j-QAF akan diperluas ke sekolah menengah
17/07/2009 6:10pm
17/07/2009 6:10pm
KUANTAN 17 Julai - Kerajaan akan menaik taraf guru-guru agama lepasan diploma ke peringkat ijazah dalam usaha memperluaskan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ke peringkat sekolah menengah tidak lama lagi
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, usaha itu diambil selepas mendapati program J-QAF memberi perkembangan positif kepada pelajar dalam penguasaan tulisan jawi dan bacaan al-Quran.
Menurut beliau, sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2005 hingga Jun 2008, kira-kira 95.9 peratus murid tahun tiga di seluruh negara berjaya menguasai asas jawi dengan baik.
- Utusan
Ulasan :
Hasmadi Bin Hamdan (http://hasmadi.blogspot.com) said...
Assalamualaikum... j-QAF ke sekolah menengah bermaksud program itu diteruskan ke sekolah menengah dengan guru khas yang lain, perjawatan baru.
Manakala guru j-qaf yang sedia ada meneruskan program di sekolah kebangsaan seperti biasa. Walaupun demikian, program j-QAF menengah berbeza sedikit dgn j-QAF rendah di mana penumpuan lebih diberi kepada penghayatan dan amali.
Sekian harap maklum.
Comments
Post a Comment