Skip to main content

Berita : Murid ditampar Ustaz!!

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my


Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.
Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam. Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.

"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya. Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

Berita Harian Online: 16 Julai 2009

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...