Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Tazkirah V.2

BAGAIMANA SYAITAN MEMASUKI HATI MANUSIA Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia. Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati. Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak. Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan. Riya, besar diri dan angkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan. Ujub dan sombong. Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam. Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar. Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah. Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian. Bodoh diatas setiap ...

Panduan Eksport-Import e-Pelaporan 2009 Ver. 9

Panduan untuk sahabat-sahabat di Kuching khasnya, mahupun Malaysia amnya... sedikit panduan yang akh badie buat.. semoga dapat membantu semasa proses eksport-import utk e-Pelaporan j-QAF 2009 V. 9... ada masalah sila hubungi email yang ada kat panduan tersebut... Selamat mencuba... :)

Wabak Selesema Babi atau Influenza A (H1N1)

Alamak!! Terkejut gak kawe bila baca paper pg nih... cuba rujuk utusan online.. Sarawak dah semakin bertambah laa Pembawa SELSEMA BABI nie.... Kenapa la KERAjaan tak tembak aje BABI.. kat Sarawak niee, banyak betul BABI... kalau tengok tempat ternak BABI tu.. semua air kotor dari BABI disalurkan ke sungai... cuba tanya Karam Singh Walliya (TV3) Sumber : Utusan Malaysia 29 Jun 2009 / 6 Rejab 1430 KUALA LUMPUR 28 Jun - Johor dan Sarawak hari ini mencatatkan satu kes baru jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1), membuatkan kedua-dua negeri itu kini masing-masing mempunyai tiga kes positif H1N1. ********************************************************* Sementara itu, di KUCHING, seorang pelajar berusia 17 tahun di Bintulu disahkan positif H1N1 pada pagi ini. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, kes terbaru itu menjadikan jumlah positif H1N1 setakat ini di Sarawak adalah tiga orang . Beliau memberitahu, pelajar terbabit baru kembali ke ...

UBAT GIGI BERTOKSIK

Semoga pendedahan ini dapat membantu kita semua... sila war2 / bising2kan kepada kekawan kita semua..... Untuk Maklumat Lanjut : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/?s=panduancap email CAP : Fluorida@muslimconsumer.org.my UBAT GIGI BERTOKSIK Panduan CAP ( Consumer Association of Penang ) Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang l ebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik ? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride) . Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai " sodium monofluorophosphate " (smlp) atau " sodium fluoride " dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal me...

Wan Rabiatul Adawiyah Ver 3

Photo baby terkini... Gambar ni dirakamkan oleh umminya semasa umminya berke sempatan balik kampung kat Trg bebaru nie.. kebetulan umminya kerja "shift malam". Kata u mminya, Adawiyah sekarang dah mula mengeluarkan berbagai-bagai jenis bunyi.. kuat pulak t u. .. J ika dia tengok orang, terus dia perhatikan.. ditengok dan d itenung lelama... jika dia tengok umminya.. dia akan terus pegang pipi umminya... yealah, ke sian kat adawiyah.. abah kat kuching, ummi kat KL dan adaw iyah plak kat TRG.. hati um mi dan ab ah mana yang sayu dan .. Bersiap-siap, ummi nak bawa adawiyah pi jejalan. Lenanya adawiyah..... Adawiyah suka sangat buku kain yang ummi beli tu.. buku tu siap boleh mengeluarkan bunyi lagi.. Sukanya dia, gambar-gambar inilah pengubat rindu abah. Masa ni adawiyah lepas mandi, umminya mandikan. kata umminya, adawiyah suka siap bunyi lagi sukanya. masa ini umminya tengah pakai tudung. mungkin dia ingat umminya nak bawa di pi jejalan kot... padahal umminya tengah bersiap ...

Negara Kekurangan GURU!!

BAGI memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk. Namun, persoalannya, adakah benar kita masih mengalami kekurangan guru walaupun setiap tahun, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG) melakukan pengambilan baru. Apatah lagi, kerjaya sebagai pendidik memang popular di negara ini. Justeru, ke mana hilangnya bakal guru yang ditawarkan mengikuti program pendidikan IPTA dan IPG itu? Adakah mereka berkemungkinan 'kecundang' sebelum layak untuk menjadi pendidik? Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa, berkata sememangnya negara masih mengalami...

Karnival Prasekolah Peringkat ZON 1 (Sarawak)

23 - 25 JUN 2009 Hotel Santubong Resort, Kuching Kawe dan beberapa orang sahabat dari sekolah terlibat dengan karnival ini. Sekolah kawe di minta oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuching mengendalikan Pertandingan Hafazan untuk murid Prasekolah. Suasana di dewan (Venue Pertandingan) Maka setelah mesyuarat diadakan beberapa kali di peringkat sekolah mahupun di peringkat PPD.. kawe ditugaskan oleh Guru Besar menyiapkan soalan hafazan tersebut... Muka depan Soalan Hafazan yang kawe buat.. (tp tidak digunakan semasa pertandingan krn pihak pejabat telah menyediakan plok.) nie name tag kami Mengikut tentatif yang diedarkan kepada AJK..Hafazan untuk murid Prasekolah akan dijalankan pada 24 Jun 2009... jam 8pg. Pada pagi tersebut kawe kena jadi Hakim gak... tapi kawe hakim yang tak beri markah! jadi Hakim Fatih Munabbih... bersama dgn kawe masa tu yang jadi Hakim antaranya : Ustaz Abdul Rahman SMK DPAH Abd. Gapor, Stampin Ustaz Hassan Basri SMK Teknik Sejingkat Ustaz Hisyam Shukri SK Gita Baris...

Artikel : Wajib lulus BI sekat potensi pelajar

CADANGAN Kementerian Pelajaran untuk menjadikan syarat lulus Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewajarnya difikirkan dengan mendalam. Perkara ini penting kerana kesan daripada pelaksanaan itu akan menyebabkan kesulitan yang teramat sangat kepada anak-anak bagi menyambung pelajaran pada peringkat lebih tinggi. Penulis berpendapat proses memperoleh ilmu dan menguasai ilmu tidak perlu terlalu rigid, disukarkan atau disusahkan. Walaupun polisi kementerian atau kerajaan bertujuan untuk memastikan warga Malaysia menjadi insan yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan serba boleh, ia perlu dibuat dengan penuh berhemah dan bijak sana. Dalam dunia pendidikan moden, cara manusia membina maklumat adalah pelbagai. Apabila syarat lulus Bahasa Inggeris ditetapkan, akan menyebabkan peluang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat sijil lanjutan, diploma dan ijazah akan terhalang. Saya berpendapat bahasa Inggeris tidak wajar dijadikan 'autoriti' yang...

Tak Ke BOHONG / TIPU namanya tu!!

Satu Pembohongan!!!! Cuba tengok bahagian e : apa yang diaorang tulis & yang bawwah sekali.. Jika diaorang yang tidak cukup syarat tu boleh pindah boleh report kat SPRM tak??? Rabu, 2009 Jun 17 Penjelasan dasar pertukaran guru antara negeri KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat Maziah Izifah, Mersing, Johor bertajuk 'Guru tiada kabel susah mohon pertukaran' disiarkan ruangan ini, 6 Jun lalu. Berikut ialah Dasar Pengurusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran: Berdasarkan keperluan ABM perjawatan diluluskan bagi tahun berkenaan Keperluan perkhidmatan Kekosongan jawatan semasa di negeri dan sekolah dipohon. Keperluan opsyen/mata pelajaran di negeri yang dipohon. Asas Pertimbangan lain: a. Keperluan perkhidmatan berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen. b. Ancaman keselamatan (mesti sertakan bersama dengan laporan polis). � Ugutan atau ancaman bunuh ke atas diri sendiri/ suami/ isteri/ anak...

Luahan Seorang Insan B;gelar GURU (Episode III)

Dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive ARKIB : 04/06/2009 Tukar: Isteri doktor tidak dilayan KATA Nabi kita "Syurga di bawah tapak kaki ibu dan syurga isteri di bawah tapak kaki suami" "Tempat isteri adalah di sisi suami." Kerana berpegang pada kata-kata inilah saya terpaksa "buka mulut" di sini. Saya merupakan seorang doktor dan kini bertugas di Hospital Kuala Terengganu hampir setahun. Saya berkahwin setahun yang lalu dan baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan kami. Kami telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 28 Februari dan kini anak kami berusia hampir 3 bulan. Isteri saya seorang guru bertugas di sekolah menengah di Bandar Tenggara, Johor sejak tiga tahun lalu. Untuk pengetahuan para pembaca dan Menteri Pelajaran khususnya, telah tiga kali isteri saya memohon untuk bertukar sekolah ke Terengganu tetapi ditolak mentah-mentah. Say...

Luahan Seorang Insan B;gelar GURU (Episode II)

Dipetik dari : http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/search/label/penempatan Guru tiada 'kabel' susah mohon pertukaran MERUJUK kepada sistem pertukaran guru antara negeri yang diwujudkan Kementerian Pelajaran bagi memudahkan guru mengisi borang pertukaran untuk memohon pertukaran. Saya berharap pihak berkenaan menilai semula kriteria pemilihan pertukaran guru antara negeri. Merujuk kepada kes sendiri, saya sudah berkhidmat di Johor kira-kira dua tahun, manakala isteri saya bertugas di Selangor sejak awal tahun ini. Sebelum ini beliau menuntut di Maktab Perguruan Kangar Perlis. Selepas tiga kali permohonan pertukaran saya ditolak, saya tertanya-tanya kriteria sebenar yang melayakkan seseorang guru itu untuk bertukar. Berikut saya senaraikan alasan permohonan pertukaran saya: Saya terpaksa berulang alik dari Johor ke Selangor untuk bersama isteri. Saya menghabiskan lebih RM400 sebulan untuk kos perjalanan. Masalah lebih rumit kerana isteri saya tinggal berseoranga...

Luahan Seorang Insan B;gelar GURU

Dipetik dari : http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/search/label/penempatan Guru mohon pertukaran SAYA guru PPPS DG41, kini berkhidmat di SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang sejak Januari 2006 dan telah berkhidmat selama empat tahun. Saya dukacita apabila permohonan pertukaran saya (dari negeri Pahang ke Johor) buat kali ketiga tidak diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah memohon pertukaran pada sesi Jun 2008, Januari 2009 dan Jun 2009, tetapi permohonan saya tidak diluluskan. Saya memohon pertukaran atas sebab-sebab berikut: n Saya di Temerloh, Pahang manakala isteri dan anak di Kulai, Johor. Isteri saya baru melahirkan anak (April 2009) setelah dua kali keguguran. Isteri tinggal bersendirian dan terpaksa mengurus anak tanpa suami. Bagaimana jika sesuatu berlaku sewaktu ketiadaan saya? n Isteri saya juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Indahpura, Kulai, Johor. Sekolah jenis ini hanya ada dua buah sahaja iaitu di Kul...

Pendedahan Terkini!!

Apakah perniagaannya??? Sila Rujuk website ini untuk maklumat selanjutnya... @ boleh search aje kat yahoo atau google... boleh aje rujuk Blogger2 yang mendedahkan hal ini..... http://www.alacrastore.com/company-snapshot/Hai_O_Enterprise_Bhd-2017022 Hai O Enterprise Bhd Room 8038th Floor Sun Kompleks Jalan Bukit Bintang Malaysia URL: http://mall.hai-o.com.my Primary Symbol & Exchange: 7668 - Ordinary Shares - Malaysian Stock Exchange Industry: Alcoholic Beverages + SIC Industry Code: 5182 - Wine and Distilled Alcoholic Beverages + NAICS Industry Code: 424820 - Wine and Distilled Alcoholic Beverage Merchant Wholesalers Mergers & Acquisitions: Hai O Enterprise Bhd Mergers and Acquisitions Business Description The Group's principal activities are operation of multi level direct marketing of healthcare and beauty products. The Group are also i nvolved in wholesaling and trading Chinese and Western wines , herbs, medicines and tea. Other activities include operating empori...

Abah, Terima kasih atas segalanya...

Selamat Hari Bapa abah........ Abah, semoga abah sentiasa sihat.. Serta mudah-mudahan Allah cepat sembuhkan penyakit jantung yang abah alami sekarang.... Abah jangan lupa makan ubat yea dan jaga diri.. 2 Julai nanti jangan lupa pergi hospital.. Tabahkan diri.. Anakanda doakan semoga pembedahan yang dirancangkan oleh pihak Hospital pada tarikh tersebur berjalan dengan lancar dan selamat, Insya Allah..

Kisah Sebelum Lawatan PM

Aduhai....... Beginilah kami..... Pihak pentadbir sekolah mengatakan bahawa mendapat surat supaya membuat beberapa persiapan sempena lawatan PM 1M alaysia tu (entah betul ke tidak ada surat), pasal kawe tak tengok surat tu... Lalu sibuklah pihak pentadbir sekolah... rancang nak bersihkan kawasan sekolah... rasa macam " Hipokrit " lah pulak... Sampah yang ada di kawasan sekolah tu bukan dari bebudak tapi dari orang2 kampung.. mana tidaknya sekolah tak ada pagar!! rumah orang kampung pun dalam kawasan sekolah!! Belakang surau sekolah je rumah orang kampung... air kumbahan rumah orang kampung pun disalurkan ke sekolah.... cuba tengok gambar yang kawe rakamkan ni.. perhatikan kemana parit tu digali............ Cuba tengok bulatan tu, kemudian bermulanya parit (panah merah). Air dari rumah tu dialirkan melalui parit tersebut ke bawah kelas tempat murid belajar (panah putih). Waktu tengahari memang best baunya... semerbak baunya... Beginilah Sekolah yang disebut berada di dalam Ba...

Lawatan PM Malaysia (Kuching)

Lawatan Perdana Menteri 1Malaysia 18 June 2009 (Khamis)

Apa nak jadi dgn Sarawak (*$&**@^#*!@#)

Sila Baca Kenyataan Berita di bawah yang kawe petik di http://siasahdaily.com/v2/?p=619 Cuba Warga Pendidik fikir... Terutama Orang-orang kat Pejabat Pelajaran ikutlah yang Bahagian Akademik biasa ke? Bahagian Pendidikan Islam ke atau mana2 Bahagian, Jangan Pi Sekolah Dok Hentam Cikgu mahupun Ustaz/Ustazah disebabkan bebudak Gagal Dlm Pelajaran.. Tak Pandai Baca al-Quran ke/ Tak pandai Solat ke? / Tak minat mengaji ke/ Murid Tak Tertarik Apa yang cikgu/Ustaz/Ustazah mengajar ke? / Tak Mahu Pakai Tudung ke... atau apa2 sekalipun.............. Macamnana nak itu semua jika ORANG JUARA MENYANYI DIUTAMAKAN OLEH PEMERINTAH.... DIPUJI OLEH PEMBESAR... DIANGKAT DIJUNJUNG DIJULANG ATAU DI..... DI........... DI..................... & Nak buat pusat pelancongan SEPERTI HAWAII .... tidak ke ngok namanya................ dah lah makanan tu, beli je kat mana2 terutama ayam, tak check dah ambil tahu sape yang sembelih... kedai Cina yang bukan Berugama Islam pun dok makan dan minum... siap puji ...

Punca Stadium Mizan Trg Ranap/Hancur/Runtuh

Macam-macam spekulasi dari rakyat berkaitan isu stadium runtuh kelmarin. Biarlah rakyat bebas bersuara sebab kita negara demokrasi. Sebab utama Stadium Mizan runtuh: Nak Buat Lawak Sikit................ Ceritanya begini ................. Ultraman dan family dia dari Ultraman Taro, Ultraman gaya, ultraman tidak bergaya dan macam-macam lagi nama, datang untuk menguji ketahanan stadium Mizan Trg samada good receipt atau tidak. Malangnya si malaun raksasa tiba-tiba datang lalu men' fire ' keluarga ultraman tadi yang sedang khusyuk berada di dalam Stadium Mizan . Dia mati-mati mengaku tidak bersalah dan mengatakan kejadian tersebut adalah "fire tanpa niat" untuk meruntuhkan stadium. Raksasa sedang serang hendap Nasib Stadium Mizan sekarang/hari ini..... Oh kecian..... Stadium Mizan jadi mangsa.. saper yang bersalah niee.. Ultraman atau Raksaksa...

Adakah HARAM??

Coklat Crispy HARAM? Saya mendapat email mengenai keraguan pembaca mengenai coklat berjenama CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD didapati mengandungi EMULSIFIER ( E476 ) iaitu kod lemak babi yang jelas haram di makan oleh umat Islam. Walau bagaimana pun logo Halal tertera di belakang sampul plastik Crispy tersebut. Saya googling dan mendapati E476 boleh terdiri dari lemak haiwan atau sayuran. E476 Coklat Crispy ni ambil dari mana ya? Kita mesti dedahkan............ Kalau was-was baik kita tinggalkan...

Air France Flight 447 - 2 photos after Collision n before Death...

The world saw the disappearance of an A330 Air France during a trans Atlantic flight between Rio to Paris. Very ironic that a day before I got a mail of the photos taken a a passenger on a flight mins after a mid air collision, and mins before the crash of the said aircraft . Two shots taken inside the plane before it crashed. Unbelievable! Photos taken inside the GOL B 737 aircraft that was involved in a mid air collision and crashed..... A B737 had a mid air collision with the Embraer Legacy while cruising at 35,000 feet over South America. The Embraer Legacy, though seriously damaged with the winglet ripped off, managed to make a landing at a nearby airstrip in the midst of the Amazon jungle. The crew and passengers of the Embraer Legacy had no idea what they had hit. The B737 however crashed, killing all crew and passengers on board. The two photos attached were apparently taken by one of the passengers in the B737, just after the collision and before the aircraft cr...

E-Kod Untuk Emulsifier Lemak Babi

Salam semuanya... Perhatian !!! & TerPenting !!! Pesan la kat isteri, suami & anak, baby sitters & sedara mara... Jangan main taram je beli makanan2 ringan... contohnya sprt apollo,srispy etc. ... print code ni simpan dlm wallet atau henset atau mana2 tempat yang mudah rujuk tika nak beli... refer bila nak beli... semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi. E100, E110, E120, E 140, E141, E153; E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280; E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337; E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471 , E472, E473, E474, E475 , E476 , E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493; E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904. Adalah tanggung jawab ...

Wan Rabiatul Adawiyah Ver 2

Gambar-gambar yang diambil semasa Adawiyah bercuti bersama ummi & abahnya kat kampung di Jertih..... Asyiknya sedang bermain Bersama Tok Wan nya.. Adawiyah suka sangat bila tengok Tok Wan nya... Terutama bila tengok Tok Wan berdiri.. mulalah dia angkat tangan minta Tok Wan dukungnya... Tido bersama Tok Wan