Skip to main content

Soal jawab Agama : Membaca/Mengajar al-Quran (haid@nifas)

Adakah dibolehkan jika perempuan haid @ darah nifas menghafaz/membaca al-Quran, juga mengajar al-Quran?

Jawapan :

Jumhur Fuqaha
melarang wanita membaca Al-Quran ketika dalam haid dan sedang berjunub berdasar kepada hadis daripada ibnu Umar ra :

ولا تقرأ الحــائض ولا الجــنب شـــيئا من القرأن

“Tidak boleh membaca walau sesuatu pun dari Al-Quran wanita yang sedang haid dan berjunub”

Para Ulama Malikiah mengikut riwayat mereka yang sahih mengatakan bahawa :

Dibolehkan untuk memegang al-Quran bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.
Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana hari-hari haid itu berlangsung adalah cukup lama. Maka jika mereka dilarang daripada membaca al-Quran , dibimbangi bahawa mereka akan melupakan al-Quran. Sedangkan berzikir kepada Allah adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid. Ia juga memberi kemudahan kepada madrasah Tahfiz Al-Quran untuk meneruskan pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupakan hafazannya disebabkan terhenti bacaan kerana haid dan nifas.

Inilah mazhab (pegangan) Bukhari , at-Thobari , Ibn Munzir , Daud , as-Sya’bi , Mazhab as-Syafi’ie Qadim dan kebanyakan ulama masa kini.(Taudhih al-ahkam min bulughul maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , jld.1 , ms.461)

Malah dalam masalah wanita yang sedang dalam nifas juga dibolehkan untuk membaca al-Quran sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah : “Membaca Al-Quran bagi wanita nifas dibolehkan jika ia khuatir akan melupakan bacaan al-Quran dengan sebab lamanya tempoh masa nifas tersebut.Tetapi jika ia yakin bahawa tidak melupakan bacaan al-Quran tersebut maka tak perlulah ia membacanya.”
(Majmu’ al-Fatawa li syaikh al-Islam Ibn Taimiyah , Jld.1 ms.636)

Tahqiq / tarjih hukum :

Secara kesimpulannya , membaca al-Quran ketika dalam haid adalah dibolehkan berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan hukum wanita nifas dalam bab membaca al-Quran yang mana wanita tersebut boleh memegang dan membaca al-Quran sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid. (Hasyiyah al-Dasuqi , Jld.1 , ms.175)

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s