Skip to main content

Berita : Tahniah untuk Guru BI

Insentif khas untuk guru BI berkhidmat di luar bandar - Muhyiddin

SEREMBAN: Kerajaan sedang mengkaji insentif khas untuk guru Bahasa Inggeris (BI) daripada kategori cemerlang yang bersetuju berpindah untuk berkhidmat di kawasan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sekarang ini memang terdapat elaun khas dibayar kepada guru Bahasa Inggeris tetapi insentif itu akan diberikan kepada guru cemerlang BI yang sanggup mengajar di kawasan luar bandar.

"Kita nak bagi insentif seperti tempat tinggal...memang ada guru-guru yang berminat, inilah guru yang sedia berkorban," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Malaysia di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan mahu menghantar guru-guru terbaik ke kawasan pedalaman dengan mencontohi program di Australia yang dikenali sebagai "Teach Australia" di mana guru menyahut cabaran dan diberikan insentif khas untuk mengajar anak-anak bangsa di kawasan pedalaman benua itu.

Kerajaan akan memastikan keselesaan guru-guru yang mahu bertukar ke luar bandar ini terjamin supaya mereka akan selesa untuk berada di kawasan itu selama mungkin, katanya.

"Kita pilih dari kalangan yang benar-benar terlatih dari segi ukuran, ia boleh dikatakan sebagai Band 5, ini yang terbaik. Sekarang ini purata banyak Band 2 dan 3, yang cemerlang itu cuma 8 peratus sahaja," katanya.

Muhyiddin menegaskan negara perlu melahirkan guru-guru BI yang berkualiti tinggi dan pelbagai program serta perubahan sedang dibuat.

Kementerian memerlukan kira-kira 13,000 guru terlatih BI untuk dihantar ke kawasan luar bandar menjelang tahun 2012 iaitu apabila strategi memperkukuhkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mula dilaksanakan, katanya.

"Jadi ini pastinya memerlukan masa dan kita sudah putuskan bahawa kita akan dapatkan sumber dari institut-institut pendidikan guru, graduan dalam Bahasa Inggeris dari institut pengajian tinggi awam dan swasta, guru-guru yang bersara tetapi masih mampu untuk mengajar dan mungkin membawa masuk 1,000 tenaga luar negara sebagai Master Teacher untuk bimbing guru-guru kita," katanya.

Untuk murid pula, Makmal Bahasa yang dilengkapi komputer dan perisian terbaik akan diperkenalkan untuk membolehkan mereka mempelajari bahasa Inggeris, katanya.

BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/21/mstar_berita/20090721170908&sec=mstar_berita

Comments

Popular posts from this blog

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN, COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL.. dan jika tak ada logo HALAL.. tidak disahkan HALAL.. bacalah artikel di bawah......Gambaran Spirulina yang diternak

INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA!

Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR.

Pelbagai Kajian oleh ramai saintis …

Berita : Ganjaran Khas Utk Pendidik

Kita nantikan khabar gembira dari kerajaan untuk warga pendidik....

Ganjaran Khas Utk Pendidik
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.
''Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3).
''Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.
Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.
Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh nega…