Skip to main content

Vaksin ACYW135 mengandungi enzim babi?

Berita Terkini

KKM sahkan ACYW135 halal

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan vaksin Meningococcal Quadrivalen (ACYW135) adalah halal kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur dari sumber babi atau lembu dalam penyediaannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya kepada Kosmo! menjelaskan, pelalian itu adalah untuk mencegah jangkitan meningococcal meningitis.

"Ia diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai syarat pengeluaran visa haji dan umrah,'' katanya.

Mohd. Ismail seterusnya menambah, suntikan vaksin itu boleh diperoleh di klinik kesihatan kerajaan secara percuma untuk jemaah haji melalui temu janji dan ia hanya perlu diberikan sekali dalam setiap tiga tahun.

Kenyataannya itu dikeluarkan ekoran laporan akhbar Batam Pos baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Ulama Indonesia mengharamkan vaksin meningococcal meningitis kepada jemaah haji negara tersebut kerana mengandungi enzim babi.

Ia kemudian mendorong beberapa pakar agama di negara ini meminta pihak berkuasa menyemak semua status suntikan vaksin untuk jemaah haji dan umrah kerana dikhuatiri turut menggunakan sumber haram.


www.kosmo.com.my


Kenapa perlu vaksin ini untuk ke Arab Saudi?

Ianya perlu kerana untuk mencegah penyakit Meningitis.


Apa itu Meningitis? Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Terdapat beberapa jenis Meningitis, antaranya adalah :-

  1. Meningococcal meningitis

Meningitis (Meningokokal)

Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus).

Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan Gejala 5 % - 10 % adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

Sakit kepala yang teruk Demam Loya Muntah Sakit tengkuk Tidak boleh melihat cahaya Ruam Lain-lain tanda seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion) Komplikasi Berlaku Kematian:

5 – 15 % kes dengan terapi sempurna 50% tanpa rawatan 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh. Rawatan Antibiotik chemoprophylaxis (seperti pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Vaksinasi selepas jangkitan tidak berkesan.

Pencegahan Vaksin meningokokal:

Vaksin ini dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 Disyorkan kepada pelancong / pelawat yang ke kawasan endemic seperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Diambil 2 minggu sebelum melancong / melawat dan boleh bertahan kira-kira 3 – 5 tahun Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. Boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=33


Comments

Popular posts from this blog

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN, COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL.. dan jika tak ada logo HALAL.. tidak disahkan HALAL.. bacalah artikel di bawah......Gambaran Spirulina yang diternak

INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA!

Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR.

Pelbagai Kajian oleh ramai saintis …

Berita : Ganjaran Khas Utk Pendidik

Kita nantikan khabar gembira dari kerajaan untuk warga pendidik....

Ganjaran Khas Utk Pendidik
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.
''Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3).
''Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.
Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.
Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh nega…