Skip to main content

PPSMI wajib DiMansuhkan !!!

Friday, June 12, 2009


KUALA LUMPUR 10 Jun - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) wajib dimansuhkan mengikut Islam kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada anak bangsa.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsuddin berkata, lebih 800 ulama di negara ini bersetuju bahawa dasar itu wajib dihapuskan secepat mungkin berdasarkan nas-nas naqli serta dalil-dalil agama.

Jelasnya, kanak-kanak golongan miskin yang berada di luar bandar kebanyakannya tidak mampu menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu sains dan matematik.

"Itu jelas satu bentuk kemudaratan. Berdasarkan nas-nas naqli, dinyatakan bahawa sesuatu yang mudarat dan boleh membawa kemudaratan adalah wajib dihapuskan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengetuai penyerahan memorandum 'Muafakat Ulama Mansuhkan PPSMI' kepada Majlis Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini.

Memorandum setebal lima muka surat itu mengandungi 11 tuntutan yang didakwa diperakui lebih 40 persatuan ulama dan disokong oleh beberapa persatuan lain.

Turut menyertai rombongan itu adalah Presiden Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid serta Timbalan Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP), Prof, Shaharir Mohamad Zain.

Antara tuntutan yang terkandung dalam memorandum itu adalah:

1. Menolak pelaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan negara.

2. Mendesak agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan negara termasuk menggalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara.

3. Menegaskan kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdalih dengan alasan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijadikan asas bagi meneruskan atau memberhentikan pelaksanaan PPSMI.


http://beritapendidik.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m