Skip to main content

Berita : Malaysia Hari Ini


Kelab gay diserbu 32 termasuk empat wanita ditahan

KUALA LUMPUR: Sebuah kelab gay yang menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis terutama di hujung minggu diserbu polis dalam satu operasi di Jalan Yap Kwan Seng di sini awal hari ini.

Serbuan pada pukul 1.30 pagi mendapati terdapat lebih 500 pengunjung majoritinya lelaki yang sedang asyik menari, malah ada yang bercumbu dan membuat aksi mengghairahkan.

Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) ASP Mohd Ashril Md Johar yang mengetuai operasi itu berkata 28 lelaki dan empat wanita, berumur antara 20 dan 50 tahun, ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

Polis turut menemui dadah jenis Eramin 5 di lantai kelab itu yang dipercayai dibuang oleh pengunjung kelab, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Ashril berkata ini kali pertama serbuan dilakukan ke atas kelab itu yang beroperasi sejak setahun lepas, dan pada masa serbuan terdapat 500 lelaki dan 34 wanita.

Pemantauan ke atas kelab itu dibuat sejak seminggu lepas, katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Changkat Imbi, polis menahan 13 wanita warganegara China yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan 11 pelanggan.

Kesemua wanita yang ditahan diserah kepada pihak Imigresen untuk disiasat mengikut Akta Imigresen, manakala pelanggan lelaki ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi pukul 12 tengah malam, polis turut menemui beberapa bilik di tingkat dua bangunan empat tingkat itu yang dipercayai digunakan untuk memberi khidmat seks.

Selain itu, pusat hiburan itu turut menyediakan bilik VIP untuk pengunjung khas.

BERNAMA

Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2009/7/19/mstar_jenayah/20090719123142&sec=mstar_jenayah


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...