Skip to main content

Tazkirah Hari Jumaat

Entah kenapa terdetik di hati kecil ini tengahari tadi.. rasa nak pi solat Jumaat kat Masjid Gita aje.. Kebiasaannya kawe selalu pi solat Jumaat kat Jamek (Masjid Negeri Sarawak) dengan Sohok (SK Stapok).. Hari ni ke Masjid Gita la plok... Alhamdulillah, tanggungjawab sebagai Muslim ditunaikan..

Untuk perkongsian bersama, kawe amat tertarik benar dengan khutbah Jumaat yang dikhutbahkan oleh khatib tengahari tadi di Masjid Gita, Kuching. Khatib bukan baca teks khutbah tapi berkhutbah!! Isunya mengenai kewajipan "Sembahyang". mudah dan simple aje tajuk isunya.. tetapi ibadah sembahyang inilah ramai menusia akhir zaman tak laksanakan.. memandang remeh perihal solat...lebih2 lagi kat Sarawak ni!! Puasa bulan Ramadhan bukan main bersemangat/ bersungguh.. tapi sembahyang nya tidak.. padahal sembahyanglah yang mula2 Allah persoalkan semasa di hari Perhitungan nanti... kalau kat surau sekolah tu boleh kira dengan jari berapa orang cikgu naik solat terutama solat zuhor.. takkan jamak kot solat Zuhor dalam waktu asar!!.. budak2 pergi solat zuhor kat surau sekolah pun marah.. inilah pengalaman saya mengajar di Sarawak. semua ini pengalaman kawe semasa mengajar sessi petang dulu....

Tepat pada masanya Khatib membicarakan/memberi peringatan ke Jemaah masjid perihal kewajipan kepentingan Solat... khatib juga menerangkan Solat lah pencegah kepada kemungkaran...... begitu juga teguran khatib kepada bapa2 yang berada kat masjid Jumaat td agar didikan solat mesti dititik beratkan kepada Isteri dan Anak2 di rumah... jangan bapa atau ayah selalu ke masjid dan surau.. Pengerusi Surau lagi & Imam Surau lagi.. tapi sayangnya Isteri dan anak kat rumah tak sembahyang..... Si anak lelaki pula tak solat Jumaat...

si ayah akan menanggung dosa dan dipersalahkan kerana tidak memberi didikan kepada isteri dan anak2.. di akhirat nanti, isteri dan anak2 yang si ayah tidak bagi didikan agama, tidak suruh solat dan tidak mementingkan solat kepada mereka... akan mengadu di hadapan Allah.. si ayah tidak menunaikan haknya sebagai seorang ayah... apatah lagi dalam bab menutup aurat. si anak dan isteri tidak diingatkan supaya mereka menjaga aurat masing-masing...

ayah sibuk ke masjid/surau tapi si anak pulak sibuk ke sana sini naik motor/kereta.. lebih teruk lagi dok bersembang depan rumah dari Maghrib hingga Isyak.. bila masa sembahyang...

patutlah kerajaan sarawak membanyakkan hiburan... jadikan penyanyi sebagai idola kepada masyarakat... beginilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ada ke penyanyi dibangga2kan.... inilah realiti masyarakat islam di Sarawak!! Semuanya macam ni.. bab menyanyi, berkaraukeeeee bukan main... berzanji pun sama.. no 1..



Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s