Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

ASTRO Lintah Darat!!

Warna merah bawah tulisan astro tu lintah Sedarkah kita?? Benar atau tidak kenyataan dari pihak Astro tentang kenaikan bayaran ASTRO... Kenyataan ASTRO : "Menurut Astro, peningkatan caj tersebut masih rendah berbanding stesen televisyen berbayar di negara lain seperti di United Kingdom yang meningkat sehingga 532 peratus, Hong Kong (501 peratus), Thailand (297 peratus), Singapura (282 peratus) dan Australia (172 peratus). Kenaikan di Malaysia cuma 100 peratus. Bermula 1 Ogos lalu, peminat saluran sukan di stesen televisyen satelit berbayar, Astro telah terpaksa membayar lebih lapor akhbar Kosmo. Kenaikan bayaran sebanyak RM12 itu ekoran peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini, kata Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay. " Komen : Hek eleh.. Puiitt.. yealah tu masih rendah berbanding tesen televisyen berbayar di negara lain.. tapi kualiti perkhidmatan, hampeh... Kenapa perlu dinaikan kos sedangkan bila aje hari hujan.. langsu...

Berita : Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam. Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang. "Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," kata...

Berita : Belum Diserang dah Terbakar (Meletup)

KD Seri Inderapura , kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut. Kejadian dilaporkan kira-kira 6 pagi ini dan sehingga kini usaha memadamkan kebakaran masih berjalan. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata laporan awal menyatakan kebakaran membabitkan bahagian pejabat dan bahagian muatan barang. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. "Polis juga belum menerima laporan daripada TLDM Lumut," katanya ketika dihubungi.

Maha Kuasa Allah

Gempa di Indonesia Signifikan dari ayat al-Quran Email : Zainal Ku sumber: eramuslim MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut: 17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52 ...

Berita : Sekolah Dalam Bandar Kuching Bila Lagi??

Ni sekolah kat bandaraya Kuching.. ada jambatan.. nanti ZECON akan buat TOL kat jambatan tu. sape2 yang lalu kena bayar tol. biar pendek je jambatan tu.. pejalan kaki 20 sen, motorsikal 50sen .. patut la kaya sarawak.. kaya poket pembesar sarawak!! Nanti runtuh adik oii!! ada kelulusan JKR ke tak tu? Kecian kat cikgu2.. berdiri kat titi.. alamak!kecilnya titi tu.. PM 1malaysia tahu ke kat Malaysia masih ada sekolah macam nie.. dah 52 tahun merdeka.. Benark ah kenyataan tu.. timbul tanda tanya bila baca akhbar tu.. kerajaan nak bantu sungguh ke? jika bantu pun, kerajaan pusat bagi duit.. tapi kerajaan sarawak tibai duit.. masuk poket... dah lah tiap2 saat tibai, pau, baham duit rakyat.. mana tidaknya... ada ke org naik motorsikal ke bayar TOL!!... dah lah tol yang dibayar tu tak padan dengan jambatan yang pendek.... Kan dah jadi tanggungjawab kerajaan buat jambatan untuk kesenangan rakyat.. Ayuh!! saper orang kat KUCHING ni.. kita bantah TOL untuk penunggang MOTORSIKAL.. kita boikot dan...

Doa Kemenangan Islam

اَللَّهُمَّ مَنْ أَرَادَ بِالاِسْلاَمِ وَالمُسْلِمِينَ خَيْرًا فَوَفِّقْهُ لِكُلِّ خَيْرٍ, وَمَنْ أَرَادَ بِالاِسْلامِ وَالمُسْلِمِينَ شَرًّا فَخُذْهُ أَخْذَ عَزِيزٍ مُقْتَدِرٍ يا رَبَّ العالَمين, اللهم وَلِّ أُمُورَنَا "فِي باكن فينغ" خِيَارَنَا وَلاَ تُوَلِّ أُمُورَنَا شِرَارَنَا, اللهم أَصْلِحِ الرََّاعِيَ وَالرَّعِيَّةّ يَا رَبَّ العَالَمِين Maksudnya: Ya Allah ya Tuhan kami! Sesiapa yang inginkan kebaikan kepada Islam dan kaum muslimin (memartabatkan Islam), maka berilah kekuatan baginya untuk melaksanakan setiap kebajikan. Dan sesiapa yang inginkan kejahatan kepada Islam dan kaum muslimin (meruntuhkannya) maka balaslah mereka dengan balasan (yang setimpalnya) dari Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Tuhan kami! Lantiklah orang yang menguruskan urusan kami "DI BAGAN PINANG" dari kalangan orang yang baik dari kalangan kami, dan janganlah Engkau lantik orang-orang yang jahat menguruskan urusan kami. Ya Allah Ya ...

Ya Allah, Sembuhkanlah Penyakit Guruku.

Salah seorang guruku di MDQ, Al Fadhil Ustaz Mohd Rusli bin Ahmad telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pagi ini (5.10.09). Menurut sumber yang kawe perolehi dari Ustaz Khairul Azmi Pahang... Beliau dimasukkan ke HSNZ dengan Ambulan sejurus dua hari mengalami komplikasi kesihatan yang tidak setabil. Menurut sumber, beliau sendiri sudah dua hari tidak ada selera makan dan mengalami serangan bengkak pada sendi lutut dan kakinya. Bagi sesiapa yang mengenalinya bolehlah datang menziarahinya, beliau sekarang ditempatkan di Wad Lelaki 7C (HSNZ). Bersama-sama kita doakan semoga beliau kembali sembuh dan sihat sediakala, amin.

Berita : laporan j-QAF II (Berita Harian)

Jawatankuasa khas kaji kelemahan program j-QAF KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan usaha penambahbaikan program Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pihaknya prihatin terhadap keperluan menilai dan menyemak pengisian dan kurikulum program itu selari dengan tuntutan masa dan perkembangan bidang pendidikan Islam masa kini.Katanya, mesyuarat pertama jawatankuasa khas yang dipengerusikan beliau sendiri akan menyusul dalam tempoh terdekat bagi merungkai segala isu dan permasalahan sepanjang lima tahun pelaksanaan program j-QAF di sekolah rendah. “Kita tidak menafikan wujud kekangan dan masalah dalam pelaksanaan j-QAF dan ia diakui perlu diatasi dengan pendekatan bijak dan itulah peranan Jawatankuasa Khas ini. “Maklum balas, pandangan atau cadangan ahli jawatankuasa khas akan diambil kir...

Berita : Laporan j-QAF 1 (Berita Harian)

Kesan Pengajaran j-QAF PELAKSANAAN program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah rendah sejak 2005 menjadi iltizam kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkan sistem pendidikan Islam sesuai dengan keperluan hari ini. Dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, program itu membuktikan kesungguhan kerajaan melahirkan modal insan serba boleh dan mahir dalam empat perkara asas dalam pendidikan Islam iaitu membaca al-Quran, tulisan jawi, bahasa Arab dan fardu ain Mengguna pakai empat model pengajaran dan satu model kokurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF mensasarkan murid mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi, khatam al-Quran, menguasai asas bahasa Arab dan memantap dan menghayati amalan fardu ain. Pelaksanaan program j-QAF sudah menampakkan kejayaan ketara apabila semakin ramai murid mahir menulis dalam jawi menerusi konsep pengajaran pemulihan jawi lebih menarik menggunakan kaedah inovasi pembelajaran seperti permainan, lagu dan mu...

Berita : PMR

Solat hajat dan bacaan Yaasin calon PMR Kuantan - Bagi memohon keberkatan Allah dan keputusan cemerlang, solat hajat untuk calon peperiksaan Penilaian Sekolah Menengah (PMR) Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan diadakan. Penyelarasnya, Azizah Kamaruddin berkata, solat hajat yang dilakukan bukan sahaja membabitkan pelajar Tingkatan Tiga tetapi ibu bapa turut hadir untuk bersama-sama memohon keberkatan menjelang peperiksaan.Menurutnya, majlis sedemikian sentiasa diadakan di peringkat dalaman dan solat hajat perdana yang diadakan adalah yang terakhir yang dilaksanakan sekolah. “Walaupun begitu, pelajar dinasihatkan melaksanakan solat hajat pada setiap masa selain usaha berterusan dilakukan. “Saya berharap pelajar sudah bersedia untuk menghadapi PMR Rabu ini dan memanfaatkan apa yang dipelajari dengan sebaik mungkin,” kata Azizah. Sumber : Sinar Harian: 5 Oktober 2009 GEMENCHEH – Keprihatinan ibu bapa dan barisan warga Maahad Ahmadi terhadap generasi muda dalam soal pembelajaran penting supa...