Skip to main content

Terkini! Dibebaskan...

12 pelajar Malaysia yang di tahan di Penjara Aboud Shoubra, Mesir dibebaskan

Alhamdulillah, syukur..

Saya baru menerima satu panggilan dari sahabat pimpinan yang menguruskan pelajar yang di tahan di Aboud Shoubra Egypt yang memberitahu kesemua mereka yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Pihak Safarah, en Zainuddin dan Pimpinan PMRAM termasuk mantan Presiden Us Hairul Nizam bin Mat Hussain.

Mungkin perkembangan terbaru kita boleh ketahui selepas ini bila mereka telah mengupdate Blog memasing tentang pengalaman mereka di dalam lokap polis mesir dan beberapa pengalaman lain.

Pihak Pimpinan
DPM (MAQAZ) Shoubra mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk doa doa kalian yang membantu dan memudahkan segala urusan.

Kini diingatkan kepada semua pelajar agar lebih berhati hati setiap masa dan ketika. Pastikan semua pelajar memiliki visa pelajar yang sah untuk tidak menimbulkan sebarang masalah selepas ini.

Kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih dan alhamdulillah atas segala kejadian dan ketentuan.

jadikan pengalaman dan peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita yang lain

Alhamdulillah

Jazakallah...

ok.syukran jugak pada wartawan yang melaporkan.


aNGaH's

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...