Skip to main content

Sejarah Bahasa Melayu (Kelantan)


Mari Kenali Bahasa Melayu Versi Kelantan

Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri Kelantan, Malaysia, serta daerah Besut dan Pulau Perhentian Terengganu. Masyarakat di beberapa daerah di Kedah seperti Baling, Sik dan Padang Terap juga bertutur di dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, walaupun ia mempunyai banyak persamaan. Ia pada asalnya adalah sama bahasa seperti Yawi yang merentasi sempadan di Thailand, Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada penterjemahan Arab untuk penulisannya. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perbezaan pendapat antara sebelah Yawi dan sebelah Kelantan, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui siapa yang benar-benar mengetahui. Kelantan secara tradisinya menulis Arab,sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Bahasa Melayu Terengganu juga berbeza daripada bahasa Melayu Kelantan dan bahasa Melayu baku.

Contoh perbezaan perkataan

Bahasa Melayu standard dan bahasa Melayu Kelantan

Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu Kelantan
Boleh Buleh
Makan Make
Apa (Apur) Gapo
Saya Sayo
Nasi Nasik
Bagitahu Ghoyak
Berlanggar Blago
Rambutan Mokte

Perkataan yang berakhir dengan 'an','am','ang'

Perkataan yang berakhir dengan an, am, ang biasanya akan diganti dengan e

Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu Kelantan
Jangan Jange
Lengan Lenge
Ayam Aye
Geran Gere
Pisang Pise

Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e'

Perkataan yang berakhir dengan 'a','o','e' biasanya (bukan semestinya) akan diganti dengan 'o' (dan 'o' sebutan dalam 'sore' dan 'roar' dalam bahasa Inggeris, bukannya seperti 'sow' dan 'row')

Bahasa Melayu standard Bahasa Melayu Kelantan
Buka Buko
Mana Mano
Baka Bako

Sabdu

Peranan sabdu dalam loghat Kelantan adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan sabdu akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah.

Bersabdu (Bahasa Kelantan) Tanpa sabdu (Beza maksud yang ketara) Perkataan yang dimaksudkan
Ruput make kkambing Rumput makan kambing Rumput dimakan oleh kambing
Tok ppaka Tak pakai Tidak boleh pakai/tidak berguna
Make kketeng Makan kantin Makan di kantin
Kkecek Kecek/pujuk Bercakap

Bunga bahasa

Bunga bahasa Maksud
Yak! Opocot!/Opps!
Deh? Ok? (Biasanya untuk memohon
restu atau persetujuan.)
Gak Habis tu.../Jadi...
Pah? Habis tu.../Jadi...
(Lebih kurang Gak.)
Ho (Bunyi naik ke hidung.)

Ya lah...

Dock? Bukan?/Betul tak? (Persoalan.)
Lamoke... Nantikan...

Kata penguat

Kata penguat Maksud
Manis lleting Sangat manis
Masing ppeghak Sangat masin
Pahit llepe Sangat pahit
Mase ppughik Sangat masam
Tawa eber Sangat tawar
putih ssueh/ssembo Sangat putih
Hite llege Sangat hitam
Biru kketu Sangat biru
Kuning nnehe Sangat kuning
Kenye bbonyah Sangat kenyang
Come llote Sangat cantik
Gemuk ddebok Sangat gemuk
Busuk bbanga Sangat busuk
Hapok kohong Sangat hapak
Nnakut apah Penakut sangat
Ceghoh jeghiloh/bbole Sangat terang/cerah
Jatuh celabok Jatuh sangat teruk
Kuca hanya Sangat bercelaru

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s