Skip to main content

Berita : Sekolah Sukar Dapat Topeng "Hubungi Jabatan Pel."

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengarahkan sekolah yang sukar mendapatkan topeng muka untuk diagihkan kepada pelajar bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1) supaya menghubungi Jabatan Pelajaran negeri masing-masing.

Katanya, dakwaan ada sesetengah sekolah tidak mengagihkan alat pelindung itu kepada pelajar walaupun peruntukan khas RM2.6 juta sudah disalurkan Kementerian Pelajaran bagi tujuan berkenaan, mungkin disebabkan kehabisan stok topeng muka di pasaran berikutan permintaan tinggi yang diterima.

“Kita sudah menyalurkan RM2.6 juta kepada semua Jabatan Pelajaran negeri, kira-kira dua minggu lalu untuk diagihkan kepada sekolah bagi membiayai pembelian topeng muka dan alat mengukur suhu badan. Sepatutnya semua sekolah sudah menerima peruntukan berkenaan.

“Sekiranya memang ada sekolah yang belum mengagihkan topeng muka kepada pelajar disebabkan tiada stok, mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada sekolah, terutama yang mempunyai jumlah pelajar ramai, mengambil langkah mengagihkan topeng muka berdasarkan keperluan dan bukan secara menyeluruh kepada semua pelajar.

“Contohnya, sekolah menyediakan topeng muka untuk pelajar dalam kelas sama atau berdekatan dengan mangsa jangkitan H1N1 kerana bekalan terhad dan perlu ditukar selalu. Bagaimanapun, setakat ini saya belum terima laporan atau aduan mengenai sekolah tidak mengagihkan topeng muka kepada pelajar,” katanya.

Mengenai tindakan segelintir ibu bapa yang melarang anak mereka ke sekolah kerana bimbang dengan jangkitan H1N1, Alimuddin berkata, pelbagai langkah rapi dan proaktif sudah diambil untuk membendung penularan wabak itu di sekolah.

“Sehubungan itu, ibu bapa jangan bimbang atau panik. Kementerian dan pihak sekolah tidak akan menyembunyikan sebarang kes H1N1. Tindakan melarang anak menghadiri sekolah tanpa keperluan akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.

Berita Harian Online: 16 Ogos 2009

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s...