-guru yang prihatin tetapi sehingga hari ini, pihak majikan tidak pernah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Mungkin jika kita meminta pihak parti pembangkang mengutarakan isu ini, pihak pemerintah akan terus menuduh isu ini cuba dipolitikkan. Tetapi biarlah ia dipolitikkan asalkan luahan guru-guru yang sentiasa diketepikan oleh ’majikan’ mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini diberi pembelaan oleh pihak pembangkang yang mungkin lebih prihatin dari mereka. "


* Terasa apa yang diluahkan kerana saya juga warga Pendidik...

Ini pulak tambahan dari saya... memang nanti ada yang kata, kalau gitu tak payah jadi cikgu laaaa jika dok merungut.. jika ini semua kerja guru yang buat... apa kerja Pihak Pentadbir? Kerja kerani di sekolah? Kerja Pembantu Am?
Aku seorang guru Sempena Hari Guru, aku juga seorang ;

1. Kerani kewangan - kutip yuran.
2. Kerani kebajikan masyarakat - uruskan biasiswa/kwamp (Guru Kelas)
3. Kerani kedai buku - uruskan pinjaman buku teks
4. Tukang kebun - buat keceriaan sekolah, buat padang bola.
5. Kerani pentadbiran - uruskan hal kelas
6. Juru teknik - betulkan kipas rosak, paip bocor, baiki perabot rosak.
7. Jurulatih - latih budak bola sepak, ragbi dan segala permainan yang ada bola.
8. Pengawal keselamatan - pastikan keselamatan murid datang dan balik.
9. Pemandu ambulan - hantar anak murid sakit ke klinik
10. Pemandu teksi - kereta cikgu digunakan untuk hantar pelajar bersukan dll.
11. Kerja 6 hari seminggu.
12. Menanda buku , 1 buku 5 minit x 120 orang.
Tanda kertas ujian/ peperiksaan, 1 kertas 15 minit x 120 orang.
13. Posmen - Hantar surat/laporan ke PPD atau JPN
14. Penjenayah - Diserang & dihentam oleh IbuBapa bila menegur anak mereka tidak buat kerja rumah (homework)
Setakat ini yang mampu kawe tulis, kalau ada cikgu nak tambah, di persilakan.
apa ada orang kata cikgu dapat Over time...mana ada aku ulang lagi mana ada.



aNGaH's

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s...