Skip to main content

Berita : PMR

Solat hajat dan bacaan Yaasin calon PMR

Kuantan - Bagi memohon keberkatan Allah dan keputusan cemerlang, solat hajat untuk calon peperiksaan Penilaian Sekolah Menengah (PMR) Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan diadakan.

Penyelarasnya, Azizah Kamaruddin berkata, solat hajat yang dilakukan bukan sahaja membabitkan pelajar Tingkatan Tiga tetapi ibu bapa turut hadir untuk bersama-sama memohon keberkatan menjelang peperiksaan.Menurutnya, majlis sedemikian sentiasa diadakan di peringkat dalaman dan solat hajat perdana yang diadakan adalah yang terakhir yang dilaksanakan sekolah.

“Walaupun begitu, pelajar dinasihatkan melaksanakan solat hajat pada setiap masa selain usaha berterusan dilakukan. “Saya berharap pelajar sudah bersedia untuk menghadapi PMR Rabu ini dan memanfaatkan apa yang dipelajari dengan sebaik mungkin,” kata Azizah.

Sumber : Sinar Harian: 5 Oktober 2009


GEMENCHEH – Keprihatinan ibu bapa dan barisan warga Maahad Ahmadi terhadap generasi muda dalam soal pembelajaran penting supaya golongan berkenaan menyedari pelajaran dapat membentuk menjadi individu berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Menyedari kepentingan berkenaan, warga pentadbiran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Ahmadi menganjurkan program bacaan Yasin untuk pelajar institusi terbabit yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Program dianjurkan sempena penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 itu dihadiri hampir 1,000 jemputan merangkumi ibu bapa, barisan tenaga pengajar, pelajar dan warga pentadbiran Maahad Ahmadi bersama mengalunkan bacaan Yasin dan melakukan Solat Hajat secara bersama.

Pengetuanya, Abdul Rahim Ma’amor berkata, program tahunan itu dijalankan untuk pelajar Maahad Ahmadi yang bakal menduduki peperiksaan sekali gus berdoa kecemerlangan akademik golongan terbabit dan sekolah.

Menurutnya, penganjuran program itu diharap dapat memberi ketenangan dan memudahkan pelajar menjawab peperiksaan seterusnya mendapat keputusan cemerlang, selain bersama menikmati juadah hari raya.

“Ini adalah usaha pihak pentadbiran sekolah dan PIBG untuk memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak supaya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tahu bahawa kami sentiasa mengambil berat soal pelajaran dan semua aspek kehidupan anak,” katanya.

Abdul Rahim berkata, penganjuran majlis bacaan Yasin itu bertujuan mengeratkan ukhuwah antara pelajar, ibu bapa, tenaga pengajar serta warga pentadbiran Maahad Ahmadi, walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

“Semangat ditunjukkan ini baik dan wajar diteruskan pada masa akan datang kerana banyak manfaat diperoleh melalui majlis berkenaan.“Saya harap masa diluangkan pelajar, ibu bapa, tenaga pengajar dan warga pentadbiran Maahad Ahmadi mendapat keberkatan Allah SWT,” katanya.

Sumber : Sinar Harian: 5 Oktober 2009


Kita sama2 doakan kejayaan anak2 didik kita dalam menghadapi PMR.. moga2 ilmu yang mereka perolehi dari kita menjadi cahaya penyuluh untuk mereka di masa akan datang...

Comments

Popular posts from this blog

Tazkirah Sempena Sambutan Hari Guru

Dewasa ini, sedar mahupun tidak sebenarnya tugas yang dilaksanakan oleh insan yang bergelar atau memegang title GURU. Dibahunya akan terpikul tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ; وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ "Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam" Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia m...

Melayu ISLAM Tauke Carlsberg

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) Siapakah mereka ini? Orang Melayu Islam.... Sila layari dan dapatkan jawapan.... http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam Malaysia. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita. Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja (Rujuk juga 7 wasiat raja2 melayu) .... mereka menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manaka...

Spirulina Pig Waste!!

Orang memperkatakan Spirulina elok, ok dan macam2 lagi...Ramai di kalangan kita yang membeli dan memakan tablet yang bernama SPIRULINA tersebut.. adakah kita pastikan ianya halal???.. sekarang banyak SPIRULINA yang dijual dipasaran.. antaranya dari ELKEN , COSWAY dsb... ada org kata Spirulina dari ELKEN paling ok... ye ke?? Oleh itu kita kena periksa dan check dulu.. yang penting pastikan ianya HALAL .. dan jika tak ada logo HALAL .. tidak disahkan HALAL .. bacalah artikel di bawah...... Gambaran Spirulina yang diternak INGAT!! BERHATI-HATI DENGAN SPIRULINA YANG MENGGUNAKAN NAJIS KHINZIR SEBAGAI BAJA! Spirulina yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia adalah Bersih Dan HALAL, Kenapa dikatakan bersih? Spirulina yang dihasilkan di Malaysia adalah melalui kaedah saintifik mengikut formula baru penanamannya. Spirulina yang diImport dari luar negara ternyata menggunakan baja yang tidak begitu baik untuk kesihatan malah ada yang ditanam dikawasan penternakan KHINZIR. Pelbagai Kajian oleh ramai s...