Skip to main content

Akhbar : Guru Berpolitik???



Tokoh pendidik, PIBGN sokong guru berpolitik





KUALA LUMPUR 15 Julai - Pelbagai pihak hari ini menyambut baik keputusan kerajaan untuk menimbang kemungkinan membenarkan semula guru-guru aktif berpolitik. Persetujuan itu bagaimanapun disertakan syarat iaitu para guru perlu tahu membezakan antara tugasan politik dengan tanggungjawab mendidik anak-anak di sekolah.


Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berpendapat, tiada salahnya para guru dibenarkan aktif berpolitik kerana profesion perguruan sememangnya sinonim dengan gerakan nasionalisme sejak dahulu lagi.

Menurutnya, kebolehan guru selaku golongan terpelajar untuk membezakan perkara baik dan buruk seharusnya memberi kelebihan untuk mereka terbabit di dalam kancah politik negara. "Tiada salahnya guru aktif dalam politik. Cuma mereka perlu berusaha menjadi profesional tulen yang tahu memisahkan antara tugas politik dengan perguruan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi kelmarin bahawa kerajaan sedang menimbang untuk membenarkan guru-guru kumpulan A kembali aktif dalam politik termasuk memegang jawatan.

Pembabitan itu bagaimanapun dihadkan kepada kumpulan berjawatan DG41 sahaja dan tanpa melibatkan guru besar dan pengetua. Mengenai larangan pembabitan guru besar dan pengetua, Abdul Rahman berkata, langkah itu mungkin diambil bagi mewujudkan keseimbangan terhadap tugasan guru-guru yang aktif berpolitik.

"Mungkin kerana tanggungjawab mereka berat. Para pengetua dan guru besar perlu memantau anak-anak buah masing-masing agar tahu membahagikan tugas antara politik dan mengajar," jelasnya.

Pandangan Abdul Rahman turut dipersetujui Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan. Beliau berkata, ilmu serta pengetahuan guru-guru adalah satu pembaziran sekiranya mereka tidak diberi ruang politik untuk membangunkan negara.

Katanya, sebagai warganegara, mereka juga mempunyai hak untuk terlibat secara aktif dalam politik sama seperti orang lain. "Mereka ada kepakaran, kemahiran dan profesionalisme yang membuatkan mereka bernilai. Hak asasi mereka selaku rakyat Malaysia untuk terlibat dalam politik juga perlu diberi perhatian," tegasnya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan tidak bersetuju dengan cadangan itu. Beliau bimbang akan ada guru-guru mengeksploitasi murid-murid sekolah demi kepentingan politik masing-masing.

Tambahnya, tidak mustahil juga terdapat guru-guru yang tidak bertegur sapa atau kurang bekerjasama hanya disebabkan ideologi sempit politik masing-masing. Justeru, adalah lebih elok guru-guru hanya mengambil tahu hal politik daripada terlibat aktif, kata Hashim.

Utusan Malaysia Online: 16 Julai 2009

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...