Skip to main content

Aduhai... Kembali ke S'wak plok..

الســـــــــــــــلام عليكم

AHAD : 14 Jun 2009 Alamak, esok (ISNIN) 15 Jun 2009 dah bermula sesi persekolahan Semester 2. Pejam celik-pejam celik dah nak bukak sekolah... jawabnya kawe kena ke Sarawak plok... Aduhai malasnya nak pi ke Sarawak.. Sebut aje Sarawak.. rasa malas dan malas dan malas nak pi... ntahlah kawe bile sebut s'wak je *^&$##^**(*^%##)(&%#@!~#%^&& (Sensor tak boleh sebut)...

Hari ini zaujah kawe masuk kerja jam 1tghari... semalam zaujah kerja double syiff.. dari jam 7pg hingga 8mlm... Apabila zaujah kerja double syiff macam ni, maka kawe terpaksalah keluar dari rumah kerana Zaujah kawe menyewa bilik kat Abdullah Hukum, Bangsar... Sewa Bilik aje... Nak sewa rumah kat area tu tak mampu.. mana tidaknya, sewa rumah (rumah flat atau apartmnt) sebulan RM900.. tambahan kawe sendiri pun sewa rumah seorang diri di Kuching RM500 sebulan.. Jika zaujah kawe sewa sebuah rumah RM900 + dengan kawe sendiri sewa sebuah rumah RM500 = jumlah RM1,400... Ohhh paduhal.. mahalnya..fuyyooooooo.................... tak mampu kawe. Jika difikirkan selesa, nak aje minta zaujah kawe sewa sebuah rumah... tapi tak yealah disebabkan tak mampu, maka kena SEWA BILIK aje..


Kawe pun kekadang runsing dan bimbang gak bilamana zaujah kawe kerja double syiff... lebih-lebih lagi jika kerja syiff malam.. yealah bila sebut sewa bilik.. maka bilik yang lain pula disewa oleh orang lain satu rumah... bilik yang lain disewa oleh orang perempuan yg kerja kt hospital gak... emmm, fikir2 jika keadaan macam tu pastinya akan jadi fitnah kan??? tak ke jadi fitnah... ye tak??

Kalau siang hari boleh ajer kawe pi jejalan... jika malam hari mana kawe nak pi???? beginilah kesengsaraan yang kawe hadapi... kesusahan yang kawe hadapi dulu, kini dan selamanya..... jika terus berada di sarawak... minta tukar/pohon tukar tapi tak dapat-tak dapat.... hati sentiasa tidak senang jika berada di rumah, bila kawe tahu ada kawan serumah zaujah yang tidak bekerja... sebab itulah kawe lebih suka merayau........

Selepas sarapan pagi hari Ahad tu... Isteri tolong kemas barang, baju2 yang hendak dibawa... Jam 4ptg, kawe bersiap2... tunggu azan Asar, solat Asar kemudian terus ke Stesyen Komuter Midvalley... Ya Allah, ramainya manusia... terpaksalah bersesak-sesak ke KL Sentral...

Sampai di KL Sentral jam 5.15pm... terus kawe a
mbil Sky Bus ke LCCT... 6.30pm, tiba di LCCT... kawe pun terus Check In... Pi makan jap, lapaaaaarrrr..


Flight kawe ke Kuching delay dari jam 7.40mlm ke 8.25mlm.... tengah2 menunggu flight tetiba seorang pelancong mat sollah sawan.. masa tu dia dok di kerusi kat belakang kawe..

Yang kawe pelik bin hairan.. Polis kat LCCT ni bengong dan tohlol sungguh... ada ke masa mat sooolllehh tu sawan ada laa orang malaysia kita nak pi bantu dan tolong.. Polis tu suruh ke tepi.... dan bantuan pihak Kecemasan pun lambat... tak sampai2 pun... jika ada orang sakit jantung masa tu, memang dah matiiiiii... pihak polis pun jika dia tak bg orang bagi bantuan kecemasa.. sepatutnya dia lah yang bagi pertolongan cemas apa yang patut.. ni dok halau orang minta orang ketepiii............. rasanya hampir 45minit gak barulah ambulan datang...

Ambulan baru sampai...

Petugas Kesihatan kelam kabut sesudah ambulan sampai...

Mat Salleh tu dimasukkan ke dalam ambulan

Disebabkan kes tu, flight delay lagi hingga jam 9mlm.... sampai kat kuching airport jam 10.45mlm........ sampai kat airport kuching plok.. satu lagi bangangggg... puak2 kem kesihatan dok sibuk suruh org isi borang Virus Selsema BABI.... ada ke suruh semua orang isi.. lepas tu, suruh isi di lorong laluan yang gelap gelita.... tak cerdik langsung... kawe dok isi mulanya, kawe royak kawe dok gi pun luar negara, kawe dok malaysia aje... dia suruh isi gak... OHHHHHHH....

tengok2 jam dah jam 11mlm... kesian plak kawan sedang menunggu... ambil beg terus cari kawan... SELAMAT KEMBALI BERTUGAS....



Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s