Skip to main content

Best nya dapat balik Kampung..


Salam Aidilfitri kepada semua......... & Selamat Beraya di Kampung Halaman..


Esok hari raya.. riuh suara bebudak bersorak.. mana taknya, esok dapat pakai baju baru dan semuanya baru termasuklad dapat duit baru.. (RM50). hhihihiiiii :)

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat balik kampung... selamat berhari raya..

Tahun ni 2009, kawe beraya bersama seorang insan baru (Wan Rabiatul Adawiyah) puteri.. begitu juga tahun ni kawe bersama isteri dan anak beraya kat KL... Tapi raya pertama, kedua dan ketiga aje.. Raya ke empat barulah bali kg kat Trg... tapi sedih jugak :(

Ini kerana isteri terpaksa bertugas di Hospital kerana tahun lepas 2008 isteri dah dapat cuti beraya kat kg.. maka tahun ni kena kerja laaa... Beraya lah kami 3 beranak kat KL... emm, saper ye sanak saudara warih waroh yang ada kat KL ni... tanda tanya? jika ada boleh pi beraya..

maka esok hari berayalah kami sekitar rumah jiran dan juga jiran sebilik sebelah yang sama tak balik kampung kena kerja jugak... nak buat persiapan untuk sambut raya kat rumah.. tak sesuai kerana rumah ni hak milik ramai :) kerana kami sewa bilik aje......

Nak sewa rumah sebuah kat KL ni.. kena fikir 2 sebab : sebab pertama : bahaya. yang bahayanya kerana isteri kawe akan tinggal seorang diri.. kawe balik semenanjung pun masa cuti sekolah ajer.. dan sebab kedua mahal. area Bangsar dan kg abdullah hukum ni paling murah pun RM900.. dah puas kami mencari... emm, emm, minta bantuan boleh tak? jika sesape yang tahu rumah murah area berdekatan dengan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Bangsar boleh la tel dan masej kawe kat blog nie.. thanks.. syukran sudi membantu kawe....

lagpiun kawe masih mengajar kat sarawak.. entah laa bila dapat pindah... transfer ke semenanjung... dah lah nak balik kena naik BELON... jika ada jalan darat ke, jambatan ke boleh la macam nie.... time balik kg :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri
كل عام وانتم بخير

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...