Skip to main content

Kisah Sebelum Lawatan PM

Aduhai....... Beginilah kami..... Pihak pentadbir sekolah mengatakan bahawa mendapat surat supaya membuat beberapa persiapan sempena lawatan PM 1Malaysia tu (entah betul ke tidak ada surat), pasal kawe tak tengok surat tu...

Lalu sibuklah pihak pentadbir sekolah... rancang nak bersihkan kawasan sekolah... rasa macam "Hipokrit" lah pulak... Sampah yang ada di kawasan sekolah tu bukan dari bebudak tapi dari orang2 kampung.. mana tidaknya sekolah tak ada pagar!! rumah orang kampung pun dalam kawasan sekolah!! Belakang surau sekolah je rumah orang kampung... air kumbahan rumah orang kampung pun disalurkan ke sekolah.... cuba tengok gambar yang kawe rakamkan ni.. perhatikan kemana parit tu digali............


Cuba tengok bulatan tu, kemudian bermulanya parit (panah merah).
Air dari rumah tu dialirkan melalui parit tersebut ke bawah kelas tempat murid belajar (panah putih).

Waktu tengahari memang best baunya... semerbak baunya... Beginilah Sekolah yang disebut berada di dalam Bandaraya Kuching... Rakyat diutamakan tapi tengoklah sendiri.............

19 June - Khamis

semua murid diarahkan membersihkan kawasan sekolah dan kat depan pintu pagar sekolah... cikgu ke ustaz ke ustazah ke dimestikan juga, nama utk melaksanakan tugas menjaga memantau sedang bergotong royong bersama murid dipaparkan kat notis papan kenyataan... tambah lagi kerja guru... Padahal PM datang bukan nak tengok sekolah yang dah nak roboh nieh... yang kelas roboh hari tu pun belum baiki lagii.. cakap je rakyat diutamakan.... nanti kawe send gambar2 yang engkorang tak akan percaya apa yang dilihat dengan keadaan sekolah di Bandaraya... Bandaraya Kuching!!!!!!!

gambar murid sedang bergotong royong...


Membersihkan sampah di sekitar laluan PM
(Puak2 PBT/Majlis Bandaraya) pun tak bersihkan kawasan tu..



Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...