Skip to main content

Berita : Ramai minta taraf warganegara Malaysia!!

32,397 permohonan taraf warganegara akan selesai sebelum Disember - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Sebanyak 32,927 permohonan taraf kewarganegaraan yang tertunggak dari Januari 2009 akan diproses sebelum penghujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut termasuk dalam agenda Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementeriannya bagi memastikan kes-kes tertunggak tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Tidak mudah untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak dengan cepat kerana setiap permohonan perlu diteliti dan disemak terlebih dahulu.

“Dengan kakitangan yang ramai diharapkan permohonan yang baru juga akan diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Ucapan Tahniah dan Surat Kelulusan Taraf Kewarganegaraan kepada 92 penerima di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, terdapat dua lagi agenda yang terdapat dalam KPI kementeriannya iaitu menyelesaikan kes pendaftaran lewat sijil kelahiran yang berjumlah 93,360 permohonan dan menyelesaikan sebanyak 16, 812 permit masuk.

Anugerah Taraf Kewarganegaraan Malaysia ini diberi berdasarkan kepada lima fasal yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lima fasal berkenaan ialah:
1) Perkara 15A- Taraf kewarganegaraan Malaysia yang diberi di dalam keadaan-keadaan khas
2) Perkara 15 (1) – Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang diberi bagi isteri kepada warganegara secara daftaran;
3) Perkara 15 (2) – Taraf kewarganegaraan Malaysia yang diberi bagi anak-anak yang berumur 21 tahun kepada ibu atau bapa seorang warganegara Malaysia.
4) Perkara 16 – Taraf kewarganegaraan Malaysia yang diberi bagi orang-orang yang lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka (sebelum tahun 1957);
5) Perkara 19 (1) – Taraf Kewarganegaraan yang diberi dengan cara masukan (naturalisasi) bagi yang telah berumur melebihi 21 tahun.

Jelas Hishammuddin, mereka yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan kerana ia akan dipertimbangkan.

“Kepada mereka yang tidak berjaya kali ini, proses untuk merayu sentiasa wujud. Kita di landasan yang betul dan saya sendiri turut meluangkan masa untuk meneliti setiap permohonan itu.

“Setakat ini hanya tinggal 30 peratus permohonan lagi yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Ditanya sama ada proses kelulusan permohonan taraf warganegara telah dipercepatkan bagi memudahkan seseorang itu memohon untuk menjadi warganegara Malaysia, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata: “Prosesnya masih begitu ketat kerana dalam hal-hal begini saya tidak akan ambil mudah. Mereka (pemohon) perlu melalui beberapa lapisan (saringan) sebelum permohonan itu diluluskan.”

“Berjaya atau tidak itu banyak bergantung kepada kedudukan dan kriteria masing-masing. Tapi mereka berhak untuk tahu status permohonan mereka,” katanya.

Sehubungan itu,Hishammuddin berkata jumlah kakitangan JPN telah ditambah bagi memastikan proses permohonan taraf kewarnegaraan Malaysia berjalan lancar. Ketika ditanya mengenai implikasi daripada pemberian taraf kewargenaraan yang diluluskan itu, Hishammuddin berkata, isu seperti perpaduan, keamanan dan gagasan 1Malaysia bukan dapat dicapai dengan mudah kerana ia memerlukan banyak pengorbanan tanpa mengira kaum dan warna kulit seseorang.

“Tanpa ciri-ciri berkenaan, bukan sahaja orang luar tidak mahu menjadi rakyat di negara ini, penduduk di sini juga pasti tidak mahu jadi rakyat. Bila ianya terjadi, negara ini sudah tidak ada nilainya,” katanya.

Jelasnya, Malaysia mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana ada pemohon yang sanggup menunggu sehingga 20 hingga 30 tahun sedangkan rakyat Malaysia sendiri tidak menghargainya.
“Kita sendiri wajar menghargai keisitimewaan yang kita miliki itu. Saya juga ingatkan kepada mereka yang mendapat taraf warganegara hari ini supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dengan melaksanakan apa yang termaktub dalam rukun negara dan perlembagaan negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...