Skip to main content

Wartawan KOSMO & UTUSAN - WartaWANG !

Misi Royalti Bertukar Misi Maut..?

Pagi ni aku dapat call seawal jam 7:00 pagi dari sorang member blogger mintak aku pergi kedai segera lepas tu beli akhbar Kosmo sebab ada berita hot katanya... berkenaan dengan Misi Royalti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. "kau ikut sekali dalam misi tu, aku tak nak tanya kau sekarang apa sebenarnya yang berlaku... aku nak tunggu kau jawab dalam website kau..!" tu kata member yang call aku...

Jadi aku start motor cabuk pak sedare aku, pergi kedai, beli Kosmo...

"Misi Royalti Bertukar Misi Maut" - tu tajuk utama sebelah kiri bawah Kosmo... artikel penuh di muka surat 13 (ni pertama kali aku beli Kosmo... sebelum ni aku tak pernah layan akhbar bodoh ni)...

"Pengalaman mengerikan apabila terpaksa menyabung nyawa dilautan"... itu kata Khairi (wartawan Kosmo) dalam laporannya... aku tak nak ulas lagi bab tu, yang tu aku biarkan dulu dan aku akan jawab dihujung artikel ni.

Khairi (wartawan kosmo) mempertikaikan tindakan pihak penganjur yang hanya menyediakan bot nelayan untuk menjayakan misi ke pelantar minyak yang pertama kali dijayakan ini. alamak... Khairi... aku tak tau pengangkutan macam mana yang kau harapkan untuk menjayakan misi ini.

Mungkin sebelum ikut misi ni kau terbayangkan kau meredah lautan dalam kapal mewah sehebat Titanic menuju ke Pelantar Cakrawala..? Khairi jugak mungkin pernah membayangkan gadis-gadis cantik sedang mengurut-urut belakang badannya sepanjang perjalanan ni. yang tu aku tak tau...
No 1 dan no 3 dari kiri ialah warta"wang" Kosmo... no 2 dari kiri ialah anak kapal, no 4 ialah wartawan SIASAH/Harakah dan yang baju koyak tu ialah kapten kapal...

Susah juga kalau masih ada wartawan yang bekerja kerana wang dan bukannya kerana tanggungjawabnya untuk menyampaikan berita-berita yang benar. hari ni baru aku perasan, dalam bidang pemberitaan atau sumber maklumat, ada 2 jenis pemberita...

1 golongan layak dipanggil sebagai "wartawan" yang kerjanya mencari berita dan menyampaikan apa yang mereka dapat untuk dikongsi bersama semua dan 1 lagi golongan lebih layak dipanggil sebagai "wartaWANG"... golongan ini bekerja semata-mata untuk "wang" dan mereka ini hanya akan menurut perintah pihak atasan. kalau perlu pusing, pusinglah beritanya agar ianya menguntungkan pihak yang diatas - semuanya kerana "wang".

Memang tak salah apa yang disampaikan. pengalaman dilambung ombak selama lebih dari 24 jam memang amat memeritkan bagi mereka-mereka yang tidak biasa menghadapi kesusahan. jadi apa masalahnya..? itulah kehidupan para nelayan. begitulah para nelayan menghadapi kehidupan seharian mereka hanya untuk mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga.

Apa sangatlah gelombang sebegini kalau nak dibandingkan dengan yang dibawah ni..?


Kenapa tidak kita yang lebih bernasib baik ini mengambil iktibar atas pengalaman itu..? bukan mudah menjadi nelayan kan..? kita dirumah seronok-seronok makan ikan segar, sotong segar dan semua hasil lautan yang segar-segar hasil "sabung nyawa" para nelayan dilautan tapi kita tak pernah terfikir apa yang para nelayan lalui dilautan.

Belajarlah dari pengalaman yang amat-amat berharga ini. belajarlah dari kesusahan orang lain. dalam hidup kita seharian, kita kena sedar bahawa kesenangan itu tidak mengajar apa-apa kepada kita. kesenangan diibaratkan sebagai "syurga". kalau nak survive atau survival, syurga bukanlah tempatnya. syurga adalah 1 tempat untuk kita duduk mengangkang bersenang lenang dan semuanya ada sebaik kita terfikir apa yang kita mahu.

Kalau nak belajar, carilah kesusahan. kesusahan akan membina kita. anak-anak kecil hidupnya susah, nak makan susah, kena bersuap, nak minum milo susah sebab tak pandai nak buat, jadi mereka mula belajar dari kesusahan mereka. mereka belajar, belajar dan belajar sehingga anak-anak kecil yang dulu tak tau apa-apa sudah boleh berdikari.

Mereka (anak-anak kecil) yang dulunya hidup susah, boleh berdikari sebab mereka belajar dari kesusahan tapi sayang pula bila dah besar, ada anak-anak kecil yang sudah boleh berdikari ini mula malas hendak belajar mungkin sebab dah mula rasa selesa atau mungkin juga sudah rasa terlalu hebat bila sudah dewasa. maka, akan gagallah anak muda ini dikemudian hari.

Tamat bab susah... balik kepada XPDC dan artikel Khairi...

Khairi juga mempersoalkan tentang perjalanan yang "hakikatnya meredah hampir 28 jam perjalanan sebenar". kata Khairi, "petugas media diberitahu, perjalanan hanya mengambil masa 8 jam pergi dan balik pada mulanya"... ini masalahnya kalau wartawan tak ambik perhatian waktu sessi penerangan diberi. timbul kekeliruan. keliru sebab diri sendiri yang lalai atau mungkin juga mamai.

Apa yang dijelaskan oleh Dato' Husam sebenarnya bukanlah 8 jam perjalanan pergi dan balik, sebaliknya 8 jam perjalanan itu untuk sehala (8 jam pergi dan 8 jam balik) sekiranya laut tenang. tanyalah mana-mana kaki pancing laut dalam (tanya aku pun boleh... hahaha...!!!), mana ada bot nelayan yang boleh buat perjalanan sejauh 150 km dalam masa kurang dari 8 jam kalau laut bergelora..? kalau bot laju macam yang Maritim, PDRM atau Kastam pakai tu bolehlah..! ini bot nelayan bro..!

Kau naik kancil tapi kau nak sampai cepat macam orang naik BMW M3 atau M5..? mana ada jalan bro..? laut tenang tu keadaannya sama macam litar F1 Sepang masa tak de perlumbaan, laut bergelora pulak keadaannya sama macam jalan di KL pada hari jumaat hari bekerja. kau fikirlah sendiri macam mana...

Lain kali kalau nak cepat, kau mintak aje bos kau sewa Helikopter... paling cepat 45 minit kau dah sampai ke Pelantar Cakrawala dan paling lewat (kalau angin kuat) 1 setengah jam kau sampai la Pelantar Cakrawala.
Sewa menatang ni la lain kali kalau nak senang..!

Aku tak tau pulak kenapa Khairi dan wartawan Utusan memilih untuk menaiki bot nelayan yang memang bahaya ni... kamu yang membuat keputusan, jangan salahkan pihak lain.

Pada aku, wartawan Kosmo dan Utusan langsung tidak layak untuk digelar sebagai 'wartawan'... bidang kewartawanan bukanlah 1 bidang untuk mereka-mereka yang "manja"... kalau nak bermanja, lebih baik mengopek susu ibu dirumah.

Lihat sahaja bagaimana wartawan Discovery menyabung nyawa mereka. disudut mana dalam dunia ini yang tidak diredah oleh mereka..? pernah tengok rancangan Discovery Channel..? "Deadliest Catch" menceritakan segalanya. apa yang nelayan lalui dilaut dalam, turut dilalui oleh wartawan bertugas yang merakam pengalaman mereka. ada yang pernah terbaca wartawan Discovery bersungut atau mengeluh sebab tidak selesa..?
Apalah sangat gelombang yang kami tempuhi sepanjang perjalanan kalau nak dibandingkan dengan gelombang yang wartawan bukan Islam tu lalui di Alaska..? tapi heran kan..? kenapa wartawan yang bukan Islam lebih menghargai pengalaman mereka berbanding wartawan yang beragama islam seperti di Malaysia ni..?
Pernahkah anda terfikir betapa bahayanya tugas seorang wartawan..? lihat gambar diatas... nampak menarikkan..? memang menarik, silap haribulan, tukang ambik gambar ni pun mampus kena kipas helikopter yang terhempas ni..! sumber - Associated Press

Dari segi aspek keselamatan pun sipersoalkan dan dalam hal ni memang pihak penganjur memang ada menyediakan jaket keselamatan tetapi jumlahnya tidak mencukupi kerana ada antara pihak yang datang tidak memaklumkan terlebih dahulu penyertaan mereka.

Yang ni aku tak reti nak komplen banyak-banyak... yang aku tau, sebaik sahaja diberitahu bahawa live jaket tidak cukup sebab masalah ada peserta "last minit", sebelum naik bot (dilokasi pelancaran) aku dah sambar live jaket awal-awal sebab aku tak reti berenang walaupun aku selalu kelaut - safety first..!

Pengajarannya - jangan tunggu orang suap atau hulur semua benda pada kita, ikhtiarlah sendiri kalau dah tahu ada kekurangan...

Pihak penganjur juga ada menyediakan ubat mabuk laut kepada semua peserta dan sampai hari ni aku masih simpan lagi ubat tu (aku tak makan sebab dah biasa kelaut).

Jurugambar Utusan Malaysia, Hafiz Johari pula memaklumkan bahawa dia masih dalam keadaan trauma. "saya menyaksikan sendiri tekong bot beberapa kali cuba menghubungi pasukan APMM untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal,"

BOHONG..! kenyataannya ialah, tekong bot cuba menghubungi APMM bukan untuk meminta bantuan sebaliknya atas permintaan peserta yang ingin tahu adakah kami akan bermalam di sekitar Pelantar Cakrawala atau akan terus balik sebaik selesai mengambil gambar Pelantar Cakrawala dan juga melakukan rakaman video..!

Bantuan apa yang nak diminta ditengah-tengah laut sedangkan antara kami tiada yang berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan kecemasan..? mabuk laut tiada ubatnya bro... lu balik kedarat atau dalam perjalanan balik, hilanglah mabuk laut... sementara tu, nikmatilah saat-saat manis mabuk free..! bukan kena bayar pun..!

Memang aku tak tolak kenyataan yang mengatakan bahawa XPDC tersebut "bahaya", tapi bagi aku, apalah sangat pengalaman macam tu..? ramai lagi para nelayan yang kehidupannya macam tu. untuk apa..? untuk sesuap nasi dan juga untuk menyumbat perut-perut kita yang "malu" atau "segan" atau "PONDAN" ("PONDAN" sesuai diberi pada wartawan Utusan dan Kosmo) dengan hasil laut.

Untuk Khairi Mohamad, Rodelio Junjun Taucan dan juga Hafiz Johari, lebih baik kamu bertiga letak jawatan dari menjadi wartawan dan juga jurugambar... tempat kamu bukan disitu, kamu tak tega untuk bersama mereka-mereka yang kehidupannya sukar.

Kamu bertiga lebih layak berada dalam bilik berhawa dingin, menikmati kopi ekspresso sambil menyedut cerut Cohibba buatan Cuba sambil dibelai oleh wanita-wanita cantik. mungkin juga sedikit red wine atau white wine keluaran Perancis.

Aku tak tau macam mana keadaan kamu bertiga sekiranya dihantar untuk membuat laporan di negara-negara yang sedang bergolak... mungkin juga kamu bertiga akan menjadi wartawan dan jurugambar pertama didunia yang memakai Pampers pakai buang..!

Baru kena lambung ombak dah kecoh pasal "maut"..! Belum lagi di hantar ke Palestin, Iraq Dan Afganistan!!


Sumber : PerisikRakyat


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s...