Sedarilah.... Baca dan hayati ....
1) Arak adalah haram dan najis berdalilkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Orang Islam bukan sahaja dilarang minum arak, malah dilarang terlibat dengan segala yang ada kaitan dengan arak.
Sabda Nabi s.a.w.; “Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa arak kepadanya dan orang yang memakan harganya (yakni hasil jualannya)”.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dari Ibnu Umar. Hadis ini menurut Imam as-Suyuti adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7253)
2) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda semasa baginda berada di Mekah pada tahun pembukaannya;
“Sesungguhnya Allah dan RasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan patung-patung berhala”. Baginda ditanya; ya Rasulullah, bagaimana dengan lemak bangkai (adakah turut diharamkan) kerana ia digunakan untuk menyaluti (mengecat) kapal/sampan, meminyaki kulit-kulit dan bahan bakar pelita/lampu. Maka Nabi menjawab; ia juga haram. Kemudian baginda bersabda lagi; “Allah telah melaknat kaum Yahudi kerana tatkala Allah mengharamkan ke atas mereka lemak-lemak (binatang yang diharamkan) mereka mencairkannya kemudian menjualnya dan memakan harganya (yakni wang hasil jualannya)”.
(Riwayat Imam al-Bukhari).
3) Dalam hadis lain baginda menegaskan;
“Sesungguhnya Allah apabila mengharamkan sesuatu maka Ia mengharamkan juga hasil jualannya”
(Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Comments
Post a Comment