Skip to main content

Berita : Laporan j-QAF 1 (Berita Harian)

Kesan Pengajaran j-QAF

PELAKSANAAN program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah rendah sejak 2005 menjadi iltizam kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan hari ini.

Dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, program itu membuktikan kesungguhan kerajaan melahirkan modal insan serba boleh dan mahir dalam empat perkara asas dalam pendidikan Islam iaitu membaca al-Quran, tulisan jawi, bahasa Arab dan fardu ain

Mengguna pakai empat model pengajaran dan satu model kokurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF mensasarkan murid mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi, khatam al-Quran, menguasai asas bahasa Arab dan memantap dan menghayati amalan fardu ain.

Pelaksanaan program j-QAF sudah menampakkan kejayaan ketara apabila semakin ramai murid mahir menulis dalam jawi menerusi konsep pengajaran pemulihan jawi lebih menarik menggunakan kaedah inovasi pembelajaran seperti permainan, lagu dan multimedia.Harapan Kementerian Pelajaran agar tiada lagi masalah buta jawi kalangan murid sekolah diyakini mampu dicapai dengan pelaksanaan dan kerjasama yang baik semua pihak.

Begitu juga perkembangan bacaan al-Quran menerusi Model Enam Bulan Khatam al-Quran yang menekankan kaedah pengajaran Iqra dan instrumen latih tubi tasmik.

Sesi tasmik memberi peluang kepada guru melakukan pemantauan terhadap perkembangan murid dalam bacaan al-Quran menerusi sesi penilaian yang direkodkan sekali gus berjaya membantu murid mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik.

Selain itu, penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan murid pula semakin menyerlah apabila mereka berupaya menyebut pelbagai perkataan dalam bahasa Arab, berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mengikuti program j-QAF sebelum ini.

Jelas pengisian Model Penguasaan Bahasa Arab dalam program j-QAF berjaya memupuk minat serta kesungguhan murid mendalami ilmu bahasa Arab, selain diharap mampu mengamalkannya dalam komunikasi seharian, kelak.

Usaha memperkasa pengajaran fardu ain melalui program j-QAF juga nyata memberikan impak amat baik terhadap soal ibadah dalam kalangan kanak-kanak.

Pengajaran amali solat misalnya yang diselang-selikan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat yang dilaksanakan empat kali setahun banyak membantu murid mendalami amali solat.Hasilnya, pencapaian cemerlang berjaya ditonjolkan murid dalam amali solat dengan lebih sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan dalam solat.

Kementerian Pelajaran ternyata menaruh harapan besar agar pelaksanaan program j-QAF mampu berfungsi sebagai tonggak memperkasakan pendidikan Islam untuk membina jati diri insan mukmin di samping merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara.

Namun, di sebalik kejayaan itu, tidak dinafikan terdapat beberapa permasalahan dalam pelaksanaan program j-QAF dan jika tidak dilakukan penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan, ia boleh menjejas kelancaran pelaksanaan program berkenaan.Sama ada kalangan ibu bapa mahupun guru j-QAF sendiri, masalah itu dikhuatiri memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF yang kini sudah memasuki tahun kelima pelaksanaannya.

Seorang guru j-QAF di salah sebuah sekolah rendah di Subang Jaya mengakui sesetengah ibu bapa enggan memberi kerjasama bagi memastikan penyertaan dan komitmen penuh anak mereka dalam aktiviti j-QAF terutama membabitkan sesi P&P model tasmik yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan.

“Ramai ibu bapa tampil dan mengadu pelbagai masalah timbul sekiranya sesi itu dijalankan selepas waktu persekolahan. Ada yang bimbangkan keselamatan anak selain mengadu sukar mendapat pengangkutan untuk pulang,” katanya.

Justeru katanya, kerjasama semua pihak, khususnya ibu bapa penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program j-QAF. Katanya, kerjasama itu dituntut bagi memastikan program j-QAF mampu berfungsi sebagai tunggak dalam memperkasakan pendidikan Islam di sekolah.

Guru Pendidikan Islam di sekolah sama pula mendedahkan ada kalanya wujud ketidaksefahaman antara penyelia dengan guru j-QAF berikutan sikap negatif segelintir guru j-QAF ketika mengikuti latihan di sekolah.

“Saya tidak labelkan semua guru j-QAF bersikap sedemikian, namun ada segelintir daripada mereka enggan menerima teguran, malah tidak menghormati penyelia yang bertanggungjawab membimbing dan melatih mereka. Malah, ada yang membelakangkan penyelia dalam membuat keputusan berkaitan aktiviti j-QAF ,” katanya yang berpengalaman menyelia guru j-QAF sebelum ini.

Mengakui permasalahan itu mungkin dianggap remeh dan kes terpencil, beliau bagaimanapun mencadangkan agar latihan kepada guru j-QAF dilaksanakan di institusi pendidikan guru, sebelum mereka memulakan tugas sebagai pendidik di sekolah.

Berita Harian Online: 5 Oktober 2009


Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s...